Quantcast
Channel: My Journey...My Life...My Family...
Viewing all 381 articles
Browse latest View live

Day 6 : Journey to New Zealand - Cromwell

$
0
0

Salam semua kawan-kawanku.
Hampir nak sebulan aku tak update blog ni. Aduhaaiii sorry banyak2 sebab memang aku sangat busy dan takda kesempatan nak mengadap pc (alasan yg sama hahaha). Sibuk dengan kerja dan persiapan hal personal. Hingga ada yang bertanya pada aku...dah habis ke citer NZ tu. Hahaha tak habis lagi. Masih banyak lagi nak update sehingga kan ada beberapa perkara yg aku dah terlupa jalan ceritanya. So, terpaksalah aku bukak balik itinerary dan gambar2 yg sepatutnya. Dah 3 bulan jugak aku balik dari NZ tapi still tak habis2 lagi. Aduhai....smpai satu saat aku terpikir mcm nak buat assignment plak.....serabut otak. Cool babe!!!

Masih lagi hari ke-6.
Queenstown - Arrowtown (27km) - Cromwell (47km) - Wanaka (55km)

Dari Queenstown kami meneruskan lagi perjalanan. Ketika ini dah petang...kena gerak secepat mungkin untuk mengelakkan sampai ke destinasi seterusnya waktu malam. Kalau boleh kami elakkan sampai waktu malam. Kami melalui pekan Arrowtown yang jaraknya 22km dari Queenstown...tak singgah pun sebab tak nak buang masa takut tersampai lambat nanti. Pekan Arrowtown ni agak unik kerana keadaan town ni seakan-akan koboi town berdasarkan kepada bentuk kedai-kedai di sini. Umpama kita berada di zaman 70an tv colour hitam putih. Kami tak turun pun....tengok sambil lalu jer. Lagipun masa ni aku rasa mcm penat sangat......ketiduran ajer dalam kereta. Maklumlah....sakan bertubing atas puncak gunung siang tadi.

Dari Arrowtown kami meneruskan perjalanan ke Cromwell yang terkenal dengan ladang penanaman buah-buahan seperti apple, anggur, kiwi, pear dan mcm2 lagi. Tapi sedihnya sebab ketika kami sampai ni bukanlah musim untuk memetik buah-buahan. Kalau tak mesti uols dah tengok pic aku tengah tergedik2 memetik buah apple sambil meniarap di bawah pokok....tak pun tengah panjat pokok anggur (pokok anggur mana boleh panjat weiiiii). Hahahah acah ajer...berangan jer tu. Selain daripada buah-buahan di sini juga terdapat penanam sayur-sayuran. Takpa next time aku nak repeat lagi trip ni...make sure masa tu aku leh petik buah.

Disebabkan agak kecewa tak dapat memetik buah...kami decided nak cari fruit ice-cream yang terkenal di sini. Takpalah....ice-cream pun ice-cream lah. Berpusing juga nak mencari kedai ice-cream ni. Akhirnya memang rezeki kami ternampak kedainya. Masa ni aku dah bukak jacket.....sekali aku keluar tergeliat aku menahan sejuk. Terkedek2 aku masuk dalam kedai dengan harapan taklah sejuk seperti di luar. Sebaik masuk kedai.....nampak banyak buah2an yang dijual....tapi agak mahal jugak sebab bukan musimnya. Ntah dari mana buah2 ni.....terpikir gak.

kawasan ladang buah2an di Cromwell.....

jom masuk dalam kedai ni.....sejukkkkk...(tulah sama suruh tak pakai jacket)

mcm2 jenis fruits ada dalam ni....just tengok2 tak beli pun....sebabnya mahal!!!!

cuci mata jer....

vege pun banyak dijual.....aku nampak juga fruits2 yang telah dikeringkan dijadikan kudapan......mahal juga

aku nampak banyak dijual manuka honey di sini...aku tak beli pun sebab dah beli di Te Anau....manuka honey ni harganya bergantung pada gred....kalau gred yang bagus lagi mahal harganya...but still murah dari harga di negara kita

jom kita layan fruit ice cream di sini...harga seperti tertera.

cara buat ice-cream ni ialah dengan mencampurkan fruits yg terdiri drp strawbery, blueberry, mulberry dan pisang...then diproses bersama2 vanilla ice-cream. Jom kita makan.....

agak lambat service sebab tak ramai staff yg bekerja. Dialah yg jadi cashier...dialah juga yang tukang buat ice-cream. Agak lama juga kami disini menunggu satu persatu.

Nak tahu camana rasa ice-cream ni? Sedappp mcm yogurt sebab rasanya agak masam-masan dan tidak berapa manis. Kami makan di luar bangunan....alamak sejuknyaa. Udahlah aku tak pakai jacket....pulak tu makan ice-cream. Suap 2-3 sudu terus aku masuk semula ke dalam bangunan.

Tetiba kami ternampak papan tanda ini di dlam kedai....ehhh....ada banyak matawang asing satu dunia. Banyak jugak duit ringgit kat sini. Apalagi kami pun tak nak mengaku kalah.....kami nak jugak meninggalkan kenangan di sini. Kenangan sampai mati yg dapat dibaca oleh para pelancong yg datang ke sini.

tadaaaaaaaaaaaa....pada tarikh ini dan waktu ini kami six roses telah menjejaki Cromwell sambil makan ice-cream yg lazat. Kalau ada sesapa yg terbaca duit kertas kami ni....do let me know kay hehehe. Mesti ramai tertanya why forum cari....sebabnya 4 dari kami di sini adalah pengunjung tetap forum cari...malah ada yg otai. Aku kenal depa bukan di forum cari....tapi kebetulan ajer. Dulu aku otai di situ tapi sekarang ni aku dah jarang masuk sebab tak berkesempatan atas faktor masa.


Dari Cromwell kami meneruskan perjalanan lagi....kali ni kami menuju ke Wanaka yang mengambil masa lebih kurang sejam atau 55km. Masa ni dah petang hampir nak maghrib. Kami terus check-in dan seperti biasa setiap kali kami akan minta wifi. Di sini kena bayar,,,,hanya NZD5/sejam tetapi disebabkan setiap dari kami amik wifi ni...dorang bagi kami 24 hours...hehehe macamlah guna 24 hours sebab esok pagi kami dah nak berangkat. But still puaslah guna wifi sampai tertidur2 pegang hp hahaha......

Kami stay di YHA Wanaka Purple Cow.....dari luar nampak mcm duduk dalam cabin jer hehehe...tapi masuk kat dalam...not bad. Cuma agak sempit untuk kami berenam. Satu malam setiap orang bayar NZD31 (RM81). Dalam ni ada 3 katil double decker dan termasuk kitchen utk memasak. Lebih kurang mcm dorm....tapi okay lah sebab esok pagi kami dah nak check-out.


bentuk bilik kami dari luar

3 buah katil doubel decker....oklah tidur satu malam ajer. Malam tu kami mengemas beg sebab esok kami dah nak berangkat ke Chrischurch dan fly ke Auckland pulak. Memang semua ruang penuh dengan beg2 geng cik kiah ni.


Dapur kami yg comel....terima kasih kepada chef watie dan chef siti yang bertungkus lumus memasak menu yg meletup malam tu. Maaf aku dah terlupa nak snap pic....lagipun dah penat...semuanya malas hehehe. Agak banyak juga makanan kami malam tu sebab kami memang kena habiskan makanan fresh apa yg patut malam tu jugak seperti ayam dan sayur2an.

Esok kami dah nak berangkat ke airport. Semua pinggang mangkuk dan periuk nasi kena bersihkan. So esok memang takda bekalan makanan utk kami makan lunch...pandai2lah cari food kat luar. Stok makanan tin dan instant food ada banyak lagi...so kami amik keputusan untk tinggalkan ajer dalam bilik ni. Sesapa yg stay dalam bilik ni after kami checkout mmg rezeki dorang. Banyak giler bukan sikit tau...siap ada lebihan beras lagi. Kami tak plan bawak balik sebab risau beg kami kena excess nanti.



Malam tu tidur agak lambat jugak sebab sibuk mengemas beg sambil pack apa yg patut. Apa yg tak patut aku tinggalkan ajer....tak kosa nak memberatkan beg. Beg aku dah beranak pinak uolssss....tak sanggup nak tengok hahaha. Lepas habis mengemas....layan internet plak sampai tertidur dengan hp atas dada hahahaha. 

Esok kami akan berjalan jauh jugak utk sampai ke Christchurch. Korang nak tau tak apa suspen yg aku nak cakap ni hehehe. Pada entry yg sebelum ni aku ada tulis tentang sesuatu berlaku pada kami.....sorry story tu bukan dalam entry ni....tunggu lepas ni. Tersilap daaaaaa......tungguuuuu!!!

p/s - berdebar-debar katanyaa......




Day 7 : Journey to New Zealand - Wanaka Lake & Christchurch

$
0
0

Salam semua teman-temanku.
Selamat Tahun Baru 2014....kejap jer dah masuk 2014 kan. Semoga tahun baru ini memberi sinar kegemilangan untuk diri anda dan impian anda semua. Selamat tinggal dunia glamer 2013 hahaha. Tetiba kan. Bagi diri aku plak...aku berharap tahun 2014 memberi cahaya yang indah dalam hidup aku melayari rumahtangga bersama bakal suami tersayang Insya Allah. Doakan utkku yea. Tak berapa lama lagi ni....insya Allah. 

Ok back to NZ journal.
Hari ke 7 di bumi Kiwi. Pagi tu kami bangun awal untuk bertolak ke Christchurch iaitu hari terakhir kami berada di Pulau Selatan. Pagi tu kami sarapan nasi goreng dengan sambal sardine. Alhamdulillah dah kenyang. Tetiba aku rasa sebak plak nak meninggalkan bumi NZ di Pulau Selatan ni. Acara kemuncak kami dah takda lagi....lepas ni tinggal aktiviti2 biasa ajer. Sobbb...sobbb. 

Ketika ini kami berada di Wanaka....nak singgah Wanaka Lake terlebih dahulu. Sunyi jer bandar ni di waktu pagi,,,cuaca pun redup jer. Air tasik pun tak berapa mengancam mcm Pukaki Lake dan Tekapo Lake. Kami spent di sini kejap jer takat mengambil gambar. Lepas tu kami terus beredar untuk singgah ke Puzzling World plak yang jaraknya hanya 3 km sahaja dari sini.


keindahan Wanaka Lake....snow cap mountain

suasana sunyi dan tenang di sini...sebab di awal pagi

tengoklah wajah penulis blog ni di ketika ini....monyok jer sebab sedih nak tinggalkan Pulau Selatan ni. Yolah tu hahahah....

cantik sebenarnya bentuk muka bumi kawasan Wanaka ni

bunga sakura masih berkembang indah......mmg cantik tempat ni

pekan Wanaka yang sunyi di waktu pagi

Ikut plan kami memang nak spent time di sini lebih kurang 2 jam ...tetapi masa begitu mencemburui kami. Rasanya mmg tak sempat....kami kena rush back to Christchurch as soon as possible.

so kami hanya mampu berposing di luar ajer lah. Lagipun pepagi buta ni tempat ni pun belum bukak. Aku dok terfikir....tempat ni memang jauh dari bandar-bandar lain....ramai ke yg datang yea??? Harap pelancong ajerlah kan.

Learning Tower of Wanaka....apa ada kat sini korang google jer Puzzling World Wanaka. Nak masuk ke sini kena bayar NZD15 seorang.

kat sebelah Puzzling World tu kami nampak permandangan countryside ni...wow cantiknya. Apalagi....geng2 cik kiah ni berebut2 nak bergambar di sini hahaha.



Setelah habis berjimba dan bergambar di Puzzling World kami sambung lagi perjalanan. Kali ni kami mengikut laluan Lindiss Pass dan patah balik semula ke Twizel....seterusnya ke Lake Tekapo, Ashburton dan Christchurch. Kami memang tak plan untuk melalui laluan ke Franz Josef memandangkan kami akan terbang ke Auckland pada hari ni jugak. Agak terkilan jugak tidak sampai di Franz Josef sebab tempat ni sangat cantik dan boleh lihat laluan glazier snow mencair menuju ke anak sungai. Memang sangat cantik (apa yg aku nampak di blog orang lain). Lagipun laluan tu sangat jauh dan agak bahaya bagi kami pemandu wanita. 

Laluan Lindiss Pass ni agak bengkang bengkok jugak....kami boleh nampak gunung ganang yang berwarna coklat seperti dalam gambar di atas. Umpama berada di dalam dunia lain sebab gunung ganang tu sangat menghampiri kami kiri dan kanan. Kesian juga tengok Norlia sebab dia agak penat memandu ketika ini. Sempat berhenti kejap di tepi gunung ganang tu utnuk memberi masa pada Norlia tidur sebentar. 

Setelah habis laluan bergunung ganang kami juga melalui laluan tepi tasik yang agak mencabar juga sebab laluannya sempit dan kena berhati-hati bila melalui selekoh yang tajam. Norlia terpaksa memandu dengan penuh berhati-hati dan agak perlahan sebab takut termakan jalan sebelah. Tetiba.....aku terdengar bunyi hon dari arah belakang. Agak kuat jugak bunyinya.....apakah itu? Alamak.....pak polisi datang lagi memburu kami. Ayyooooohh...apa lagi ni??? Tapi kali ni bukan bunyi siren...bunyi hon ajer. Pak polisi menuju ke arah kami dan bertanyakan kami nak ke mana. Muka baik jer pak polisi ni. Dia tegur kami sebab memandu terlalu perlahan sehinggakan menggangu perjalanan kereta di belakang. Rupa-rupanya kat belakang kami ada lebih kurang 10 buah kereta hahaha. Padahal jalan ni bukannya banyak kereta pun. Cumanya laluan ni agak bengkang bengkok dengan selekoh yg merbahaya...so Norlia tak berapa confident nak potong kereta di hadapan. Kami ingatkan biar lambat asalkan selamat boleh diguna pakai di sini...ghopanya hampeh!!! Polis tu kata kalau kami memandu terlalu perlahan akan merbahayakan kereta di belakang sebab mereka kena memotong banyak kereta yg berderet-deret. Haiyoooooo....banyak songehlah undang2 jalanraya di NZ ni....laju tak boleh....perlahan pun tak boleh. Tension kami dibuatnya. Norlia agak stress masa ni...kesian dia serba salah dibuatnya. Fuhhh...nasib baik kami tak kena denda,....hanya warning ajer. Sib baik polis dorang bercakap dengan nada yang baik....tak lah kami ketakutan hehehe. 



Kami  dah sampai Twizel untuk singgah sebentar mencari makanan for lunch. Harapan kami dapat jumpa cafe yg menjual fish and chips. Malangnya kebanyakan cafe di sini menggunakan animal oil....sedihhh!!! Akhirnya kami terjumpa satu restoran ni....ada jual halal food di sini. Syukur....jumpa jugak. Kami order nasi and chicken sweet and sour....sepinggan share untuk 2 orang. Sekali ngap dalam mulut.....wallaaa!!!! Manis uolsss....memang aku tak lalu nak makan. Pulak tu masa ni aku agak sedih en tunang tidak membalas message whatsapp aku sejak semalam. Kenapa yea? Merajuk kah dia? Nak makan pun tak lalu ni. Padahal aku tengah kelaparan ketika itu. Mood ke laut masa ni uhukkk uhukk.

Kami meneruskan perjalanan lagi....terus sampai di Christchurch. Fuhhh perjalanan yg sangat jauh uolsss. Berjam-jam dalam kereta memang membosankan. Kami sampai di bandar Christchurch lewat petang. Ternampak supermarket PaknSafe...jom turun kita cari coklat dan apa2 yg patut utk bawak balik Mesia. Lama jugak kami lepak kat sini sebab aku beli mcm2 benda....beli coklat...beli candy....beli mix herbs utk western food. Kat sini memang murah skit berbanding supermarket lain. 

Malam tu kami stay di Christchurch Airport jer sebab awal pagi jam 7 kami akan fly ke Auckland plak yg terletak di Pulau Utara. Sebelum ke airport....kami nak cari kedai makan utk alas perut. Masa ni dah gelap di bandar Christchurch....kami berpandukan GPS mencari asian food di sini. GPS bawa kami ke bandar Christchurch yg agak suram dan sunyi sepi. Kedai banyak ditutup dan keadaanya seperti ditimpa garuda. Kenapa yea....aku agak pelik masa ni. Padahal ketika tu baru pukul 7 malam. Bukan tu ajer....bandar tu jadi gelap tanpa lampu jalan...menakutkan. Pusing punya pusing....akhirnya kami tak jumpa pun Asian restaurant di sini. Aku mmg lapar giler masa ni sebab masa kat Twizel tu aku hanya makan 2 sudu nasi sahaja. So, kami singgah di McD ajer...aku order Fish & Fillet utk dimakan di airport.


PaknSafe di Christchurch

setelah kami menyerahkan semula kereta di airport....kami terus masuk ke dalam airport dan stay di lounge dengan bayaran NZD5/pax....selesa skit sebab ada disediakan bean bed utk lepak dan bathroom kalau nak mandi. Lounge ini dibuka dari jam 8.30pm hingga 5.00 pagi esoknya. Lepas tu ia akan ditutup.

sempat jugaklah aku melelapkan mata di sini beberapa jam. Jam 4 pagi aku terjaga dan bersiap membersihkan diri. Jam 5 pagi kami dah standby utk check-in bag. Ada kekecohan berlaku ketika nak check-in bag sebab kami dah bayar thru online utk satu beg sahaja...xtra beg akan dikenakan bayaran NZD60....mampuss!!! Kami ada masa lagi...aku sempat bayar thru online dgn bayaran NZD30 sahaja per bag...lebih murah. Maknanya...setiap beg dibernarkan up to 35kg sahaja. Kami naik New Zealand Airline.

menunggu di waiting room utk depart to Auckland....bye bye Soutland.

Dalam flite duduk berterabur sana sini....tidak setempat. Perjalanan mengambil masa sejam lebih sahaja. Sempat jugak melelapkan mata...ngantuksss. Next entry aku akan menceritakan kisah kami di Nortland pulak. Siapakah yg kami jumpa di sana??? Seorang rakyat Malaysia yg stay di NZ.....apakah yg berlaku di sana.....tunggu!!!!! Rakyat Malaysia tu pun ada cerita pada kami kenapa Christchurch jadi suram dan tidak bermaya. Nak tau kenapa....tunggu next entry.

p/s - menghitung hari...masa dan detik. Harap semuanya berjalan dgn lancar.



Day 8 : My Journey to New Zealand - Auckland Part 1

$
0
0


Salam semua.
Sambung di hari ke 8...Pulau Utara New Zealand.
Kami sampai di awal pagi di Domestic Airport Auckland. Sebelum tu kami dah booking shuttle bus melalui hotel yang akan kami stay di sini. Kecil jer airport ni dan agak pening jap sebab dalam tu ada renovation. Sebaik kami keluar dari airport untuk menunggu shuttle bus...cuaca agak terang dan kurang sejuk berbanding di Pulau Selatan.

Kami tunggu shuttle bus di luar airport. Lebih kurang 15 minutes gak kami menunggu di luar. Tetiba.......dah sampai. Alamak  bukan bas....van ajer. Nampaknya memang tak muat utk kami berenam dengan beg2 kami yg bagak tu. So, let them go first...aku dengan Siti tunggu dulu di luar airport. Tak jauh mana pun hotel yg kami akan stay....about 10 minutes journey. 


Domestic Airport Auckland.....utk international airport sebelah ajer tapi melalui jalan lain.


Aku menunggu di sini....then aku ternampak seorang lelaki Melayu early 40's segak bergaya memegang briefcase sedang melintas jalan dan berjalan menuju ke pintu airport. Dari jauh dia memandang aku dan memberi senyuman..... tetiba dia berhenti sebentar dan menegur aku.
Dia tanya " Tunggu siapa? Business trip?"
Aku membalas senyuman ke arah lelaki tersebut dan menjawah " Nope...holiday...we just back from Christchurch....tour North Island".
Then he asked " Ada transport tak?". 
Aku senyum menjawab " Jap lagi shuttle bus sampai". 
"Oooo ok....."berapa hari di sini?" dia tanya lagi
"2 nites only. Where you go to?"ramah betul aku menanya...hehehe
" I'm going to Wellington for a meeting"........ memang nampak gaya nak pergi meeting pun
" Oooooo...ok see u" aku jawab. 
"Have a nice holiday....."....Dia senyum dan terus berlalu pergi.

Nampak lelaki Melayu tu macam orang baik2 dan seperti memang stay di sini. Orang Melayu kedua aku jumpa di NZ. Sebelum ni aku jumpa di DF Souvenirs Queenstown Malay couple sdg shopping souvenirs. Baik jer menegur aku....sakan kami bercerita pengalaman masing2 bercuti di NZ. Dia dah 2 weeks di NZ....rindu Malaysia katanya.




kami sampai di Skyway Lodge yang jaraknya 10 minutes sahaja dari airport. Tapi agak jauh skit dari town...about 45 minutes. Senang stay sini sebab mudah ke airport. Kami stay di sini selama 2 malam dgn bayaran NZD68 seorang (RM183)

Kami stay 2 bilik yg berlainan. Aku stay berdua dgn Siti.

coffee tea pun ada dalam bilik.

This is budget hotel....so sesuai dgn harganya. Simple ajer hotel ni. Kepunyaan warga NZ yang berkahwin dgn wanita Korea. Masa dalam van dia bercerita....today's weather is good ...sunny day coz semalam dia kata ada ribut petir seharian di bandar Auckland. Rezeki kami di sini....

lobby di hotel ini....siap ada swimming pool. Mampu nak swim time sejuk mcm ni ? Hahahah.



Sebaik kami sampai ketika ini....bilik belum ada yg kosong. So kena tunggu kejap sementara dia kemas bilik. So, kami breakfast maggie yg tinggal saki baki dalam beg. Ada dapur boleh masak kat sini. Oklah tu untuk alas perut. Then after dah check-in kami mandi manda dan bersiap utk keluar semula. Rugi rasanya kalau stay dalam bilik ajer. Baik kami meronda bandar Auckland ni. 

Sebelum tu aku dah contact my friend's friend yang stay di sini. Mana tau dia free masa ni...bolehlah bawak kami jalan2. Alhamdulillah he's willing to meet us and bawak jalan2. Plan nak naik bus ke town tapi pikir lambat plak nak sampai...so decided to take van yg berharga NZD40 satu van for one way. Senang sikit.....van tu amik kami di hotel. Selesa dan jimat masa. The van driver is an Indian guy.


today is Sunday.....inilah bandar Auckland yg hidup berbanding Christchurch.

kami berhenti di Queen Street. He asked me to meet him here berhadapan Civic Theatre. Tak kenal pun mamat ni tapi my friend yg rekemen suruh jumpa this guy kat sana. Aku gamble ajer...kot2 ada rezeki org Mesia yg boleh tolong kita bawak jalan2. Sib baik kami jumpa...terus dia bawa kami makan kedai halal di sini.

Then he rekemen us to eat here di bangunan Atrium...masuk dalam bangunan ni ada pelbagai jenis international food kat tingkat bawah. Kami nampak Indonesian Bali Food....halah gitiew. Memang happy giler sebab akhirnya jumpa halal food in NZ yg menepati taste kita. Memang lapar giler kami masa ni,

lupa nama food ni....sambal padang mcm tu lah...hehe

ni food aku....Nasi Ayam Penyet...ok sedap dan pedas...sangat berselera kami masa ni....dah lama tak merasa makanan pedas berapi mcm ni.

itulah mamat yang aku ceritakan tadi..nama dia Edi. Hensem tak? Hehehe. Dia ni model kat Malaysia dulu...pastu merantau bawa diri ke NZ dan bekerja di sini sudah 3 tahun lebih. Sekarang dengar citer dia meronda berbasikal secara solo di Pulau Selatan NZ sambil membawa bendera Malaysia. Tak habis lagi....masih lagi bergerak dari satu tempat ke tempat yg lain. I follow aktiviti berbasikal dia di FB. Gambar2 dia meletopss.....jeles mak!!!


lepas kekenyangan kami meronda di bandar Auckland sambil shopping ala kadar mana yg termampu di sini. Mr Edi jadi tour guide kami

mcm ni lah rupa kedai-kedai yg happening di Auckland. Tak ubah mcm style kedai2 di Aussie. Banyak muka Asian di sini. Masa ni aku bertanya pada Mr Edi kenapa Christchurch jadi bandar mati and not similar like Auckland yg happening. He said since Chirstchurch dilanda gempa bumi sebanyak 2 kali beberapa tahun lepas...bandar tu jadi kelam kabut skit. Ramai anak muda di sana sudah membawa diri migrate ke Aussie atau ada yang pindah ke Pulau Utara NZ....sama ada di Auckland atau Wellington. So....yang tinggal hanyalah golongan tua ajer di Christchurch.....takpun ada yg lari ke Queenstown. Ooooo...patutlah jadi mcm tu. Korang takkan nampak org muda berjalan di tepi2 jalan or kedai2 mcm gambar di atas di Christchurch. Kalau ada pun....amatlah sedikit....kiranya mat salleh yg berani mati....tak kisah gempa bumi ke...tsunami ke. Huhuhu macam-macam.....

satu lagi keunikan bandar Auckland ni.....banyak kelihatan kaum pribumi NZ seperti org Maori . Kalau nak tau camana muka dorang....cuba tengok pemain rugbi NZ....camtulah muka depa. Muka dan warna kulit ada iras Melayu tapi raut muka besar bersegi, nampak ganas dan badan tinggi berangka besar. Kalah mat salleh kalau tgk bentuk badan org Maori. Org Maori ni agak sombong sikit banding mat salleh di sini. Kalau pi mana2.....mereka mesti dalam berkumpulan sama ada bersama keluarga atau sesama pasangan masing2. Tapi kita susah nak tengok keadaan mcm ni di Pulau Selatan....sana banyak mat salleh.

Mr Edi kata nak ajak kami ke satu tempat ni tapi kena jalan kaki. Kami okay ajer...asalkan ada org tukang bawak. Segala jalan dan lorong dia bawak kami.

kat lorong ni pun dia bawa kami...tapi jangan risau jika anda jalan seorang diri di sini sebab kat sini selamat dan aman.



nampak tak keunikan simpang empat ni? Kelihatan ramai org melintasi jalan raya. Tapikan....kenapa semua kenderaan berhenti? Sebab simpang ni memang memberi laluan kepada pejalan kaki...kita boleh cross ke kiri dan ke kanan dalam masa yg sama. Semua kenderaan di setiap simpang empat ini berhenti. Memang takkan berlaku di Malaysia. 

kami berhenti lama di kedai souvenir ini...sebab murah. Kalau uols nak cari souvenir di Auckland ni....datanglah ke Queen Street....mmg melambak2 kedai souvenirs. 

model kita ni baru beli baju baru....terus pakai gitiewww. Sebab aku nak photoshoot dia utk dimasukkan ke dalam majalah Mangga.....retis gitiewww. Pelik betul aku....dia tak sejuk pun pakai tshirt lengan pendek....kami ni dah kesejukan masa ni.

lepak sebentar di bangku sementara menantikan Siti bershopping souvenir. 

Oklah....nanti aku sambung lagi next entry. Ada lagi 3-4 entry nak habis. Pelan-pelan aku merangkak. Doakan aku diberi kekuatan utk menghabiskan semua entry sebelum aku bercuti panjang nanti. Ahkak nak pi honeymoon uolsss......ke manakah???

p/s - terima kasih kasih atas segala pengorbanan untuk ku love....



Day 8 : Journey to New Zealand - Auckland Part 2

$
0
0
Salam semua. 
Gigih nak update blog secepat yang mungkin. Lepas ni gonna be my busy month. Ok sambung hari ke 8 di Northland NZ. Harap jangan ada yg letih nak baca entry ni sebab banyak gambar. So...aku tulis mana yang terdaya jer. Biarlah gambar-gambar ini berbicara huhu.

Kami meneruskan aktiviti berjalan kaki di bandar Auckland yg happening ni. Mr Edi kata jom kita pergi Wynard Quarter. Dia kata kat situ boleh tengok bandar Auckland dan Skycity Tower dari jauh. Cuaca memang sangat cantik dan meletopss. Nampak matahari tapi dingin sesekali angin bertiup. Memanglah rezeki kami hari ni. Mr Edi kata semalam sehari suntuk warga Auckland tak keluar rumah atas faktor cuaca ribut petir dan hujan lebat. Aku tengok warga Auckland mcm excited semacam bila tengok cuaca mcm ni. As uols know....NZ weather is unpredictable.

me @ Auckland

jom berjemaah jalan-jalan santai...sambil tu sesekali stop jap kat kedai souvenirs



kami sampai di area Downtown Terminal....sambil tu nak tanya cruise package di pulau2 area sini. Plan nak gi jalan2 esok di sana. Kami singgah makan ice cream yg sedap ini..

ferry building yang unik

sempat photoshoot model kita hari ini

geng cik kiah yang bergambar sakan di sini

kami jalan dan terus berjalan di tepian ini

cantik lautan pun warna biru turquois

langit biru matahari terang memang gambar pun akan jadi cantik.....walaupun org nya tak berapa cantik

sehinggalah kami nampak kapal2 sewaan yatch ini 

mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bandar Auckland ini

sesapa yg banyak duit nak sewa pelayaran kapal di perairan sini...boleh jer. Kalau aku banyak duit...tringin sangat nak sewa kapal mcm ni. Jom encik tunang....untuk hadiah besday wife pun dah okay :p

dah nampak skycity Auckland.....tak sempat naik sbb kesuntukan masa



untuk ke Wynard Quarter kami mesti melalui jambatan ini. Tetiba terdengar siren menandakan jambatan ini ditutup untuk laluan kapal

cantik sangat...kelihatan laut berwarna turquois dan pelbagai kapal percutian menghiasi perairan

disinilah tempat yang cantik dan sesuai untuk mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di Auckland...nampak skycity tower di sini

dah ghupa penyanyi nasyid plak bile berdiri mcm ni ...muahaha

apa yg menarik di Wynard Quarter.....di sini menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah melihat keindahan bangunan pencakar langit, kapal-kapal berlabuh dan banyak juga cafe-cafe santai bersama family. Menurut Mr Edi....masa NZ menjadi tuan rumah Rugby World Cup tahun lepas....juga diadakan di sini. 

tengoklah model in the making.....sapa ajar? mamat tu lah yang ajar kami posing mcm ni...walaupun bentuk badan masing2 nan hado ghupa model....berangan lebih.

pantang dituju lensa...mesti dia nak posing

sesuai untuk dimasukkan dalam majalah Mangga Mempelam

masa nak balik.....again jambatan di tutup utk laluan kapal yg belayar





Kami bisik pada Mr Edi....kami nak merasa Fish n Chips di Auckland ni. Kat mana yang sedap? Dia kata kat Mission Bay ada restaurant fish and chips yang terkenal dan sedap. Tapi kena naik bas untuk ke sana. So, dari Wynard Quarter kami berpatah balik dan jalan kaki ke Central Train Station....kami mengambil bas di tepi station tu ajer untuk ke Mission Bay. Bas nombor apa....sorry dah lupalah. Maklumlah bila dah ada tourist guide ni...main belasah ajer ikut orang. Sehinggakan aku terlepas pandang apa number bas yang kami naik. Untuk ke tempat ini ia mengambil masa 20 minutes. 

Tempat ni memang cantik di persisiran pantai...sesuai untuk beriadah bersama family. Kami pun mcm tak larat dah nak berjalan ke arah pantai tu sebab kepenatan. Beriya Mr Edi ajak kami jalan2 ke arah tu. Kami kata tak payahlah...jom kita terus ke restaurant jer hehe. Lagipun hari dah nak senja....nanti terlambat balik plak kami.

sebaik turun dari bas....kami berjalan sikit dan melintas jalan menuju ke arah kawasan deretan kedai ini

ni dia restaurant yang kami pergi....FISH POT CAFE...wahh ramainya orang. Kena tunggu sebentar untuk mendapatkan meja yang kosong.

Fish and Chips....ramai yg order ini

aku plak order lain...aku amik Grilled Fish and Chips....ok sedap...cumanya lagi sedap kalau ada chilli sause buatan Malaysia.

kami tambah order prawn swiss roll...sedapp

amik sorang satu rasa....

memang happening tempat ni....suasana pun nyaman dan sejuk. Bila dah nak malam.....suhu bertambah sejuk dan berangin...sejuk giler sampai ke tulang. Masa ni Siti tengah demam...kesian dia tak sihat

muka-muka ceria dapat makan fish and chips di Auckland

balik kami naik bas dan turun semula di bas stand yang kami naik tadi. Then kami berjalan kaki ke Civic Theater semula untuk naik van pulang ke hotel. Kami contact driver van itu untuk amik kami di situ.

Balik bilik kami kepenatan dan terus tidur. Maklumlah malam sebelumnya kami tak cukup tidur...hanya tidur di airport. So, malam ni kami nak rehat betul-betul sebelum memulakan hari esok. Agaknya apakah aktiviti kami esok? Tungguuu.......

p/s - menghitung hari untuk next trip.....



Day 9 : Journey to New Zealand - Waiheke Island

$
0
0

Salam semua.
Tinggal lagi satu entry nak habis...untuk hari ke 10 kami di bumi Kiwi.
Now aku nak citer hari ke 9 kami di Pulau Utara NZ. Pagi tu kami dah bergerak awal menaiki van yang sama kami naik semalam. Kami dah booking awal. Seperti semalam kami turun di Civic Theatre, Queen Street. Then....jalan kaki hingga ke Downtown Terminal. 

Plan hari ni nak menaiki cruise ke Waiheke Island. Patutnya boleh jer turun terus di sana...tapi kami ambil keputusan nak jalan kaki sambil menyinggah di kedai2 yang berdekatan kot2 ada yang berkenan di hati. Hari ni cuaca tidak seperti semalam terang benderang.....mendung sedikit. Takpa....yang penting tak hujan. 

inilah van yg kami naiki....45 minit perjalanan ke bandar Auckland

bersama Chef Watie

kami sampai di Downtown Terminal dan beli ticket ferry ke Waiheke Island. Harganya tak ingatlah NZD38 mcm tu rasanya. Actually ada beberapa island yang kita boleh pergi dari terminal ini. Mr Edi yang rekemen kami pergi Waiheke Island sebab cantik katanya. Kalau nak amik package yang termasuk sight seeing dalam pulau pun ada tapi agak mahal sikit. 

menunggu ferry sampai



kami menaiki ferry ini...Fullers yang membawa kami ke Waiheke island



ini ticketnya....kami beli return ticket ajer tak payah amik package....kat sana ada bas yang boleh bawa kami jalan2.

sempoi jer tempat duduk di sini. 

gambaran terminal downtown yang diambil dari dalam ferry

keseluruhan bandar Auckland

Dah nak sampai Waiheke Island....kesejukan mula terasa masa kami berada dalam ferry...tu yang pakai jacket. Sebaik sampai di sini....terpegun dgn keindahan pulau ini...byk boat2 persendirian di sini

Welcome to Waiheke Island

berjalan kaki sedikit untuk ke bus stand



kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke bus stand ini. Kelihatan byk betul kereta parking di kawasan ini. Oooo rupanya penduduk pulau ni yang berkereta jika hendak ke bandar Auckland menaiki cruise kena parking kereta di sini. Bayaran mengikut jarak ke terminal ferry. Kalau lagi dekat...maka mahal harganya.

lepak menunggu bas di Waiheke Island. Lama gak menunggu bas sebab bas akan datang setiap setengah jam. Nampak tak kereta2 di belakang kami ni. Masa kami menunggu bas ini kami telah ditegur oleh satu couple yang dah veteran sambil menarik luggage setiap seorg. Rupanya mereka berdua ialah penduduk di pulau ini dan bercadang hendak ke bandar Auckland mengunjungi rumah anak mereka. Masa kami berada dalam bas....ramai sungguh orang tua. Kebannyakan mereka memang stay di sini dan anak2 stay di Auckland. Suasana dalam pulau ni memang mcm kampung yang mendamaikan. So...bas tu akan mengelilingi pulau dan berhenti di setiap bus stand. Bayaran seorang bas ialah NZD9.

kami berhenti di sini iaitu berhadapan dengan laut. 

cafe yg kami lepak ini berhadapan dengan laut ini

jom berhenti sebentar sampai pekena hot chocolate dan banana cake ni....sedap giler cake ni.


geng cik kiah bersantai sambil berchit chat....alahai mak datin sangat. Masa ni datuk2 tengah main golf...ahakssss. Kat sini ada wifi free sebab kami pengunjung di sini. Apalagi....masing2 sakan mengudate apa yg patut hahaha. Memang best dan santai sangat.



permandangan di persekitaran kawasan beach ini



apalagi jom berposing sakan...sebab hanya esok kami akan berada di NZ ini.

syahdu nak meninggalkan bumi Kiwi ini setelah 10 hari berada di sini. Apalagi...masing2 melayan perasaan sampai memandang laut yg terbentang luas. Entah bilalah kami akan kembali ke sini lagi??? Jom kita balik semula ke Auckland.....hari pun dah petang. Lama jugak kami menunggu bas di sini...sambil2 melayan wifi kat cafe tadi. Kami lepas sebelah cafe untuk mendapatkan line wifi. 

sampai bandar Auckland kami dah kelaparan....jom kita pekena nasi di kedai yg sama mcm semalam. Mak tak kosa nak cari kedai lain dah.....

nasi padang pun ada uolsss...sedapsss!!!


Lepas dah makan...kami meronda di setiap kedai souvenirs di Queen Street untuk menghabiskan duit dollar yang ada...maklumlah esok dah nak balik kan. Souvenirs di sini boleh tahan murah jugak....bergantung pada kedai. Ada kedai yg jual mahal dan ada yg murah. Kena rajin bandingkan harga dan mencari harga yg terbaik. Aku banyak beli tshirt All Black di sini...murahlah jugak. 

Then aku ke Pasaraya Downtown untuk membeli coklat dan segala jenis biskut yang sedap di sini. Borong sakan aku di sini sebab jadi giler tengok biskut dan coklat di sini...semuanya sedap2 belaka. Sempat beli buah Kiwi....tapi harga taklah murah sangat pun. Dah malam baru kami balik ke hotel. Malam tu kami packing bag...giler berat beg aku uolssss. 

p/s - sebulan jer lagi.....




Day 2 : Sydney Trip 2013 - Blue Mountain

$
0
0

Salam semua.
Welcome to Blue Mountain National Park. Nampaknya dah pun sampai ke tempat yang ditujui. Sebaik kami jejakkan diri di sini....sudah terasa angin bertiup...fuhhh sejuk giler. Jom kita sarungkan jacket yea kawan-kawan. Untuk pengetahuan semua Blue Mountain ini terletak di tempat tinggi....tengok namanya pun dah tau....mountain kan. Ada beberapa tempat menarik yang terdapat di Blue Mountain ni.

The Blue Mountains is a mountainous region in New South Wales,Australia. It borders on Sydney’s metropolitan area, its foothills starting about 50 kilometres (31 mi) west of the state capital. The public's understanding of the extent of the Blue Mountains is varied, as it forms only part of an extensive mountainous area associated with the Great Dividin g Range. Officially the Blue Mountains is bounded by the Nepean and Hawkesbury Rivers in the east, the Coxs River and Lake Burragorang to the west and south, and the Wolgan and Colo Rivers to the north. Geologically, it is situated in the central parts of the Sydney Basin.


Station Katoomba....berhenti di station ini.

agak sunyi di kawasan ini....tak ramai penduduk tetapi ramai tourist.

ahli-ahli jemaah yg vogue

amboi lagak mcm tgh nak tahan train....padahal baru jer sampai huhuhuhu

six roses yang vogue...bab melaram...bergaya...berposing....kamilah juara hahaha.

berjalan kaki menuju ke Carrington Place...melintas jalan depan kedai-kedai ni. Depan ni ada  bus Hop On Hop Off tapi jangan naik bas ni.


Sebaik kami sampai di Katoomba Station. Kami berjalan kaki di bawah terowong dan melintas jalan ke Carrington Place. Sebabnya kami kena naik satu lagi bas untuk berjalan-jalan sekitar tourist attraction di sini. Ambil bas warna coklat (Troleybus) yang berhenti betul-betul di hadapan Carrington Place. Bas ini setiap 30 minit. 

Guna kad Daypass yang AUD22 tu....tunjuk jer kad tu kat driver bus. Bas akan bawa kami jalan-jalan di sekeliling Blue Mountain ini. Attraction place di sini seperti Echo Point, Scenic World dan Chocolate Factory. 


sebaik nampak Carrington Place ni....jom lintas jalan

bas stand ini terletak di depan Carrington Place tadi. Tunggu bas warna coklat di sini. Bas akan datang setiap 30 minit.

yahooo dah dapat naik bas. First station kami ialah di Echo Point.

Ramai betul tourist masa kami sampai ni. Nak bergambar di tulisan Echo Point ni pun berebut-rebut.

orang dah reda barulah ahkak dapat bergambar di sini...gigih tuuuuu...



nice view



The Three Sisters is the Blue Mountains’ most spectacular landmark. Located at Echo Point Katoomba, around 2.5 kilometres from the Great Western Highway, this iconic visitor attraction is experienced by millions of people each year. 

The Aboriginal dream-time legend has it that three sisters, 'Meehni', 'Wimlah' and Gunnedoo' lived in the Jamison Valley as members of the Katoomba tribe. These beautiful young ladies had fallen in love with three brothers from the Nepean tribe, yet tribal law forbade them to marry.The brothers were not happy to accept this law and so decided to use force to capture the three sisters causing a major tribal battle.

memang amazing The Three Sisters ni......one of the World Heritage


permandangan luas di hadapan sana.

warna-warni kami six roses .... di lookout point The Three Sisters..ehhh tetiba nampak seekor kumbang dikelilingi bunga. Nama dia Syawal....kami jumpa dia di airport semalam...kebetulan dia pun stay kat Malaysia Hall. So...dia berbesar hati nak join ahkak2 vogue ni. 

with our superwoman Norlia yang menjadi heroin memandu kereta sepanjang di NZ.

sangat cantikkkk.....betapa indahnya bumi ciptaan Allah. 

puas bergambar dan menikmati panorama indah di Echo Point....kami naik bas semula nak bergerak ke destinasi seterusnya.....kami nak pi Choc Factory. Lihatlah rumah2 yg terdpat di sini........cantikannn. Bunga sakura berkembang indah....very nice spring season here.

pekan di Katoomba

dah sampai Choc Factory....kecik jer tempatnya....ingatkan kilang besauuuu hahaha.

wowww geramnya byk choc di sini....teringat masa bercuti di Belgium tahun 2009 dulu...pelbagai jenis choc yang sedap2. Tapi kena hati2 yea....pastikan cari choc yg tidak bercampur dengan liquor.

kami order hot choc dan choc cake.....tetiba yang sampai....yang ini. Wowwww...nampak agak pelik dan sangat menarik. We just add in the choc into the milk. Siap ada bara api lagi....sentiasa panas dan sangat sedap hokay.

jemput minum....aku order milk hot chocolate.

masing2 muka teruja...ada yg sibuk mengocak air susu+coklat... ada yg sibuk merakamkan gambar dgn kamera dan hp....aku pulak sibuk merakamkan gambar mereka yg leka dengan mcm2 gaya. Nampak tak muka mereka yang sangat teruja....termasuklah aku ni hahaha.

sejuk sangat di luar ni tauuuu...eksyen tak nak minum dalam kedai. Konon tourist kannn....terketaq2 pegang pinggan kek tu....sejukkkkkk.

aikkkk...kak asma malu ke... tunduk ajer......hehehe



Kami balik naik bas dan menuju ke station Katoomba untuk balik ke Sydney. Perut dah lapar......bekalan yang kami bawak pagi tadi nampaknya dah sejuk membeku. So, kami makan nasi goreng ni ramai2 di Station Katoomba. Sejuk giler masa ni,.....tangan terketaq2 menyuapkan makanan ke mulut. Makan nasi tak habis sebab tak tahan sejuk yng amat. Ketika ini jam menunjukkan pukul 3 petang.

Kami naik train dan balik ke Sydney menuju Central Station. Kepenatan kami dalam train...kononnya nak tidurlah sebab perjalanan mengambil masa 2 jam. Tetapi.....ada sesuatu yang terjadi di dalam train. Semua orang dalam gerabak train tak dapat melelapkan mata dan rehat dengan selesa.....kenapakahhhhh tu???? Rasa gerammmm....benganggg....sakithati......semuanyaaa ada masa ni. Nak tau cerita selanjutnya...... tungguuuuuuu next entry. Sajer kasi suspennnn...


p/s - kulit muka dan badan masih kering angkara trip ini...uhukkkkk



Day 10 : Journey to New Zealand - Back to KL

$
0
0

Salam sahabat semua.
Minta maaf banyak2 di atas kelewatan mengupdate blog ini. Busy yang tak terkata sebenarnya. Ni pun gigih mengupdate jugak walaupun banyak kerja nak buat. Sebab nanti aku akan bercuti panjang......entah bila nak update lagi. Ok kita sambung hari terakhir kami di bumi NZ.

Awal pagi kami dah bergerak ke airport sebab ikut planning flight kami akan bertolak pada jam 1 tengahari pada hari yang sama. Kami dah booking shuttle van melalui owner hotel yang kami stay ini. Rasa berat hati nak meninggalkan bumi Kiwi ni. Sebab banyak sgt kenangan manis di sini.


cuaca mendung pada hari ni...sementara tunggu van hantar first trip...aku dan siti bergambar dulu di sini.

bestkan kalau cuaca mcm ni kat negara kita.....





musim bunga maka bunga pun berkembang mekar

inilah beg aku yg padat sepadatnya....3 beg masuk dalam dan hanya satu beg aku hand carry

ada kesilapan teknikal berlaku semasa di airport...maka kami melepak beberapa jam di sini....sambil tu borak2...makan2...sambil menunggu flight kami.

balik ke KL kami menaiki MAS flite....oklah selesa dan boleh tidur dengan nyenyaknya.


Ok sekian sahaja cerita aku untuk hari terakhir di bumi kiwi ini. Kenangan manis di sini memang sangat mengujakan...ada juga yg pahit tapi biarlah menjadi simpanan peribadi kami. Entah bile aku nak jejak ke sini lagi...kalau ada rezeki boleh jer. 

Ada yg tanya berapa banyak aku habiskan duit di sini....hmmm sila tengok detail di bawah.

Flite termasuk Sydney + New Zealand      RM2,600
Pocket money di Sydney                          RM1,500
Pocket money di NZ                                RM3,500
Total                                                       RM7,600 sahaja 

Pocket money tu termasuk hotel, transport, makan dan shopping. Murah kan???? So...cepatlah beli tix ke NZ..hehehe

Oklah...sekian sahaja entry ttg NZ....berbulan aku nak habiskan hehehe. Maafkan aku sebab aku busy sangat dgn pelbagai perkara.

p/s - 2 minggu lagi....doakan yea.






Beginning A New Life.....Insya Allah

$
0
0

Salam semua pembaca budiman.
Terima kasih semua masih setia bersama blog ku ini walaupun tuan tanah asik on and off lately ni. Agak susah sekarang ni nak berblogging sekerap dulu. Banyak sangat agenda yang perlu diuruskan. Tapi jangan risau aku akan tetap bersama uols jika ada masa terluang InsyaAllah.

Bermula hari ini buat sementara waktu aku akan berehat seketika dalam dunia blogging kerana sibuk menguruskan majlis yang sangat bermakna dalam hidup ku ini. Then aku akan terbang ke negara orang selama 2 minggu bersama yang tersayang. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah aku akan sambung semula aktiviti berblogging ini sebaik aku pulang ke tanahair nanti. 











Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar


Beberapa hari selepas majlis... pertama kali akan terbang bercuti bersama yang tersayang...InsyaAllah


Perjalanan menuju frasa kehidupan yang baru...InsyaAllah



p/s - Rabbi Yassir Walla Tuassir Rabbi Tammim Bikhoir











Alhamdulillah....Newly Wed

$
0
0



Syukur alhamdulillah saya telah diijabkabulkan dengan suami tersayang 2 weeks ago. Doakan kebahagiaan kami hingga ke jannah.


Honeymoon Photos @ London

$
0
0

Salam semua...
Di sini aku nak sgare dengan semua gambar-gambar semasa aku bersama suami honeymoon di kota London dan Manchester. Ada banyak gambar beribu2 lemon. Buat masa ini ...ini sahaja gambar2 yang aku sempat upload dan share dengan pembaca semua.

Details about this honeymoon aku akan share nanti sebabnya sekarang ni busy preparation wedding belah suami pula di Terengganu. Nanti aku share gambar kay. Tadaaaaaa.......



 Gatwick Airport

 Big Ben dan House of Parliament

 Thames River

 London Eye

 Thames River

 Tower of London



 Chelsea Football Club Stadium

Arsenal Football Club Stadium

 Harrods

Old Trafford Stadium- Manchester Football Club


p/s - next entry aku akan share lagi pic2 semasa perkahwinan kami.







PAKEJ TRAVEL : JOM SHOPPING RAYA BERSAMA MAJALAH WANITA DI VIETNAM

$
0
0

JOM SHOPPING RAYA BERSAMA WANITA DI VIETNAM




JOM SHOPPING RAYA BERSAMA WANITA DI VIETNAM SAMBIL JANA PENDAPATAN!!
4HARI 3 MALAM - RM1850 SAHAJA (FULLBOARD!!)

Sambutan Malam Gala Sempena Hari Ibu di Vietnam beserta CABUTAN BERTUAH
yang amat menarik :-

* ke Beijing *Pulau Tioman *Holida...y Villa Melaka *Produk Kecantikan dan Master Cook Tajaan Avon *Set Memasak Tefall *Set Ibarat Umrah dari Siti Khadijah..


Sila hubungi atau pm saya
Rosmawati Idris 03-8926-2999/emel:rosmawati.idris@utusankarya.com.my 



Anda hanya bawa duit untuk Shopping sahaja! 
Shopping Raya sakan dan shopping untuk jana pendapatan..balik modal!
Terus ke kilang dan tempat-tempat yang amat murah!





My Wedding - Majlis Akad Nikah

$
0
0

Salam kawan-kawan semua.
Aku kembali ke dunia blogging. Dah lama blog ni ditinggalkan setelah aku busy dengan majlis perkahwinan. Majlis di kedua-dua majlis telah selamat dijalankan. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis di pihak aku dengan pihak suami jarak sebulan jugak...maklumlah suamiku kampungnya jauhnya di Terngganu. Now...we are back to normal routine and new life as husband and wife.

Terima kasih juga kepada teman-teman yg membaca blog ini di atas ucapan yang diberi. Aku terharu sangat sebab ada yg selama ni jadi silent reader tetiba memberi ucapan selamat kepadaku. Terima kasih banyak2 teman-teman sekelian. Doakan kami bahagia hingga ke jannah dan sabar dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Entry kali ni aku nak share beberapa pic semasa majlis akah nikah kami. Next entry majlis berinai dan bersanding pulak. Harap semua enjoy.

Lokasi Nikah : Surau Al-Falah, Taman Cempaka, Ampang
Masa : 9.30 pagi
Tarikh : 28 Februari 2014


 semasa aku di make-up kan....Make up by As....

 aku suka make up dia ni...sebab simple ajer and tidak over sangat.

 para dayang pembawa dulang sebelah pihak perempuan.....dulang girls

para pembawa dulang sebelah pihak lelaki- dulang boys terdiri daripada teman2 seuniversiti suamiku

 saat suamiku melafazkan ijab dan kabul....syukur dengan sekali lafaz

 para tetamu kedua-dua belah pihak....

 saat suamiku memberi mas kahwin

 pemberian gelang emas oleh suamiku...

 bersama dulang girls yg cantik2 belaka

 suamiku bersama dulang boys

 kami bersama mereka......alahai comel dan segaknya

 bersama keluargaku tersayang

 bersama keluarga belah suamiku

 cewahhhh

 kami posing di pelamin di rumah




 outdoor photography di rumah my brother.

 konsep UK sebab kami honeymoon ke sana

manjalah sangat aishhhh


Sekian dulu gambar2 yg aku boleh share dengan kawan2 semua. Next entry gambar malam berinai yang bertemakan Arabian Nite. Ada artis yang datang. Siapakah?? Tungguuuuuuuuuuuu.


p/s - Tunggu majalah URTV keluaran 1 Mei ada gambar2 sekitar wedding dan honeymoon kami




My Wedding - Majlis Berinai "Arabian Nite"

$
0
0

Salam kawan-kawan pembaca blog semua.
Untuk entry kali ini aku nak share gambar-gambar wedding semasa Malam Berinai. Selalunya orang buat malam berinai sebelum majlis nikah. Tapi aku lain....aku buat selepas majlis nikah. Bukan apa....dah sah kan...bolehlah kami bersanding berdua atas pelamin. Kalau malam berinai ikut adat kita....pengantin perempaun akan bersanding seorang atas pelamin sebelum menikah.

Untuk malam berinai ni aku buat tema Arabian Night. Tetamu aku terdiri daripada kaum keluarga dan saudara mara rapat iaitu mak dan pak sedara dan juga sepupu2 rapat dikedua2 belah mama dan arwah papaku. Teman-teman rapat dan jiran rapat juga dijemput pada malam berinai tu. Alhamdulillah ramai yang hadir dan para tetamu begitu sporting memakai baju jubah arab mengikut tema yang aku telah tetapkan hehehe. Semuanya sporting...alhamdulillah.

Gambar2 tetamu pada malam tu aku masukkan sekali dalam blog ini untuk tatapan pembaca. Sebab aku suka tengok fesyen2 arab yg diperagakan. Jom tengok.......

Lokasi Malam Berinai : Kg Pandan, Ampang
Tarikh : 28 Februari 2014
Masa : 8.30 malam


Make-up by As

heavy make-up style Arab...huhuhu



ya habibi...ya maulana

tadaaaaaaaaaaa.....siapakah artis yg berbaju pink tu? kenal tak?

inilah dia.....MAS ANIZAN pelakon popular suatu ketika dulu...cantikkan dia.

bersama mak sedara belah arwah papa dan sepupu aku serta anak2nya....from PJ

bersama mak dan pak sedara from Ipoh dan sepupuku dan isteri from Singapore.

bersama jiran yg close dengan family kami....

amboi suami ku.......sakan berposing sorang2 hehehe.



pengantin arab

tetamu dijamukan dengan makanan arab...iaitu nasi mandy dengan kambing dan ayam. Sedap giler nasi arab tu.....semua tetamu suka dan puji makanan ni. Kami order di sebuah kedai makanan arab di Seri Kembangan.

aku dan suami makan bersama keluarga mertua.

at the same time...my bro buat majlis hari jadi utk anaknya.

with my bro's family......tengoklah fesyen anak2nya

bersama jiran kami yang dah mcm family.



bersama family kak rose yg dah mcm family kami....thanks krose banyak membantu jayakan majlis wedding ni

bersama teman baikku Nani dan Aida ...kami satu sekolah di MRSM Jasin suatu ketika dulu

bersama family mertua yang datang dari Besut Terengganu

bersama sepupu2 aku belah arwah papa yang datang dari JB

tukar baju arab lain....bersama my sis in law and teman baik Shima



bersama sepupuku belah mama dari Cheras



bersama sepupuku dan family dari Shah Alam

family paling sporting....bersama sepupuku dan family from Pantai Dalam

posing dengan suamiku...huhuhu

mini pelamin di rumah. Designed by Senitra Vision


Panjang pulak entry kali ni dengan gambar-gambar. Next enry aku tunjuk plak decor di dalam dewan semasa majlis resepsi perkahwinan kami. Aku melantik wedding planner utk menguruskan semua majlis aku iaitu Senitra Vision.


p/s - Ada kejutan di majlis persandingan ku.....




My Wedding - Majlis Resepsi Part 1

$
0
0

Salam semua.
Entry kali ni aku nak share gambar-gambar semasa majlis resepsi kami yang berlangsung pada 1 Mac yang lepas. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir ke majlis kami walaupun ada yang sampai lambat sebab terperangkap dengan kesesakan jalanraya yang sangat teruk di Lembah Klang pada hari tersebut. Ada yang kata perjalanan mengambil masa 3 jam...aduhhh kesiannya. Kami dapat laporan kebetulan pada hari yang sama ada banyak penutupan jalan sempena Le Tour de Langkawi. Walaupun jalan sesak...alhamdulillah tetamu kami sampai juga ke majlis kami....terima kasih banyak2 semua. Ada juga tetamu kami yang sesat jalan sebab tak jumpa lokasi majlis ini...dan terus balik sebab dah kelewatan ketika itu...aduhai kesiannya. Kita merancang mcm ni...jadinya mcm tu...nak buat camana kan...itu semua perancangan Allah yang kita tidak mampu menghalangnya. 

Lokasi : Dewan Auditorium JPS, Ampang, Selangor
Tarikh : 1 March 2014
Masa : 12.00 tengahari hingga 4.00 petang

Persiapan untuk menjayakan majlis ini dibuat dalam masa 6 bulan selepas kami bertunang pada 31 Ogos tahun lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tidak ada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku...syukur sangat. Yelah...mesti kami risau sebab tetamu kami melibatkan kehadiran seramai 1,200 orang. Boleh dikatakan semua saudara-mara yang kami jemput hadir dari seluruh pelusuk negeri seperti Singapore, Johor, Penang, Ipoh, Pahang dan Selangor. Terima kasih banyak2 semua. Teman-temanku pun hadir ke majlis kami ni ...diantaranya teman dari sekolah, universiti, sepejabat, x-officemate di company lama, teman travel, teman blogger dan juga blog reader. Ada juga teman blogger yang aku pertama kali jumpa hadir ke majlis perkahwinan ku.....iaitu blogger Neenaanuar dan blogger Cik Anne. Terharu sangat dan minta maaf byk2 sebab tak sempat nak berborak panjang. Nanti bila2 kita jumpa lagi kay. Kalau ada diantara blogger lain yang hadir tapi tak sempat jumpa aku....bgtau yea. Yelah...ada yang datang cepat dan ketika itu pengantin belum sampai lagi. 

Untuk majlis perkahwinan ini aku telah melantik wedding planner untuk merancang dan menguruskan majlis ini start dari majlis nikah, majlis berinai dan majlis resepsi....semuanya dikendalikan olehnya. Senang sikit kerja aku dan tidak susahkan family untuk menguruskan semua. Alhamdulillah aku sangat2 berpuashati dengan hasilkerja yang dibuat dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. 

Aku telah melantik syarikat Senitra Vision yang dikendalikan oleh Epul bagi merancang perkahwinan ini. Di antara hasil kerja yang termasuk dalam pakej ialah :

1) Baju pengantin bagi majlis nikah (off white) dan resepsi (mint green). Baju ini adalah rekaan designer dibawah syarikatnya. Aku hanya bagi idea supaya buatkan satu dress yang membuatkan aku nampak kurusssssss (hehehe) dan simple tak sarat sangat. Alhamdulillah aku suka sangat design dress tu dan ternyata ramai kata aku nampak kurus pada majlis resepsi tu hehehehe.
2) Pelamin di dewan (guna fresh flowers) dan mini pelamin di rumah
3) Perkhidmatan make-up oleh make-up artist As sebanyak 2 kali iaitu majlis nikah dan berinai. Manakala untuk majlis resepi aku guna makeup artis Kak Saidatulnisa tapi yang ini tidak termasuk pakej...bayar sendiri uolss sebab harganya pun boleh tahan. Yang penting...make-up nya meletopsss.
4) Catering pada majlis resepsi. Alhamdulillah makanannya sedap dan ramai yang puashati. Senitra Vision menggunakan perkhidmatan catering dari Warisan Bonda Catering. Diantara makanan yang disajikan ialah Nasi Beriyani Basmathi, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Sambal Sotong Kering, Dalca Tulang, Pajeri Nenas dan Papodam. Pakej juga termasuk coffee corner. Alhamdulillah makanan semua mencukupi. Risau juga kalau makanan tidak cukup...terpaksalah guna plan A...huhuhu.
5) Perkhdimatan Photography (nikah, berinai dan resepsi) dan Video termasuklah outdoor photography 
6) Photo Booth dan Candy Bufeet pada majlis resepsi di dewan - Party Print
7) Meja beradap pengantin dan meja VIP sebanyak 10 set
8) Perhiasan di dewan seperti green carpet dan gubahan bunga walkway.
9) Gubahan hantaran untuk kedua-dua belah pihak (guna fresh flowers)
10) Persembahan tarian tradisional dengan dendangan 3 buah lagu
11) Kek pengantin 3 tingkat - Cake Bros

Jika ada sesapa yang menggunakan perkhidmatan wedding planner bagi majlis perkahwinan seperti majlis kami berdua ni....boleh hubungi Epul (019-3387117) dari Senitra Vision. Kami berdua sangat berpuashati dengan service yang diberikan dan ramai yang memuji hasil kerjanya. Jom tengok gambar-gambar hasil kerja Epul yang meletopss ini. 


 pelamin di dewan....aku request colour putih dan fresh flowers







 untuk design meja beradap...aku choose yang ini daripada senarai design meja beradap yang sediaada dalam koleksi Epul. Bunga atas meja tu pun guna fresh flowers. 

cantuikkan design ni...

 pandangan depan untuk pelamin di dewan

 meja vip untuk keluarga pengantin lelaki.....kombinasi colour hitam dan mint green

 untuk hiasan kerusi dan meja di dewan aku pilih colour putin dan mint green



 untuk set buffet station kami buat kelainan iaitu susun meja ikut style island 

 hiasan meja makan beradap....



 photo booth yang terdiri daripada props stick, guestbook, polaroid dan photo frame.




tu diaaa.....props stick "i love travelling".....aku yg request tuu....





 instant photo dari polaroid akan ditampal pada guestbook....

 dari blogger Neenanuar I'm Yours...thanks for coming dear

 dari blogger Kak Chah....thanks for coming kak...

ada frame gambar Mr and Mrs dan juga Instagram

 Candy Buffet....ada mcm2 makanan di atas meja tu.....for kids actually....





 Chocolate sticker yang tertera nama kami berdua





door gift kepada para tetamu....gambar tu terbalik sebenarnya...ohh my photographer!!!. dalam bekas kaca tu ada cookies...ada 3 types of cookies iaitu cornflakes, kelapa dan kacang. Door gift tidak termasuk dalam package....ni pihak kami yg uruskan. Cost utk satu door gift tu ialah RM6.00

 Coffee corner - ada teh tarik, cendul, bubur kacang dan 5 jenis kueh mueh.

 5 jenis kueh yg terdiri daripada karipap, cucur badak, kueh talam keladi, kueh talam ubi dan kueh koci

kueh mueh stall...

 cake perkahwinan kami 



 cake fondant

simple jer tapi nampak cantik....my hubby yang pilih design ni hehehe. Sebenarnya ada satu lagi cake pada hari tu...merupakan kejutan utk kami. Tunggu next entry kay.


Itulah dia serba sedikit coretan tentang perhiasan dewan pada majlis perkahwinan kami. Mesti ramai tertanya berapa kos aku belanjakan untuk semua di atas...huhuhu. Jujur aku bgtau....harganya amatlah berpatutan ikut kemampuan aku dan suami. Aku suka majlis yang simple dengan colour pastel yang lembut. Warna tema kami ialah mint green....kami berdua yang pilih. Mint green merupakan colour trending untuk tahun 2014. 

Next entry aku ialah gambar-gambar di saat kami berarak ke dewan dan di atas pelamin.


p/s - alhamdulillah hampir 2 bulan kami telah melayari rumahtangga.




My Wedding - Majlis Resepsi Part 2

$
0
0

Salam semua.
Harap semua sihat walafiat. Untuk entry kali ni aku nak share pulak majlis resepsi semasa sessi perarakan dan persandingan. My beloved nephews and niece menjadi flower girl and boys...hehehe comel giler. Gigih mak dan pak masing2 mencari baju2 meletops untuk anak masing-masing. Excitednya mak ayah mereka mengalahkan pengantin tuuuu. Beli baju pun di oversea uolss. Memang comel2 belaka dan segak tengok kesemua anak buah aku melaram dengan tuxedo dan dress. Cuma anak buah yg paling kecil tak join sebab baby lagi masih dalam stroller masa tu. 

Perasaan aku ketika sessi perarakan??? Fuhhh...berdebar-debar uolss. Menggigil kepala lutut saat kami masuk ke dalam dewan. Bila kami sampai jer di dewan hingga ke pintu gerbang...maka kompang dialunkan. Masa ni aku ok lagi. Tapiiiiii.........bila lagu "Sedetik Lebih" dilaungkan untuk sessi perarasakan seterusnya hingga ke pelamin ...aku rasa nevessss. Sebabnyaaa.....tetamu sangat ramai dan masing-masing dengan camera untuk merakamkan detik indah ini. Aku sempat cuit tangan suami...Ya Allah ramainyaa.....macam artis plak kita ni dear. Siap ada yang panggil nama kami....aku cuma sempat menjeling tersenyum. Perasaan aku ketika itu...HAPPY SANGAT2....NERVES....TERHARU....TERKEJUT....MENGGIGIL....Aku lihat para tetamu yang hadir tersenyum puas seakan-akan merestui perkahwinan kami ini. Syukur alhamdulillah. Hinggakan ada teman yg bisik ke telingaku.....dia kata tak pernah seumur hidup dia melihat perkahwinan yang meriah ini sehinggakan tetamu sanggup menunggu di tepi green carpet tak sabar nak tengok pengantin berarak. Tu pasal lah pengantin pun menggigil tengok orang ramai dalam dewan. Nasib baiklah dewan ni besar so.....taklah crowded sangat dan tetamu pun selesa. 

Rombongan pihak keluarga pengantin lelaki yang terdiri daripada saudara mara my husband datang dengan sebuah bas dari Besut Terengganu. Terima kasih banyak2 datang KL memeriahkan majlis kami ini. 


dress yang aku pakai semasa persandingan

kasut perkahwinan

saat aku dimake-up kan oleh Kak Sai. 

husband ku kata dah macam muka minah arab masa ni....hasil sentuhan Kak Sai





nampak natural....tak heavy sangat make-up nya



berdebar masa ni.....aku asik tengok jam...menantikan jam 1.30 tengahari

Kak Sai melakukan final touch up 

mengabadikan kenangan bersama Kak Sai

saat kami sampai di dewan

anak buah aku dah siap menantikan mak sedara nya sampai hehehe....comelkannnn

para penari memulakan langkah di depan

tengoklah muka menggigil aku saat lagu "Sedetik Lebih" dimainkan.....



tengoklah gelagat tetamu yang hadir. Masing2 dengan hp...camera dan tab ....tidak melepaskna peluang merakamkan foto saat kami berarak ke pelamin



penat senyum hehehe.....















Okay takat ni ajer. Next entry aku citer pasal kejutan cake untuk pengantin. Satu lagi kejutan....saat indah ini juga dirakamkan oleh TV3 utk salah satu slot di tv...bertambah menggigil kepala lutut masa ni uolsss. Aku tak tahu apa2.....tetiba ada kejutan.


p/s - terima kasih banyak kepada Epul dari Senitra Vision....






My Wedding - Majlis Resepsi Part 3

$
0
0

Salam semua.
Pada majlis persandingan ini kami menerima satu kejutan yang tidak disangka-sangka. Selesai sesi menepung tawar dan santapan meja beradap kami naik semula ke atas pelamin untuk sesi  bergambar dengan tetamu yang hadir. Bertali arus tetamu naik ke pentas untuk bergambar dengan kami. Kemudian acara memotong kek persandingan 3 tingkat pulak. Habis sahaja memotong kek....tiba-tiba emcee pada majlis ini membuat pengumuman bahawa ada satu kejutan untuk pasangan mempelai. Aku masa tu cuak jugak. Yelah apa bendalah kejutan tu...jangan depa suruh kami berdansa atas pelamin sudah!!!...pengsan kekerasan ahkak dik oi!!!.

Tiba-tiba.......kami ternampak kek di bawa ke arah kami dari pintu depan dewan. Kek yang sangat cantik berbentuk Eiffel Tower uolsss!!! Aduhhhhh.......sapa plak yg buat kejutan ini. Suka sangat masa ni. Cantik giler kek ni uolss. Sekali lagi kami memotong kek yang disaksikan oleh ribuan tetamu pada masa itu. Setahu aku ketika itu sudah pun jam 3 petang. Bukan takat itu ajer....kami juga dikejutkan dengan kehadiran wartawan TV3 untuk merakamkan detik bersejaran kejutan untuk pengantin. Ya Allah nevesssssss!!!!! Siap mempelai disuruh beri ucapan sikit apakah perasaan kami bila dikejutkan dengan kek Eiffel Tower ini. Giler tak terkejut....

Lepas sesi dengan TV3.....masih ramai tetamu yang hadir nak bergambar dengan pengantin. Ada yang menunggu lama untuk bergambar dengan kami berdua. Sorry yea...sebab kena take turn untuk naik ke pelamin bergambar dengan kami. Perasaan aku ketika itu??? Happy sangat2 sebab aku dapat melihat ramai sungguh jemputan yang datang untuk memeriahkan majlis kami.


my hubby dengan ibu tersayang

ibu mertuaku.....terima kasih ma...menerima liz sebagai satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga. Sebak pulak masa ni....

mamaku tersayang dengan my brother merangkap wali ku ketika menikah

mamaku dan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga kami

mamaku tersayang. Aku sebak ketika ini sebab arwah papa tiada ketika kami sama-sama meraikan my big day....









para penari dari Senitra Vision mendendangkan 3 jenis tarian

majlis santapan beradap



pengantin hanya sempat suap 2-3 sudu nasi...sebab sibuk melayan tetamu untuk bergambar dan bersalam ketika ini

aksi manja suap-menyuap....ahaksss

sesi memotong kek









ketika diumumkan ada kejutan untuk mempelai....Kek Menara Eiffel. Kek ini ditaja oleh Cake Bros......mereka berdua ni owner Cake Bros. Thanks bro for the lovely cake.....awesome!!!!!





 cium kek gitiewww

 Eiffel Tower Cake the best!!!!







sesi ucapan dari mempelai kepada para tetamu

 dah mcm menyanyi plak aku ni yea....hehehe. Yang paling manis ketika ini ialah ucapan "I Love You" oleh my hubby kepada aku dan disaksikan oleh tetamu yang hadir. Para hadiran siap jerit wuhhhhhhhhhhhhhh.........hehehehe....malu ahkak tau!!!!

semasa kami diinterview oleh TV3. Rakaman detik ini telah pun masuk dalam slot Majalah 3 oleh TV3 pada 17 Mac yang lepas.....next entry aku masukkan detik2 manis ini di sini.

bersama taukeh Cake Bros.....mereka berdua yg membuat cake Eiffel Tower itu dan cara2 membuat kek tu juga masuk dalam slot majalah 3.


Banyak plak gambar2 dalam entry kali ini. Next entry.....pic kami bersama family dan teman2.


p/s - Alhamdulillah rezeki kami berdua.....






My Wedding - Majlis Resepsi Part 4

$
0
0


Salam semua.
Untuk entry kali ini aku nak share gambar2 bersama family dan teman2 seperjuangan. Gambar dgn sedara mara sangat banyak....tak larat nak letak semua kat sini. Aku just share gambar2 dengan teman2 rapat dan sedara mara rapat sahaja. Harap jangan ada yang berkecil hati sebab gambar terlalu banyak. Pening nak pilih. Album gambar aku pun pening aku nak pilih....lebih puashati pilih gambar sendiri daripada gambar yang dipilih oleh photographer. Tunggulah hasilnya nanti....tunggu.


 with my beloved family....love them all.

 sakan ber free style

 with my beloved mum...selamat hari ibu

 with my beloved family in-laws....love them all.

 teman-teman media satu pejabat...

teman-teman media di HQ

 teman-teman di UiTM Shah Alam

 teman-teman blogger.....

 teman2 tenaga kerja yang sama2 menolong di dewan

 ibu saudara dan sepupu di Klang

 sepupu di PJ dan Shah Alam

sepupu2 di Singapore

 sepupu2 di Johor Bahru

sepupu2 di Ampang, Cheras dan Ipoh

 my beloved bro Izam and family

 my mum and 3 brothers

 my beloved bro Idham and family

 geng KRU....oppsss 

 my hubby's UIAM friends

my pengapits and flower boys

with popular blogger...Neenaanuar

 with teman2 di MRSM Jasin

 with teman2 media dari office lama.....NSTP

with my bibik.....dia dah balik Indon uhukkkkk

Next entry aku share video ketika rakaman tv3 utk majalah 3 dan juga gambar2 kami di majalah URTV.


p/s - alhamdulillah rezeki kami.....tiap minggu ada jer dapat hadiah perkahwinan. Terima kasih byk2.



My Wedding - Outdoor Photography @ Taman Tasik Perdana

$
0
0
Salam semua.
Untuk entry kali ini ialah semasa sesi outdoor photography di Taman Tasik Perdana KL. Kami bertolak dari dewan pada jam 4.00 petang. Penatnya masa ni hanya Allah yang tahu. Seharian kami di dewan melayan tetamu dan sesi mengambil gambar. Memang masa sangat suntuk....then kami kelam kabut nak buat sesi outdoor pulak. Seharian jugak aku pakai high heel....pengsan mak!!. 

Semasa photography ini aku kena berjalan atas akar pokok dan jalan yg tidak rata.....memang sangat azab. Penat sungguh jadi pengantin ni kan. Masa ni aku terbayang nak berendam dalam swimming pool kan best...hehehe. Muka berpeluh jangan cakaplah...sib baiklah make-up kak sai ni meletop....cover muka penat aku tu hehehe.

Balik dari sini kami terus ke dewan semula untuk check apa yang patut. Fuhhh...dewan bersepah dengan sampah sarap bagaikan baru lepas konsert. Masa ni aku terus call adik2 aku mai turun padang kita wat gotong royong membersihkan dewan. Kalau tak habis deposit aku RM500. Kami berdua dengan baju pengantin dan adik2 aku menyapu dewan dan bersihkan apa yg patut. Siankan pengantin uhukkkk. 

Malam tu aku lepak rumah adik aku dan membersihkan diri....kerananya rumah aku takda air...uwakkkk. Dugaan betul buat kerja kawin time takda air ni. Majlis perkahwinan kami 2 hari 2 malam dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang masalah...alhamdulillah. Terima kasih byk2 family aku yg banyak membantu. 
















Habis dahhhhhhhhhhhhhh.....next entry citer pasal honeymoon kami plak. Hari selasa kami dah terbang utk honeymoon.


p/s - kalau boleh tiap bulan kami nak honeymoon hehehe.....






My Wedding @ Majalah 3 (TV3) and URTV Magazine

$
0
0


Salam semua.
Hajat dihati nak upload video sedutan rakaman semasa kejutan my wedding yang lepas....tapi ada masalah semasa nak upload.  Takpalah nanti dah okay baru aku upload. Tengok gambar2 ajer lah yea.











Di bawah pula ialah beberapa keping gambar yang di masukkan dalam majalah URTV keluaran 1 Mei yang lepas. Terima kasih banyak2 pada Huzz.








Ingatkan nak letak gambar2 masa honeymoon. Tunggu next entry kay.


p/s - I need a vacation. Nak jalan2 lagi...uhukkk.




Day 1 : UK Honeymoon Trip - Gatwick, London

$
0
0



Salam semua.
Banyak betul entry tentang wedding. Sekarang jom kita baca entry tentang my honeymoon trip to London plak. Ikutkan planning kami nak honeymoon ke London dan Paris sekali tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan juga harga train tix ke Paris yang sangat mahal....kami cancel ke Paris...lain kalilah. Kebetulan juga my hubby tak dapat cuti panjang.....kami bercuti hampir 3 minggu juga termasuk cuti sebelum wedding. So...bila dah spent banyak utk tix tapi takat duk sehari dua di Paris....baik tak payahlah. Alang2 nak duk 3-4 hari jugak kat sana. Finally.... kami hanya makang angin di London ajer.

Sehari selepas wedding hari tu masa untuk bukak hadiah. My nephew sibuk tanya bila Along nak bukak hadiah tu. Masa malam wedding tu tengah penat lagi....nak bukak hadiah pun mcm takda jiwa gitiew. So esoknya kami berkumpul satu family buka hadiah satu persatu. Dikesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak2 pada yg memberi hadiah dan sumbangan kepada kami berdua. Selepas wedding pun masih menerima hadiah lagi. Dalam gambar di bawah ialah diantara hadiah2 yang kami terima. Banyak sampai tak tau nak letak di mana. Lepas kami berpindah rumah nanti....mungkin boleh guna hadiah2 ni pelan2. 


 hadiah2 yang duiterima...terima kasih daun keladi

 banyak jugak dapat hadiah yang sama hehehe...anyway tqvm. Itu belum lagi campur hadiah2 yang diterima di majlis menyambut menantu di belah kampung suami.



Selang 3 hari selepas majlis perkahwinan kami.....kami sibuk packing baju untuk honeymoon trip yang lama dirancang. Agak kelam kabut jugak masa ni sebab....masa ni jugak sibuk nak kemas rumah...nak kemas bilik dan kemas barang2 suami yang dibawa ke rumahku. Flight kami jam 10.35 pagi.....malam sebelumnya baru aku kelam kabut packing baju. Sebelum ni pack baju tuk diri sendiri sahaja tetapi kali ni kena buat untuk 2 orang huhuhu.....pengsan ahkak. Dalam pukul 2 pagi juga aku habis mengemas...itupun ada jugak brg2 yang aku nak bawak London tertinggal kat rumah...kalut sangat masa tu. Sian hubby sampai tertidur tepi katil sebab kepenatan masa menolong aku packing...hehehe. Jam 5 pagi kami dah gerak ke stesen TBS untuk menaiki train ke KLIA. Tidur 2 jam ajer malam tu...mampu???

Perasaan aku ketika ini....happy, excited, teruja dan mcm2 lagi. Sebabnya first time gi jalan2 dengan hubby berdua. Agak kekok jugak hehehe. Yang penting mesti ada persefahaman dan saling bantu-membantu. 


 dalam train menuju ke KLIA....ada 3 luggage.

  A380 MAS ticket.....flite to London. 

 alhamdulillah flite tak delay....semuanya on time.

 hajat di hati nak dapatkan seat kat upper deck tapi apakan daya seat semua penuh. Dalam flite....kami asik ketiduran ajer sebab kengantukan dan kepenatan. Bangun hanya untuk makan ajer hehehe. Memang nyenyak giler. Petua untuk tidur nyenyak di dalam flite ialah jangan tidur sebelum nak gi airport. Memang confirm anda akan tidur nyenyak...huhuhu.

 sebaik kami sampai di Heathrow Airport London......ada teman kami dah tunggu di sini.

 di dalam airport semasa menuju ke tempat letak kereta.

 dalam perjalanan kami ke hotel di Gatwick. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke Gatwick. Sebenarnya percutian honeymoon kami ke London adalah hadiah perkahwinan kami oleh seorang teman yang stay di sini. Kecuali flite ticket dan keperluan shopping kami gunakan duit sendiri. Accomodation dan food semuanya adalah hadiah honeymoon package kami. Tqvm my dear friend. Kami akan stay di sebuah hotel di Gatwick.

 sebaik sampai di hotel.....hari dah gelap. Hotel ini kecil jer tetapi sangat selesa untuk kami. Terletak di kawasan coutryside yang dikelilingi ladang dan rumah2 kawasan kampung. Sangat cantik dan aman jer. 

 memang sangat2 English style decoration di sini

 kami dapat suite room.....memang sangat besar utk kami berdua. Ada pulak tu xtra bed.



 malam tu terjadi satu kisah dan kejadiah yg tidak dapat dilupakan di sini. Biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Kami akan kenang sampai bila2. Oh suami ku...hehehe.

kami juga dibekalkan dengan hidangan nasi lemak. Isteri kepada teman kami siap masakkan kami nasi lemak lagi.....hehehe. Makan nasi lemak panas di London......korang ado??? Hehehe. Alhamdulillah dah kenyang.


Esoknya......pengalaman yang sangat berharga buat kami suami isteri ketika berada di tengah2 kota London. Apakah itu? Nak tau tak? Tunggu next entry kay.


p/s - syukur dapat suami yang juga kaki travel. Plan nak terjah London lagi...entah bila lah.




Viewing all 381 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>