Quantcast
Channel: My Journey...My Life...My Family...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Menjadi Tetamu Allah - Away For 2 Weeks

$
0
0




Salam semua.
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah.....Insya Allah saya akan menjadi tetamu Allah untuk ke dua kalinya. Penerbangan saya ke tanah suci ialah pada hari Sabtu ini (3 Mac). Segala persiapan sudah dibuat. Mohon doa dari keluarga, saudara mara, teman-teman dan rakan-rakan di blog ini semoga perjalanan saya ke tanah suci dan semasa pulang ke tanah air dibawah lindungan Allah dan selamat hendaknya.. Juga mohon doa semoga urusan ibadah saya di tanah suci dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang masalah dan penyakit. Insya Allah amanah kiriman doa dari orang-orang berkenaan yang menghubungi saya akan saya laksanakan....semoga termakbul.

Insya Allah saya akan berada di sana selama 12 hari. Nampaknya blog ini akan sepi seketika selama 2 minggu. Panjang umur dan sihat tubuh badan saya akan bersiaran semula di alam maya ini bersama rakan-rakan sekalian Insya Allah. Minta maaf ku pohon pada semua jika ada kesalahan ku selama ini. 



 ku semakin sebak dan tidak sabar untuk menjejaki tanah haram dan bersolat Masjidil Haram ini. Alhamdulillah rezekiku untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi.

Sangat rindu dengan kekasih Allah. Tidak sabar rasanya untuk solat di Masjid Nabawi, menziarahi Makam Rasulullah dan menjejaki Raudah (taman syurga). Ya Allah sebak rasa hatiku ketika ini.


Jumpa lagi for the next 2 weeks. Muahhh muahhh semua.


p/s - semoga Allah makbulkan doa-doaku di sana.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 381


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>