Bersua kita lagi di alam maya ini.
Jom kita borak-borak sikit sebelum kita sambung kisah perjalanan ku di bumi Sumatera Barat ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua. Setiap hari boleh dikatakan aku menerima 10 friend requests daripada para pembaca blog ini untuk menjadi friend aku di FB. Maaf banyak2 sebab aku tak dapat nak approved buat masa ini. Kalau yang private message aku bertanyakan sesuatu atau menegur aku terlebih dahulu.....mungkin aku akan approve. Kalau yg senyap ajer....hmmmm susah nak cakap. Pending hingga beratus-ratus request. Tengoklah nanti....kalau aku rajin aku akan bukak FB khas untuk my blog readers...korang cuma like ajer. Tunggu yea.....sekarang ni busy takda masa lagi.
Ok sambung kisah percutian pulak.
Aku stay di Hotel Royal Denai iaitu berbintang tiga dan juga beraircond. Hmmm...not recommended this hotel coz aircond mcm hampeh. Bayar mahal tapi bilik tak sejuk. Nasib baik kat luar hujan....at least terasa sikit kedinginan di dalam bilik. Wifi ada sampai bilik....kira laju lah jugak. Breakfast pulak...oklah aku puashati sebab kena dengan tekak aku.....sedap jugak. Ada disediakan nasi goreng, mee goreng, lontong, kueh mueh, roti dan fruits. Sepanjang 2 malam aku stay di sini.....hanmpir semua bilik penuh. Masa breakfast meja makan pun penuh.
hotel ini berdekatan dengan rumah sakit swasta....dalam bandar Bukittinggi.
dalam hotel ini ada swimming pool...kiranya bilik aku mengadap pool
lobby besar.....malam2 ada org menyanyi live band...tapi yg nanyi tu staff hotel. Oklah not bad...layannnn
cafe masa breakfast
pagi2 sewaktu breakfast...muka pun sembab hahaha
destinasi pertama kami di hari ketiga ialah ke Tasik Maninjau. Singgah sebentar di tepi jalan menikmati permandangan kehijauan ini
menghirup udara segar di pagi hari memang sungguh nikmat
entah dah lupa apa nama tempat yg kami berhenti ni
posing gedik dua wanita ini
ok sampai di pekan Matur. Tempat ini terkenal dengan penghasilan kekacang seperti kacang tanah dan labu
kami menuju ke Tasik Maninjau yg mempunyai 44 Kelok. Ada berani pusing2 mcm ni sebanyak 44 kali????
singgah sebentar di tepi jalan untuk merakamkan bukti 44 Kelok
wahhhh dah sampai Tasik Maninjau. Fantastic, Superb, Nice, Beautiful, Amazing......terkeluar daripada mulut ku
Pak sopir berhentikan kami di sini untuk merakamkan foto-foto yg menarik
masa ni aku feeling seperti di Switzerland. Berlatarbelakangkan tasik dan gunung-ganang yg dilitupi dengan kabus pagi (nampak macam snow) hahahaha.
posing kiri...posing kanan.....aku puas sebab permandangan sangat cantik
nampak pulak pokok buah avocado di tepi tu. Slurpppp...my feveret
jom kita singgah sebentar di pondok ini untuk merakamkan keindahan tasik ini dari atas sambil minum air teh botol
setiap kali aku singgah mana2 daerah indon,,....wajib untuk menikmati teh botol
kami naik lagi atas keluk....tak sanggup nak turun sampai bawah sebab takut pening dan termuntah. Yang penting aku nak snap gambar. Then pak sopir turunkan kami di perhentian yg ini pulak.
cantikkannnn....nampak pulak rumah minangkabau tu. Dulu 12 tahun yg lalu...rumah tu ialah tempah persinggahan para wisata untuk menikmati pisang goreng dan air kopi. Tapi sekarang hanya tinggal nama sahaja.
dah mcm rama-rama pulak aku ni...asik nak terbang ajer hiksss
dah persis pengacara rancangan nona...ahaksssss
mobil inova yg aku sewa....hanya kami berdua sahaja hehehe
seram tengok kelok ni.......memang sangat tajam selekohnya
singgah lagi pekan Matur. Nampak banyak kedia menjual labu di sini.
udara yg segar, dingin dan nyaman. Banyak tanaman padi kehijauan di sini
singgah sebentar di sini untuk membeli keropok tradisional...banyak jugak aku borong. Then kami pekena cendul labu yg sangat sedap.
pelbagai jenis keropek ada.....pilih ajer yg berkenan di hati
cendul labu....yg warna merah tu diperbuat daripada labu. Sedap dan mantappp!!!!
kami bergerak ke belakang kedai tu untuk menikmati permandangan ini.....dapat tengok sawah padi yg cantik
sekian sahaja gambar-gambar kami di Tasik Maninjau. Perjalanan di teruskan.....jom kita shopping lagi. Ke manakah???? Tunggu next entry
p/s - kebosanan di kala ini