Salam semua pembaca.
Bersambung lagi cerita di Tanah Harom Mekah.
Hari kedua kami di Mekah. Pagi tu selepas Suboh aku plan nak buat umrah untuk kali kedua. So, dah berjanji dengan teman-teman sebilik nak pergi bermiqot di Tanaim. Memandangkan kami baru first time nak ke Tanaim, so mintak tolong Ustaz Muhammad carikan van untuk ke sana. Perjalanan mengambil masa 20 minit macam tu. Tanaim ini terletak luar daripada tanah harom.....dan kami kena bermiqot di situ. Tambang pergi baik naik van ialah 10 Riyal.
Lebih kurang 10 orang jemaah berkumpul di depan hotel aku dan sama-sama naik van pergi ke Tanaim ni. Ustaz Muhammad turun sekali carikan van tetapi dia tak pergi pun. Apabila sampai di Masjid Tanaim kami terus menunaikan solat sunat ihram 2 rakaat dan berniat ihram sekali. Lebih kurang jam 9 pagi kami dah sampai semula ke Tanah Harom dan terus masuk ke Masjidil Haram. Kali ni aku dah standby membawa compact camera dalam pocket seluar panjang (dalam jubah). Selalunya kat Pintu Abdul Azizi memang ada petugas masjid yang akan memeriksa beg dan baju jemaah. Pintu lain tak periksa pun. Sekarang ni dah bebas sedikit berbanding zaman aku gi dulu....memang sangat ketat tak boleh bawak masuk camera dan hp.
Kesempatan yang ada aku sempat snap gambar kaabah dan gambar sendiri pun ada. Syukur Alhamdulillah ada gak kenangan aku di depan kaabah. Ambil pakai compact camera ajer. So, kualiti gambar tidak begitu bagus sangat.
seniukiran di dalam Masjidil Haram
selepas selesai bertawaf.....terus solat sunat tawaf di belakang makam Nabi Ibrahim. Lepas tu berdoa di hadapan pintu multazam....insyaAllah doa dimakbulkan
yang ada pintu warna emas di kaabah itulah pintu multazam....jika kita berdoa di sini Insya Allah akan dimakbulkan
Masjidil Haram ini tiga tingkat. Disekeliling masjid masih lagi kelihatan bangunan pencakar langit sedang dalam pembinaan. Jika dah siap nanti....maka pembangunan di Mekah ini akan lebih teratur.
jemaah wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan ini. Kalau dapat solat sunat pun boleh sekejap ajer. Lepas tu dah kena halau. Sian kan kami jemaah wanita ni.
gambarku bersama kak wahyuna
gambar kenangan di kaabah.
semasa aku berada di Mekah muka aku habis kekeringan dan mengelupas teruk. Bibir pun jadi hitam...errkkkkk tak cun langsung. Tapikan muka mcm ni pun ada yang nak tackle hahahaha. Semasa di Madinah pulak.....cuaca sejuk dan muka aku jadi kemerah-merahan. Sehinggakan ada yg kata aku gi solat pun pakai blusher uolssss.
ketika ini jemaah sangat ramai.....mcm haji suasana nya
masa ni aku tak turun bawah pun.....ambil dari dalam masjid.
kalau tak silap aku...ketika ini aku membuat umrah yg ketiga. Jemaah terlalu ramai sebab orang Arab tempatan turun Mekah utk buat umrah. Masa ni hari Khamis....sebab depa cuti umum hari Khamis dan Jumaat.
kaabah tersergam indah di tanah harom
ini pula kawasan jemaah wanita....sementara menunggu azan zuhor
tong air zam zam berada di mana-mana sudut. Minumlah sebanyak mana nak minum. Aku siap bawak bekas air untuk isi air zam zam bawa balik hotel
tempat letak kasut di dalam Masjidil Haram
di dalam Masjidil Haram
ni kat tingkat bawah....tempat ambil wuduk dan minum air zam zam
Al-Quran banyak disediakan di sini. Aku sempat wakaf sebuah Al-Quran di sini dan masjid nabawi.
Al-Quran kecil ni memang aku bawa dari rumah....kepunyaan arwah papa masa dulu arwah beli kat Mekah juga.
sementara menunggu azan....masa dihabiskan dengan membaca a-Quran
kurma ini adalah pemberian sedekah daripada warga Arab di sana...syukran Alhamdulillah.
Semasa aku sedang menunggu azan solat Zuhur...tetiba aku menerima sms dari nombor yang tidak dikenali. Ohhhh................kata-kata dalam sms tu membuatkan aku terdiam dan menggeletar seketika. Masa tu aku berada di dalam Masjidil Haram. Ya Allah adakah ini satu mimpi atau realiti? Mesti korang dah dapat agakkan nombor tu dari siapa? Dia meluahkan perasaan untuk mengenali aku dengan lebih dekat. Dia kata Allah telah memberikan dia satu hidayah yang sangat indah untuk mengenali aku dan detik tu datang secara tiba-tiba di saat dia terpandang aku masa dalam bas ketika dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah tempohari.
p/s - Ya Habibi, doakan yang terbaik utk kita di Masjidil Haram.