Quantcast
Channel: My Journey...My Life...My Family...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Medan Trip - Shopping Items & Souvenirs

$
0
0


Salam semua.
Entry pasal Medan trip dah habis. Entry kali ni aku nak citer pasal apa benda yang aku shopping beriya-iya kat sana tu. Tapi maaf.....banyak yang aku tak pasti harganya sebab main bayar ajer (macamlah kaya benor). Kalau dah pegang duit berjuta-juta tu...haruslah jadi kaya uolsss!!!

Duit banyak habis for food ajer. Tu pun masih bawak balik duit rupiah. Jom kita tengok apa yg aku beli di sini.


 bika ambon Zulaikha. Harga ialah Rp50,000 (RM17.50) - utk perisa original. Kalau yg ada perisa tambah lagi Rp5,000

 lapis legit Zulaikha utk kotak besar belah kanan. Harganya Rp80,000 (RM28) - perisa original. Untuk yang perisa lain tambah lagi Rp5,000. Untuk kotak kecil belah kiri tu aku lupa dah berapa harganya,.

 jus buah-buahan ini aku betul-betul lupa harganya. Setiap perisa punya harga yang berbeza....yang aku ingat sikit2...ada yg harga Rp25,000, Rp40,000 dan Rp50,000. Korang agak-agak lah yea.

 makanan ringan kekacangan yang dibeli di Paten. Setiap satu kotak tu berharga Rp15,000 (RM5). Ada pelbagai jenis makanan ringan kekacang.

 kuah pecal atau gadho-gadho. Ada dah rasa kuah ni...sedap!!! Cara buatnya....campurkan air sedikit dan panaskan. Pastu digaulkan dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, tahu, tempe dan taugeh yg telah dicelur.

 baju Universal Studio Singapore yang dibeli di Sun Plaza...original okay!! Harganya Rp75,000 (RM26.000)

 tshirt Lake Toba yang dibeli di Kg Tomok, Pulau Samosir. Harganya Rp25,000 (RM9.00) sehelai. Kainnya agak keras sedikit. Aku belikan ini untuk my sis in law.

 baju sepasang dengan seluar ni aku belikan utk anak buah. Harganya Rp30,000 (RM10.50)

 3 pasang telekung yang aku beli di Pajak Ikan, Medan....kain cotton. Adanya harga Rp220,000 dan Rp80,000 bergantung kepada jenis kain.

 selipar Berastagi ini aku belikan utk my bro seorang satu. Harganya Rp15,000 - beli di Pasar Buah Berastagi.

 FM Lake Toba beli di Kg Tomok, Pulau Samosir. Harga sekeping ialah RP10,000 (RM3.50). Dah tak boleh nak kurang lagi. Aku pujuk punya pujuk....pun tak dapat jugak. Pergi ke kedai lain....pun sama harga.

 Beli FM Berastagi ni di Pasar Buah Berastagi. Harganya juga Rp10,000 (RM3.50)

FM Medan ini beli di Pajak Ikan. Harganya entah lupalah....haishhhhh!!! 

Keychain Lake Toba dan Berastagi. Setiap satu harganya Rp5,000 (RM1.75). 


Ok semua....itu ajer yang aku sempat membeli di Medan ni. Tak banyak mana pun. Yang penting aku dapat membeli FM dan Keychain - benda wajib setiap kali aku gi melancong. Ada sesuatu untuk pembaca semua. Kepada pembaca yang pertama memberi comment pada entry ini...aku akan bagi sekeping FM Berastagi, FM Lake Toba dan juga keychain setiap satu. Cepat-cepat hantar komen anda sekarang pada ruangan comment. Pastu jangan lupa bagi email masing-masing utk aku hubungi.

p/ s- Kepada blogger kakiberangan.....maaf akak belum ada kesempatan nak mengepost hadiah yang dijanjikan. Tunggu yea....benda nya pasti ada. Cuma agak lewat sedikit.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 381


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>