Quantcast
Channel: My Journey...My Life...My Family...
Viewing all 381 articles
Browse latest View live

Honeymoon Again @ Genting Highland & Birthday @ Hard Rock Cafe KL

$
0
0

Salam semua.
Lepas honeymoon di London hari tu kami dah tak pergi makan angin ke oversea lagi. Kami hanya honeymoon di dalam negara ajer. Kebetulan pulak bulan 4 tu juga ialah besday encik suami. So, jom kita celebrate kat tempat sejuk. Yang paling dekat dengan KL ialah Genting Highland. Kami pergi ke sana pada hari bekerja....harga bilik lebih murah dan tidak sesak dengan manusia. En suami pulak memang bekerja shift bukan ikut waktu pejabat...makanya si isteri kena berkorban ambil cuti hari bekerja. Kami stay di First World Hotel....oklah takat stay one nite ajer.


baru habis main snow...nampak tak atas bumbung tu ada cebisan snow. Giler punya sejuk dalam tu -5C. 

takda ramai manusia...tempat ini kami yang punya..huhuhu

besday boy berubah bentuk....sudah gomok dan sihat. Tengoklah sapa yang jaga....

dalam bilik kami di First World Hotel. Satu malam kami dapat RM85 sahaja....booking melalui webiste Resort World. 

Esoknya kami check-out dah terus balik ke KL. Sajer nak buat surprise kat husband nak celebrate di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Aku memang suka makan di sini...sebabnya foodnya yang sangat marvelous. Pilihlah wahai suami nak makan apa sajer...isteri belanja kali ni. First time aku celebrate besday dia as wife and husband. So...kenalah special sikit kan.

Masa kami sampai di sini jam 2.30 petang. Memang tak ramai ...hanya beberapa orang sahaja. Sukanya aku....layanan first class pulak tu dari pihak HRC KL...thank you very much. Jom tengok apa yg kami order.


we rock uolss!!!!

husband order steak fajitas

aku order grilled chicken yang sangat sedap.....makan sampai pengsan

 ada surprise cake untuk birthday boy....happy birthday my cintahati.

Ok itu ajer untuk entry kali ni. Next entry aku citer pasal honeymoon kami di tempat lain pulak...juga di dalam negara. Kali ni hotel kami adalah hadiah perkahwinan dari seorang teman baik dn suaminya. Tunggu next entry kay.

p/s - bermula cabaran di tempat baru....doakan aku



Honeymoon @ Port Dickson & Penang

$
0
0
Salam semua.
Maaflah yea....tak habis-habis dengan tajuk honeymoon. Yelah...sementara masih berdua ni kita kena spent time sekerap yang ada dengan pasangan kita. Nak jugak privacy berdua-duaan di tempat orang. Kami memang plan setiap bulan mesti bermalam di mana-mana hotel at least for one nite. Masa ni lah kami nak melakukan mcm2 aktiviti bersama seperti swimming, makan, berjalan-jalan dan shopping. 

Sempena majlis perkahwinan kami yang lepas, aku dapat hadiah perkahwinan dari seorang teman rapat masa belajar di UiTM dulu...lepas dah kerja pun masih rapat lagi. Dia bagi kami hadiah perkahwinan bermalam di Hotel Mayangsari Port Dickson. Terima kasih banyak2 kepada Rohaida dan suami di atas hadiah yang istimewa ini. Kami memang pergi pada hari weekday untuk mengelakkan orang ramai yg bersesak di PD. Best sangat sebab mandi pool takda orang hehehe......hanya kami berdua. Masa ni kami pergi sebelum bulan puasa.


ada 2 bilik dalam hotel ni.....

 bilik kami mengadap laut......nyenyak tidur dengan deruan ombak di pantai

 aktiviti wajib setiap kali stay di hotel. 

hotel ini banyak rangkaian hotel di luar negara.

 lepas bermandi-mandi kami berjalan di tepi pantai PD disaksikan lautan luas terbentang

 lepak jap tepi pantai sampai mengira pesawat di atas ....hehehe seronok jugak kira pesawat di awanan biru.


Lepas raya pulak kami plan nak makan angin di Penang. Kami nak merasa jalan-jalan cari makan yang sedap2 di sini. First time pergi Penang berdua. Sebelum tu singgah jap di Ipoh beraya di rumah mak sedara dan pak sedara. Then kami terus shoot ke Penang. Sampai sana dah petang. Terus kami cari hotel nak check-in dulu. Masa ni masih kenyang lagi...baiklah kami gi hotel dulu.

Kami memang sengaja cari hotel yang ada swimming pool...maklumlah berenang ialah aktiviti wajib laki bini ni. Sambil2 tu boleh membakar kalori. Kami stay di Hotel Georgetown City yang dulunya dipanggil Hotel Berjaya Penang. Rate satu malam termasuk breakfast ialah RM284.00. Cukuplah stay satu malam ajer.


 welcome to Penang

 view cantik...dapat tengok Gurney Drive dan laut.

 memang puashati sebab dapat katil king.

 petang tu kami keluar untuk mencari pasembor. Disebabkan kami memang nak ke Batu Feringgi.....so apa kata kita makan di Gurney Drive ajer. Total harga pasembor ini ialah RM22. Kami juga order laksa penang dan cendol.

 lepas kenyang...jom kita meronda di Hard Rock Cafe Penang pulak di Batu Feringgi. En suami nak beli tshirt di sini. Aku dah ada 2 tshirt....cukuplah. Ikut plan nak makan malam di sini...tapi dah kenyang mkn pasembor.

 seronoknya orang tu dah dapat tshirt Penang....siap tunjuk tangan mcm tu lagi.....Lepas tu plan kami nak jalan2 di Batu Feringgi. Tapi dah janji dengan seorang teman nak jumpa di Restoran Kapitan Gurney Drive pukul 10....so kita kena gerak dulu

 First time makan roti nan di cawangan Gurney Drive. Aku order nan dan tanduri tapi sedihnya ayam tanduri dah habis. So tukar makan dengan ayam beriani pulak. Oklah sedap jugak. Kenyang sangat kami malam tu. Jumpa Buzu dan Dzul di sini sambil berborak2.....


 esok pagi selepas breakfast aktiviti wajib kami ialah swimming. Pun takda orang di sini...kami berdua sahaja. Ohhh indahnya dan seronoknya.

 pool di sini terletak di tingkat atas......

 lepas check out....kami nak makan nasi kandar. Plan nak makan kat Kg Melayu tapi dah tutup pulak pada waktu tu. So tukar plan makan di Line Clear ajer. En suami kata dia tak pernah rasa di sini....jom kita tengok apa yg kami makan.

 tu dia....nasi kandar kami berdua. Kenyang yang amat kami masa ni. Plan asal nak gi tempat lain pulak sebelum meninggal kan Penang tapi disebabkan kami kekenyangan....kami terus balik. Husband masa ni dah ngantuk yang amat.....jomlah kita balik. Sampai KL pun kami masih kenyang...ishhhhh berhantu betul penangan nasi kandar ni. Lepas makan jadi lemah semacam....hehehe.

Alhamdulillah percutian yang singkat tapi tetap menggembirakan kami berdua. Sebulan sekali honeymoon mcm ni pun best....makin kita rapat dan mengenali pasangan masing2. Syukur pada Allah.

p/s - tak sabar nak honeymoon lagi next month.


Wedding @ Shangri-La Hotel, KL

$
0
0

Salam semua.
Pada cuti hari kebangsaan yang lepas ramai juga tengok kawan-kawan yang gi makan angin ke oversea...maklumlah cuti panjang ketika tu. Tapi aku tak ke mana pun...sebab sibuk menghadiri jemputan kahwin saudara mara boleh dikatakan setiap hari pada minggu tu. Kenyang makan nasi minyak lah nampaknya. Sehinggakan tak larat dah nak makan...bau pun dah naik muak.

Salah satunya aku menghadiri jemputan kahwin my cousin's daughter #farahammar yang diadakan di Hotel Shangri-La KL. Laki bini ni melaram pakai baju kahwin hari tu hehehehe. Ramai pulak yang tegur kami...amboi mengalahkan pengantin nampak. Hehehe.....kami pun tak nak mengalah hokay. Bila lagi nak pakai baju tu kalau tak ketika jemputan kahwin di hotel. Kalau takat jemputan kahwin di rumah...idok ler kami pakai....panas wohhhh. Terasa seperti pengantin baru plak bila pakai baju putih tu. Yang pasti....kami berdua memang sentiasa pengantin baru sampai bila-bila....wekkkk. 


 alahai si pengantin baru sampai bila-bila ni.....

 duduk semeja with my beloved cousins......Aivy and Udin

 bila sesekali kami cousins semua berkumpul...riuh satu meja.

 appetizer....sliced lemon steak. 

 menu utama ialah nasi beriyani serta lauk pauk dan dessert seperti di atas ialah choc cream brulee 

pengantin masuk ke dalam ballroom.....farah dan ammar. 


 Ini pulak persandingan di rumah. cantik baju dan pelamin



Pakaian @ hotel - RizmanRuzaini
Pakaian @ rumah - Salikin Sidek
Make up - Saidatulnisa
Pelamin - Kayangan Gallery

Boleh dapatkan majalah Wanita keluaran terbaru November yang memuatkan gambar perkahwinan mereka berdua yang gilang gemilang. Sama cantik sama padan. Tahniah to both of you.

Next entry..... LeezHijab Fashion Online


p/s - alhamdulillah nak masuk 8 bulan perkahwinan ini....i'm happy.


10 Randoms Facts About Me When I am Travelling

$
0
0

Salam semua.
Nak share dengan pembaca semua 10 perkara yang berkaitan dengan aku semasa travel. Banyak tu 10 perkara hehehe....puas jugak aku berpikir apa benda nak tulis. Tak sapa yang tag aku....tapi aku nak juga buat hehe. Best pulak bila tengok kawan2 blogger travel ni tulis berkenaan diri mereka. So, aku nak gak share mengenai diri aku sendiri. Kenapa yang dah lama mengikuti blog ini mesti dah dapat notice apa benda yang aku suka dan tidak suka ketika travel. Jom kita tengok...

1. Travel Partner
Perkara pertama yang aku perlu buat sebelum decide nak pergi ke sesuatu negera ialah aku pastikan dah jumpa siapa travel partner aku atau siapa yang nak ikut aku travel. Ni citer sebelum kahwin yea. Sekarang bila dah kahwin aku tak pening dah nak cari travel partner...suami sendiri ada cukuplah hehehe. Dulu aku dont mind.....kalau pergi travel berdua pun dah okay...more than enough. Actually the best number of travel buddy is four only...just nice. Kalau lagi ramai...lagi pening dan lagi macam2 kerenah. Kalau yang banyak sangat songeh dan tidak boleh bertolak ansur....forget it. Nak jadi traveller ni kena jadi hati kering dan tak mudah sentap. Kalau cepat sgt nak sentap.....aku boh layan. Yelah kita ni nak berjalan dengan dia bukan sehari dua....mungkin lebih dari seminggu. Asik nak layan sentap dia ajer....sorrylah sekali ajer jadi travel partner aku. Sepanjang aku travel bertahun2 di pelbagai jenis negara ni...dah bermacam jenis manusia aku jumpa...i mean sebagai my travel buddy. Kalau korang tengok aku berjalan dengan orang yg sama ajer....tu makannya aku boleh get along dengan orang tu. Tapikan....bila berjalan dengan suami sendiri lagi best sebenarnya. Aku boleh bergaya vogue dengan sling bag tanpa bawa apa2 beg lain sebabnya semua semuanya laki sendiri yang tukang bawa hehehe. Camera bagak tu pun laki sendiri yang tukang bawa ke hulu hilir. Aku just posing cantik ajer hahahaha. Alhamdulillah suamiku amat memahami perangai isterinya ni.


 kenangan di Ho Chi Minh

 kenangan menaiki train ke Hadyai dan Krabi

rombongan cik kiah ke Sydney dan New Zealand



2. Itinerary
Selepas dah jumpa siapa travel partner, then barulah aku decide nak pergi mana. Ataupun lepas dah decide nak pergi mana, then baru cari travel partner. Mana2 pun boleh. Then, kami akan buka kalendar untuk menetapkan tarikh travel. Masing2 akan buat homework mencari flight mana yg memberi tawaran tambang harga murah. Selalunya kami naik AA utk save budget. Kalau naik MAS selalunya perjalanan yang jauh. Masing2 akan booking flight ticket sendiri setelah decide tarikh yang akan pergi.

Hotel kami akan booking kemudian sama ada melalui pencarian di Booking,com atau Agoda.com atau expedia.com.my. Yang mana paling murah...kami akan booking awal. Kalau gi Europe selalunya kami akan booking directly dengan hotel berkenaan.

Kemudian barulah kami memulakan tugasan membuat itinerary sepanjang berada di negara berkenaan. Selalunya aku yg akan jadi ketua rombongan cik kiah. Aku akan tetapkan mana2 tempat nak pergi. Camana aku dapatkan info?
1) Melalui pembacaan di blog travel kawan2
2) melihat pada itinerary travel agent
3) tanya kawan2 yang dah pernah pergi ke negara tersebut
4) tengok gambar kawan2 yang pernah pergi
5) search info tourism dari website berkenaan negara tersebut

Setelah siap...aku akan print dan forward itinerary tu pada kawan2 travel yg akan join trip ini. Then aku print dan simpan dalam my sling bag sebagai reference. Aku memang bukan jenis yang tulis nota setiap kali travel. Aku selalunya akan mengingati setiap fakta sesuatu tempat melalui gambar yang aku snap. Tak pun aku google di internet. Itulah cara aku menulis blog untuk ingat sesuatu tempat. Aku rujuk pada itinerary sesuatu tempat dan rujuk pada gambar yg disnap. Selalunya sebelum travel...aku dah study pada tempat tu.

Setakat ini aku pergi travel memang free and easy pergi sendiri. Buat itinerary sendiri dan redah sendiri. Tapi ikut travel agent pula baru 2-3 kali jugak...masa aku gi Beijing, Turkey dan Padang. 


kenangan ikut tour agent bercuti ke Turkey

semasa kami memilih hotel di NZ


semasa kami melihat harga flight ticket ke NZ


3. Benda Wajib Bawa
Dibawah ini ialah senarai benda yang aku wajib bawa setiap kali travel.
1) Selipar jepun - utk mudah gi toilet dan ambil air sembahyang
2) Spek Hitam
3) 2 pasang kasut  (jika ke negara sejuk)
4) 7 pasang stokin (jika ke negara sejuk)
5) Kompas solat, telekung & sejadah kecil
6) Toiletiries sendiri - tak suka guna hotel punya
7) Ubat-ubatan - antibiotik, ponstan, ubat batuk, panadol
8) 4 jenis bag (bagasi besar, kecil (hand carry), xtra beg lipat dan sling bag)
9) Serkup kepala (jika ke negara sejuk)
10) Glove (Jika ke negara sejuk)


 masa ni tengah pilih glove utk dibawa ke Korea

barang2 yang aku bawa ke NZ....segala benda ada dalam bagasi tu



4. Pakaian
Ini ialah perkara paling penting aku titik beratkan setiap kali travel. Aku ni jenis pelik berbanding traveller lain. Ada traveller jenis tak kisah pasal pakaian. Tapi aku ni jenis sangat kisah pasal pakaian. Aku ni suka ambil gambar dan bergaya ...so berpakaian baru tu wajib bagi aku setiap kali travel. Aku tak suka repeat pakaian yang sama setiap kali travel. Kalau dah pakai pakaian tu sebelum ni....aku takkan repeat lagi. Kalau repeat pun...aku cuba mix and match dengan benda lain...so orang takkan perasan hehehe.

Orang lain beli baju bila sampai kat negara orang tapi aku pulak jenis beli baju kat negara sendiri dulu sebelum terbang. Sebelum fly...dah siap beli baju baru hehehe. Sebagai contoh kalau ke negara sejuk...aku akan cuba beli jacket yg baru at least 2 pasang sebelum fly walaupun dalam wardrobe masih ada lagi baju sejuk yg belum pakai atau dah pernah pakai. Sebab tu aku ni jenis pelik berbanding traveller lain. Satu lagi aku suka beli winter jacket di Europe...sebab kat sana banyak size aku....pulak tu sangat murah dan cantik2 belaka. Fesyen kat sana pun pelik2 dan jarang kita jumpa di negara sendiri.

pakaian aku semasa di Bali

 sempoi ajer semasa bercuti di Paris

 bergaya sakan semasa bercuti di Turkey

 pakaian sejuk semasa di Scotland...baju ni beli di London

beli winter jacket ni di KL sebelum terbang ke NZ


5. Aktiviti Dalam Flight
Kalau aku akan terbang ke negara yang jauh, aku pastikan tak tidur sebelum tu. Sebab sebaik masuk dalam flight aku akan senang terlena sebab mengantuk. Kalau aku segar bugar...jangan harap nak terlena...terkebil2 mata paksa tidur. Kalau naik AA pulak...aku akan pastikan membaca buku travel keluaran AA tu sebelum fly. Sebab aku jenis susah nak membaca ketika berada dalam flight...mudah pening. Kalau perjalanan yang singkat aku jarang sangat tidur dalam flight.....aku biasanya berborak ajer dengan teman disebelah. Sangat jarang order makanan jika naik AA...sebabnya aku pastikan perut kenyang sebelum naik flight. Sudah siap kenyangkan perut di airport atau di rumah.

menu dlm flight MAS...sedap A+++...lepas mkn sambung zzzzzz

6. Hotel
Ciri-ciri hotel yang aku akan stay setiap kali di negara orang.
1) jika ke europe country biasanya aku booking directly thru hotel
2) kalau dalam negara pulak, aku booking melalui booking.com atau agoda atau expedia.com.my. Then akan compare harga yg paling murah dan berpatutan
3) aku ni tak selesa kalau berada di tempat yg panas. So aircond dalam hotel mesti tip top. Sebab tu aku suka travel musim sejuk tak pyh susah2 pikir pasal aircond.
4) aku jenis tak kisah hotel berapa bintang tapi yang pasti mesti ada tilam yg selesa dan bilik air yang bersih dan juga twin sharing room. Kalau duduk dorm ramai2 hmmmm aku kurang selesa sebab tak sanggup nak tunggu bilik air ambik nombor. Satu lagi kalau nak suruh aku tidur  kat atas bangku station keretapi.....oh tidakkk. Mak tak sanggup nak!!!
5) Wifi tu adalah kewajipan kalau aku nak stay mana2 hotel. Ada orang tak suka nak layan internet jika sedang travel atau berada di oversea. But for me....it is a must. Itulah cara aku nak communicate dengan family di tanahair. Aku akan update status aku di FB ketika aku berada di mana2. So that my family tahu aku dah selamat sampai dan berada di mana. Maklumlah kalau selalu nak call kos tinggi.
6) Wajib ada percuma breakfast. Memudahkan aku sebelum bertolak ke mana2. Senang...perut dah kenyang hati senang berjalan pun riang. 
7) Aku ni memang kaki swimming..so setiap pool yg aku pergi wajib ada pool. Tapi kalau gi negara sejuk..idok ler mesti ada pool...pengsan mati kekerasan dalam pool nanti ahakss.

 semasa hotel di Bali

 hotel aku semasa bercuti di Surabaya Indonesia

 suka sangat dengan hotel ni....semasa di Krabi

 hotel di Paris

hotel di Bursa, Turkey




7. Makan
Ada orang bab2 makan ni tak berapa pentang ketika berjalan. Tapi bagi aku....it depands. Kalau aku gi negara seperti ke Indonesia, Thailand atau Singapore...bab makan adalah wajib. Sebabnya...inilah peluang aku nak merasa makanan negara tu. Aku akan cuba cari di internet sedaya upaya tempat2 makan yang best dan menjadi tumpuan orang. Rugi wohhh kalau tak nak mencuba makanan tempat orang. Inilah peluang yang kita kena cuba as a traveller. 

Tapi kalau aku gi negara omputih yang susah nak mencari makanan halal.....aku jenis tak kisah bab2 makan. Aku tak nak buang masa mencari kedai makanan halal kalau diketahui bahawa kedainya jauh dari tempat aku berada. Cukuplah sekadar makan roti dgn serunding atau makan biskut cicah milo atau makan coklat sahaja atau makan maggi. Makan tetap kena makan untuk menambah tenaga...maklumlah kita nak berjalan jauh memerlukan tenaga yg banyak. Selalunya at least sekali ajer makan makanan berat...selebihnya takat makan biskut atau coklat pun dah okay. 

Biasanya sebelum bergerak ke mana2...dalam beg aku dah siap ada biskut, coklat atau roti. Kalau lapar dalam perjalanan...stok makanan ringan ada dalam beg. 


 makan nasi padang di Padang Indonesia

 makan pho di Vietnam

 makan kebab di Scotland


makan octopus di Korea

 makan nasi dan ayam goreng di Korea

masak nasi lemak di NZ


8. Souvenirs dan Shopping
Kalau sesapa yang dah follow blog aku sejak dari dulu mesti tau aku ni jenis kaki shopping. Pantang ada jualan murah atau pantang nampak kedai...aku wajib singgah. Ini semua terpulang pada citarasa masing2. Ada yang tak suka membeli  dan jugak yg tak suka buang masa di kedai2. Pada aku pulak...sesuatu yg sangat rugi jika kita berada di negara orang tapi tak ambil peluang untuk ambil tahu apa yg terjual di negara tersebut. Contohnya...kalau negara tu terkenal dengan kain silk yang murah dan cantik. Macamana pun aku mesti beli at least sehelai. Nak dapat design dan harga mcm tu kat negara sendiri...memang takda lah. Satu lagi....contoh kalau beli kasut clarks di negara sendiri mahal.....tapi beli kat negara orang sangat murah...memanglah aku wajib beli. Itulah satu perangai aku....akan membanding kan dengan nilai harga di negara sendiri...jika berbaloi...memang aku akan membeli. Rugi wohhhhh!!!!!

Satu lagi souvenirs memanglah menjadi kewajipan aku jika berada di negara orang. Benda yg wajib aku beli:
1) Fridge Magnet
2) Piring hiasan
3) Snowglobe
4) Tshirt dan shotglass HRC
5) Tshirt 
6) Souvenir Replica
7) Mug or glass 

 shopping sakan di Turkey

 shopping tshirt di Sydney

 shopping kain di Vietnam

shopping beg coach di Korea

 shopping souvenir di Scotland

 shopping comforter di Korea

 shopping kain sulam di Padang/Bukit Tinggi



9. Photos
Aku ni giler bergambar. Rugi kalau tak bergambar di negara orang. Lantaklah apa orang nak cakap. Muka tak cantik ke....badan tak cantik ke....posing buruk ke. Mak tak kisah nak!! Yang penting mak happy berada di tempat tu. Nak posing tergolek ke...nak posing terbaring ke...nak posing terbang ke.....ikut suka aku lah. Yang pasti travel partner aku tu tak boring nak amik gambar aku heheheh. Sekarang ni laki sendiri jadi mangsa tukang amik gambar isterinya hahaha. Tapikan masa aku gi London hari tu.....si bini plak yg byk jadi tukang amik gambar banding si laki. Bini dah 3 kali gi London sebab tu dah boring asik posing tempat yg sama. Laki yg berposing sakan hehehe.

Selain amik gambar sendiri...aku suka amik gambar scenery. Tapi jangan lupa....aku juga suka ambik gambar makanan....hotel...katil...bilik air....dalam bas...dalam flite....segala ceruk sudut mesti nak ambik gambar. Sebabnya...gambar2 tu aku nak masuk dalam blog dan nak bagi info kat readers semua camana keadaan dan suasana di sana. Setiap kali gi travel gambar2 mesti sampai mencecah beribu2 keping sehinggakan susah nak pilih untuk dimasukkan dalam blog huhuhu. Gigih tak??? Bukan takat pakai camera bagak tu....hp camera pun aku guna untuk ambil gambar. Yang pasti gambar2 itulah menjadi kenangan aku sampai ke akhir hayat bahawa aku pernah jejak ke negara-negara tersebut. Kenangan yg sangat berharga.

Padang/Bukit tinggi

 Madinah, Saudi Arabia

 London, UK

 main salji di NZ

Korea


10. Luggage
Bila gi travel ajer....aku memang suka bergaya sakan. So sudah tentulah luggage aku sarat dengan segala mcm benda dan baju2 aku. Bukan takat baju...tudung pun aku wajib bertukar setiap hari. Aku jenis tak suka repeat pakai tudung berhari2....its not me. Same goes to seluar jeans and slack. Habis pakai sehari....i wont repeat it again for the next day. Korang dapat imagine tak camana beratnya luggage aku dengan baju2. Biasanya kalau travel selama seminggu aku akan bawa luggage yg bersaiz L dan satu lagi saiz S. Luggage saiz S aku akan masukkan dalam luggage saiz L. So pergi hanta satu bag iaitu saiz L....ada slig bag dan jangan lupa aku ada bawa juga extra beg iaitu beg lipat. Kalau aku ada beli brg2 shopping senang masukkan ajer dalam beg yg lipat tu...tak perlu beli beg lain. So bila aku balik.....aku hanya masukkan luggage size L dan xtra beg lipat tu untuk check in. Manakala luggage size S dan slig bag aku bawa masuk dalam cabin. Begitulah selama ini style aku bawa beg utk travel. Aku jenis tak suka bawa backpack...huhuhu. Bila dah kawin ni...suami lah jadi mangsa utk bawa backpack...hehehe. Banyak songeh kan minah ni.

Selalunya kalau aku shopping banyak bagai nak giler mesti akan kena excess baggage. So aku akan make sure top up lagi berat beg thru online...murahlah sikit. Pernah pengalaman pahit aku shopping bagai nak rak...kena excess baggage sampai beratus2 iaitu ketika travel ke Vietnam dan London. Fuhhhhhh...memang pengalaman pahit dalam hidup aku. Sejak peristiwa tu...dah serik nak shopping giler2.

 byk barang di London

semasa nak balik dari Korea





Itulah serba sedikit kenangan dan tips utk travel di oversea. But setiap org lain citarasa nyer..terpulang pada kesukaan masing2. Sekian

p/s: next trip..belum beli baju baru lagi..hukhuk

Sambutan Aidiladha @ Besut, Terengganu

$
0
0

Salam semua.
Lama rasanya tak update blog. Aku bercuti lama sebab busy buat cookies tempahan dari customer untuk wedding. Alhamdulillah rezeki. So bila dah cuti tu...busy kat dapur lah jawabnya. Satu lagi kat rumah memang aku susah nak update blog...especiallya time cuti ni. Kalau kat ofis aku tak kuar lunch...itulah masanya aku update blog or after work.

Ok kali ni nak citer pasal aktiviti kami berdua ketika raya haji yang lepas. Ikutkan plan memang kami tak balik kampung sebab turn beraya di KL kali ni. Aku pun memang tak apply cuti. Entah camana En Bos (suami) kata dia nak balik jugak walaupun hanya 2 hari iaitu selepas beraya di KL. Hmmm....oklah isteri beralah kita balik awal. Tapi next year 2-2 raya memang turn KL yea hehehe. Maka pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya kami bertolak balik ke Besut. Pagi tu En Bos masih bekerja dan petang pukul 3.30 barulah kami bergerak. Sebaik sampai Tol Gombak....oh My God  jemmmmmmmm. Tak pernah kami balik kg jem macam ni teruk. Bukan takat jem malah hujan lebat lagi. Start dari KL hujan tak henti sampailah di Chenoh baru berhenti hujan. Sian En Bos memandu sepanjang jalan dalam keadaan hujan yg lebat itu.

Bermula Tol Gombak dah jem sebab banyak accident di Karak Highway. Sebaik masuk LPT Highway barulah smooth tapi still bawa perlahan sebab masih hujan. Bukan takat hujan renyai tapi hujan lebat uolss. Memang aku tak leh lelap mata...menemankan En Bos memandu. Dia kata nak kunyah makanan...aku bagi. Dia kata nak minum...aku bagi. Dia kata lenguh badan...aku urutkan. Dia kata rasa mengantuk sikit...aku temankan dia berborak. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan mengambil masa 9 jam untuk sampai ke Besut. Kami memang tak suka lalu Gua Musang....kami lebih selesa lalu LPT Highway dan terus ke Jabor. Family mertua menunggu kami di kampung. Lebih kurang jam 12.30 malam juga kami sampai. Alhamdulillah.


 bekalan utk bawa balik kg. Aku baking choc cake dan rainbow butter cake

 Ni di Karak Highway. Jem teruk sangat....lenguh duk lama dalam kereta. First time experience.


 Esok pagi...kami solat sunat AidilAdha di masjid yang terletak di depan rumah family mertua. Semua family balik dan ada di kampung. Wah En Bos mcm YB berbaju melayu emerald green...hehehe.


Juadah kami di pagi raya ialah nasi dagang air tangan ibu mertua yang paling sedap di dunia. Kalau jual di KL ni mesti meletop jualan. Sungguh aku cakap yang jujur. Aktiviti kami di hari raya pertama ialah menziarahi nenek En Bos di Pasir Putih dan memenuhi jemputan makan daging korban. Ya Allah sedapnya daging masak singgang. First time aku rasa. Boleh dikatakan semua rumah masak daging singgang dan bukan masak daging sop. Sedap uolsss....pulak tu dimakan dengan sambal belacan. Fuhhh terliur ahkak tau.


Hari raya kedua kami berkumpul di rumah nenek En Bos yg di Besut. Ada acara memotong daging korban. Semua sedara mara datang gotong royong sama2 masak daging korban. Meriah uols. Aku perasan kat sini raya korban lebih meriah banding raya puasa. Ada sedara mara En Bos yang aku tak pernah nampak masa raya puasa....tapi raya haji baru aku nampak. Memang wajib berkumpul time raya korban di sini.


Tengok tu ada orang jadi mandur. Aikkk tengok ajer ke? Mana pisau sembelih hehehe.


Pastu aku ternampak ada pokok dokong berbuah lebat di depan rumah nenek En Bos. Apalagi si isteri terkinja2 suruh suaminya petik buah tu nak makan. Half way En Bos panjat pokok Dokong...lepas tu dia turun semula hehehe. Sebabnya...banyak kerengga. Makanya sepupu dia yang naik panjat petik dokong. Satu baldi dokong sudah dipetik. Aku ambil setengah baldi untuk bawa balik KL hehehe. Org KL jakun tengok pokok dokong.


Petangnya kami memetik pokok rambutan pulak. Bapa mertua awal lagi dah bgtau aku...jangan lupa bawa balik buah rambutan kat belakang rumah ada dua pokok. Hah???? terkejut aku. Sebab musim rambutan dah habis. Camana ada lagi plak? Rupanya 2 buah pokok ni lambat berbuah dan tidak ikut musim rambutan masa raya puasa hari tu. ALhamdulillah memang rezeki kami. Kali ni En Bos panjat sampai ke atas sambil menjolok dengan galah. Aku plak tukang kutip buah di bawah. Seronok sebab banyak kalori dibakar hehehehe. Dapatlah sebakul rambutan untuk dibawa balik KL. Rambutan anak sekolah orang sana kata.

Hari raya ketiga kami dah bertolak balik KL. Kami singgah kejap di Uitm Dungun untuk menghantar adik ipar. Lepas tu kami berdua berselfie di Pantai Kemasik Kemanan. Cuaca memang tak cantik dan laut pun bergelora. 


Nampak tak laut colour tak cantik. Angin kuat masa ni. kalau cuaca terang memang laut akan berwarna turqois. 

Perut pun dah lapar. Jom kita cari ikan celup tepung. Tetiba azim msg dia ada kat area Kemaman...masa ni dia on the way nak ke KL. Nasib baik sempat cal dia balik. Kami makan di Pantai Mak Nik. Sambil makan kami berborak. Dah lama tak jumpa dia. Macam2 topik dibincangkan. Ada yg panas dan ada yg sejuk hehehe. Blog Azim lah yg menjadi penghubung jodoh kami berdua. Terima kasih blog azim dan empunya blog juga. 


Kami sampai KL malam jugak. Alhamdulillah semuanya selamat. Belakang bonet kereta penuh dengan buah2an seperti rambutan, dokong, pisang, petai dan keropok. Seronok balik kampung ni. 


sajer nak share pisang goreng cheese. Sendiri buat lah. Menjilat jari uolsss. Popular di FB


satu lagi yg menjadi viral di FB jugak. Mangga asamboi. Laki bini makan terasa sedap...ada rasa manis masin dan pedas. Wallahhhh.

Ok sekian sahaja entry kali ni. Nanti aku update lagi cerita lain yea. Tunggu...............


p/s - lagi 2 minggu nak terbang...ke manakah? Dekat ajer



Peristiwa 31 Oktober 2014

$
0
0

Salam semua.
Sekejap jer dah masuk bulan November dan Tahun Baru Muharam. Cepat sungguh masa berlalu. Lagi 2 bulan kita akan mengakhiri tahun 2014. Usia kita pun akan berganjak ke satu lagi angka. Macamana pula dengan amalan kita dengan Allah? Sama ada kita masih ada di muka bumi ini di tahun 2015...hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Kenapa tajuk aku macam tu?
Sehari sebelum tarikh 31 Oktober aku dengan En Bos dan mama ku akhirnya dapat renew pasport yang dah beberapa bulan expired. Kebetulan pulak expired sama date dgn En Bos. Memang kami tak ke mana few months ago. Relax dulu lah sebab bulan Nov baru kami plan nak travel. Pada mulanya pening nak gi Imigresen Office yang mana satu? Satu lagi...sebab masa tu hari aku bekerja...tak nak take time too long. Akhirnya kami decide nak gi kat Wangsa Maju. Within one hour paspord kami dah siap. Sebabnya.....pakai kaunter khas untuk senior citizen....hehehe. Ada hikmah bawa mama sekali. Anak2 pun dapat satu kaunter sekali. 

Yahoo dah ada paspord dah boleh fly to overseas. Next week kami akan honeymoon sekali lagi (entah berapa kali honeymon daaaa....). Sebelum ni honeymoon dalam negara aje. Ni baru nak honeymoon kat oversea kali kedua. Excited giler wohhhh. Walaupun tak gi jauh mana. Dalam Asean country ajer. Lepas trip ini akan ada lagi trip kami utk tahun depan. Perjalanan kami sudah bermula. Tungguuuuu. 
Follow my ig @syarlizsaaid
#syarlizsaupitravelogue

 yang lama dan yang baru.

Esoknya kami mendapat berita sedih di atas pemergian datuk aku sebelah my mum. Datuk aku meninggal pada pagi hari Jumaat tarikh 31 Oktober. Arwah meninggal dunia di rumah kami. Selama ni pun memang arwah duduk bersama kami dan my mum yang menjaga dia. Semoga arwah tenang di alam sana dan ditempatkan bersama golongan orang2 beriman. Alfatihah. 

Ramai saudara-mara turun KL untuk sama-sama memberi penghormatan terakhir dan menguruskan pengebumian arwah datuk. Umur arwah ketika meninggal ialah mendekati 100 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. 


 En Bos sama-sama tolong semasa urusan pengebumian

Alfatihah kepada Haji Rais Bin Parmo

Pada hari yang sama juga ialah hari kelahiran my beloved nephew yang ke 8 tahun. Disebabkan sibuk sangat dengan urusan pengebumian arwah datuk aku hampir terlupa besday anak buah. Esoknya selepas kenduri arwah kami sama-sama potong cake untuk meraikan besday Danish. We love you bebeh. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibubapa.

Beberapa hari sebelum tarikh 31 Oktober....my two beloved nephews were admitted to hospital due to food poisoning jangkitan virus. Kesian tengok kedua beradik ni. Sampai kurus sebab asik mutah dan cirit birit. Alhamdulillah semua dah balik rumah dan sihat sediakala.

 happy birthday to Danish (white shirt). Yang belah kiri tu baru keluar hospital,.....sian dia.

Ok serba sedikit update mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh 31 Oktober. Ohh...lupa ada satu lagi update. Sekarang aku telah pulang ke HQ Office. Ofis baru...tempat baru...suasana baru...dan yang penting ialah bos baru. Good luck to me. Yang lama ialah tetap company yang sama.

p/s - Think positive dan semua tu ada hikmahnya.....

The Most Memorable Vacations

$
0
0





Salam semua.
Kita cerita pasal travel plak yea.
Aku nak share dengan semua pembaca di sini saat-saat indah yang sentiasa dalam ingatan ketika bercuti di negara bersalji. Memang dari kecil aku ni nak sangat pegang salji...nak sangat pergi ke negara sejuk. Yelah duk kat negara sendiri asik panas ajer....pulak tu berpeluh hangat. Angan-angan yang akhirnya menjadi satu kenyataan yang sukar untuk dilupakan.


1. Switzerland
Di sinilah segalanya bermula aku jatuh cinta dengan musim sejuk. Ada orang tak suka berjalan pada musim sejuk. Tapi aku lain sikit. Bila bercuti musim sejuk mood aku jadi ok....kalau boleh tak nak balik Malaysia dah...hahaha. Di negara ini jugalah aku pertama kali dapat memegang salji. Fuhhh...giler punya excited. Sampai bergolek-golek aku atas salji tu. Mat saleh pandang aku ketawa terbahak-bahak. Tu dia minah jakun dah mai. Masa ni suhu -1C di Zermatt, Swiss.

Kali kedua pegang salji plak di negara yang sama tetapi tempat yang berlainan. Kali ini ketika memanjat Gunung Jungfraujoch, Lauterbrunnen, Swis. Ketika itu suhu -4C. Muka dah pucat masa ni sebab sejuk sangat di kawasan tanah tinggi. Kepala pening, loya.....sejam lepas tu kami dah turun.

 Ketika mendaki Gunung Matterhonn, Zermatt, Switzerland.

 aku berada di Gunung Jungfraujoch iaitu Top of Europe. 


2. Edinburgh, Scotland
Kenangan di negara kedua aku memegang salji. Memang tak plan dapat pegang salji ketika ini. Aku bercuti ke sini pada awal musim bunga dan tak sangka di sini masih ada lagi salji turun. Ikut weather forecasting dijangka salji akan turun keesokan harinya. Ya Alllah......happy tak hingat. Pertama kali juga merasai salji turun di depan mata dan dapat merasainya sendiri....walaupun tak lah lebat mana. 

Tak dapat nak golek di atas salji sebab salji yang turun tak banyak. Walaubagaimana pun kenangan indah ini aku takkan lupa sampai bila-bila. Suhu ketika ini 1C. 


 ketika di bandar Edinburg....salji turun tiba-tiba....


3. Korea
Ketika ini ialah musim sejuk di Korea. Memang sajer datang musim sejuk untuk merasai sendiri kecantikan bumi Korea diselaputi salji. Tapi hanya dapat merasai salji tebal di Nami Island ajer. Manakala sehari sebelum balik tetiba salji turun di bandar Seoul.....akhirnya dapat merasa salji turun di sini walaupun tak lebat sangat. Esok paginya...kelihatan salji penuh di seluruh bandar Seoul. 

Kenangan yang tak dapat lupa ialah merasai sejuk melampau sehingga -16C di Nami Island. Pertama kali merasai sejuk tahap maksimum. Muka kering....sakit tulang muka....bibir merekah. Fuhhhh........

 Suhu tahap -16C.....muka pucat hehehe


4. New Zealand
Negara keempat aku merasai salji iaitu di NZ. Memang masa ni plan nak main salji di puncak Gunung Remarkables. Konon nak main ski tapi jangan mimpi yea sebab masa terlalu suntuk ketika ini. Sempat juga main tubing dan bergolek di atas salji.....memang best giler.

Hanya sempat berada di sini 2 jam sahaja walaupun palbagai liku untuk sampai ke tempat ini. Seronok dan terharu tidak terkata. Suhu ketika ini ialah 4C. Ketika ini juga ialah awal musim bunga di NZ.

kenangan main tubing sebanyak 3 kali di puncak gunung ini. 


Demikian serba sedikit kenangan bermain salji di 4 buah negara. Lepas ini aku share pasal benda lain pulak yea....tapi tetap pasal travel.

p/s - nak main salji lagi......



LeezHijab Fashion Online

$
0
0

LEEZHIJAB FASHION ONLINE
  
Salam semua.
Bertemu kembali di alam maya. Alhamdulillah masih boleh bersiaran di blog yang comel ini. Mesti terkezut tengok profile picture asik bertukar ajer. Kejap ini...kejap itu. Sebenarnya semua tu adalah hasil kerja my En Bos yang terlebih rajin menggodam blog isterinya. Kadang2 time aku free nak buka blog kat ofis....aikkkk!!! profile picture dah tukar. Hmmmm ada orang tu tengah belek lah tu. Bukan itu ajer....yang menambah gambar2 yg banyak kat right side blog ini pun hasil kreativiti dia...ahaksss. Pasrah ajerlah....asalkan jangan letak yang entah apa2 sudah. Tapi yang akan update content blog ini tetap tuan tanah kedaun ini hehehe.

Okay entry kali ini aku nak share dengan semua pembaca tentang my latest part time business. Selain buat cookies and cake.....kami berdua juga ada menjual tudung secara online. Kami menjual half moon shawl yang labuh menutup bahagian depan dada. Susah nak cari shawl yang labuh macam ni. Shawl ini mudah dipakai dan sesuai dengan semua bentuk muka. Kalau berkenan...jomlah order. Cepat jangan terlambat. 

Caranya ialah :

1. Pilih fesyen tudung yang anda berkenan. Lihat pada code yang tertera. Contoh : Code HMS7
2. Nyatakan nombor code, bilangan item, nama penuh dan alamat penuh
3. Send melalui whatsapp atau sms ke nombor 0133305023
4. Then saya akan beri account number untuk proses pembayaran
5. Setelah pembayaran diterima, saya akan hantar melalui Poslaju ke alamat yang diberi.
6. Untuk free delivery hanya di kawasan sekitar Ampang.

Terima kasih dia atas sokongan anda semua.



HALF MOON SHAWL

Code : HMS1
Material : Chiffon
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Colour : Blue
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS2
Material : Chiffon
Colour :  Apple Green
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS3
Material : Chiffon
Colour :  Coral Pink
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS4
Material : Chiffon
Colour :  Cream
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS5
Material : Chiffon
Colour :  Caramel
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS6
Material : Chiffon
Colour :  Green
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS7
Material : Chiffon
Colour : Black & Red
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS8
Material : Chiffon
Colour : Off White
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS9
Material : Chiffon
Colour :  Purple
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)





Code : HMS10
Material : Chiffon
Colour :  Yellow
Type : Butterfly shape with longer cut in front
Price : RM39 (Not Inc Postage RM6)




Kepada pembaca yang berminat dengan fesyen tudung half moon shawl ini cepat-cepat order kay.  Kalau beli banyak saya akan bagi diskaun. 


p/s - tolong maafkan model tudung tak berbayar itu. Belum mampu nak hire model cun dan terkenal. Tunggu dah maju nanti InsyaAllah hehehe.






Our Honeymoon Getaway to Bali

$
0
0

Salam semua.
Dah lama rasanya tak update blog. Sebenarnya kami baru pulang dari bercuti di Bali. Honeymoon trip kononnya. Nanti aku akan update this blog pelan-pelan. Gambar memang banyak beribu-ribu lemon. En Bos yang rajin sangat snap sana sini. Si isteri posing ajer kerjanya. Percutian yang sangat best sebab kos transportation kami di atas tajaan seseorang. Kami hanya bayar hotel, makan dan shopping sahaja. Alhamdulillah terima kasih banyak2 pada teman tersebut. Hadiah perkahwinan katanya. Walaupun pengantinnya dah basi gitieww.

Next entry aku akan share dengan uols secara detail tentang percutian ini. Untuk entry kali ini aku just tunjukkan beberapa foto kami sepanjang percutian di sana. Ni foto dari hp camera ajer. Percutian selama 4 hari 3 malam ini rasanya mcm tak cukup ajer sebab ada juga beberapa tempat yang kami tak sempat nak cover. Ini juga merupakan percutian ke 4 aku ke Bali dan yang pertama bagi En Bos. Takpalah si isteri repeat semula tempat2 yang dia dah pergi. Suami punya pasal kannn...ku relakan ajer..hiksss.


monopod sangat membantu kami untuk bergambar berdua. Ni semasa di Tegalalang. Sawah padi subur menghijau.

Fuyoooo......konon romantik katanya. Sambil disaksikan oleh Beratan Lake, Bedugul.

Ini pulak ketika kami berada di Uluwatu. Mulanya aku taknak pergi...tapi En Bos kata dia nak tengok tebing tinggi yg macam kat Melbourne tu. Hehehe...oklah.

Ini pulak tempat wajib jika ke Bali iaitu di Tanah Lot. Puas lah amik nombor nak bergambar di sini. Ramainya manusia. Terkezut aku tempat ni dah berubah. 

Ok next entry aku buat penceritaan secara detail ttg honeymoon trip ini. Nak kena godek gambar satu persatu dari camera dslr. Itulah perkara yg aku paling malas...huhuhu. Anyway....honeymoon kali ini memang cool. Love it so much.

p/s - next week outstation lagi....dalam Malaysia aje



Day 1 : Bali Honeymoon Trip 2014 - KLIA2 & Ngurah Rai International Airport

$
0
0
Salam semua.
Dah seminggu tak update blog. Selepas balik dari bercuti di Bali tempohari kami berdua busy dengan kerja pulak. Di tempat kerja busy dan di rumah pun busy jugak. Makanya blog ini terbiar seketika. Then the next weekend plak kami busy lagi outstation di dalam negara pulak. Ala-ala honeymoon dan family day. Laki bini busy buat persiapan untuk urusan family day. Now baru aku boleh bernafas panjang setelah semua aktiviti dah selesai.

Ok jom kita citer-citer pasal percutian ke Bali ini. Dari rumah kami bergerak ke TBS di Bandar Tasik Selatan. Tinggalkan kereta di sana yang hanya perlu bayar satu malam RM3 sahaja. Then naik Jet bus ke KLIA2 yang hanya perlu bayar RM10 seorang. Setiap sejam bus akan bergerak ke KLIA2. Pertama kali kami laki bini gi KLIA2 huhuhu...sian kan. Maklumlah lama dah tak berjalan naik flight. Wow so impressed tengok KLIA2 yang mewah dengan pelbagai jenis kedai. Kalau lama transit taklah boring...boleh meronda-ronda sambil bershopping di sini. 

Setelah selesai check-in and drop bag kami turun bawah untuk mencari makanan. Masa ni jam pukul 6 petang. Flight kami plak kul 8.30 malam. Kami ternampak food court di sini. Lepak sambil berborak laki bini dan mengisi perut. Tak puas2 berborak di rumah...nak jugak berborak di airport hehehe. 

Dari pintu masuk departure area hingga ke waiting room mengambil masa 30 minit untuk berjalan. So, pastikan anda datang awal ke airport untuk mengelakkan tertinggal flight. Kalau untuk baby, orang tua dan OKU ada disediakan buggy car. Aku rasa kena request terlebih dulu....tak pasti....betul rasanya. 


 kakak yg jakun tengok keindahan KLIA2.....first time katanya

 makan sambil berborak laki bini di food court di KLIA2.

 nak jugak wefie mcm orang lain. Tapi jangan amalkan selalu......nanti orang boring. 

 Setelah mengambil masa 3 jam perjalanan onboard akhirnya kami sampai di Ngurah Rai International Airport. Wow dah besar dan cantik airport di sini. Dulu 5 tahun lepas kali terakhir aku jejak Bali....kecik sikit airportnya. 

Sebaik keluar dari airport kami ternampak Pak Isme iaitu owner syarikat transport yg akan kami gunakan sepanjang berada di Bali ini. Dulu Pak Isme hanyalah sopir dan mempunya sebuah mobil. Sekarang dia dah jadi bos besar dan punyai banyak mobil dan sopir. Dah 2 tahun katanya dia tak bawa mobil....duduk di kantor aja. Alhamdulillah murah rezeki dia. Aku turut happy sebab melalui blog ini jugalah bisnesnya berkembang...aku pernah buat entry pasal perkhidmatan sewa mobil dan sopir di Bali melalui Pak Isme. And percutian kami ini juga mendapat sponsor mobil + sopir dari Pak Isme. Thank you very much. Semoga Allah memberkati rezeki Pak Isme dan dimurahkan rezeki lagi.

Untuk sesiapa yg ingin menggunakan perkhidmatan mobil+sopir melalui Pak Isme boleh menghubungi dia melalui whatsapp +6281338614174


Kami stay di Ozz Hotel, Kuta. Kami booking melalui Agoda setelah tolak discount dapat RM105 per nite. Sangat berpuashati dengan hotel ini sebab stay di hotel yg baru dibini pada tahun 2013...setahun lebih dah. Sangat dekat dengan Kuta Square, Kuta beach and Kuta Traditional Market. Nanti next entry aku share gambar2 lain di hotel ini. Kami request for honeymoon decor masa booking....tengoklah hasilnya.

Tadaaaa.........khas untuk honeymoon trip kami

puaslah kami tengok angsa love ni sampai lebam.....sayang nak bukak. 

kami ambil bilik standard...so boleh request kat ground floor...buka pintu jer boleh terjun ke pool. Biliknya juga boleh tahan besar.

Good nite...see u tomorrow.

Hari pertama kami sampai Kuta dah malam. Esok bermula lah perjalanan kami yg sangat padat. Tunggu esok apa aktiviti pertama kami. Husband teruja tengok satu barang ni di Ubud. Apakah dia? Tungguuuu.

p/s - Next trip bulan Jan 2015...lamanya nak menunggu.

Day 2 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Pasar Ubud & Tegalalang Rice Terrace

$
0
0


Salam semua.
Sambung lagi perjalanan kami di Bali.

Awal pagi jam 8.00 pagi kami dah keluar dari hotel. Memang sajer nak keluar awal sebab banyak tempat nak cover hari ini. Pagi ni pekerja Pak Isme yang datang bawa kami jalan...iaitu Pak Yadi. Sebelum tu kami ambil breakfast terlebih dahulu di hotel. Untuk pengetahuan semua makanan di hotel ini adalah halal menurut salah seorang pekerja di sini. Kat dalam bilik juga ada arah kiblat. So, instinct aku berkata tidak rasa was-was...InsyaAllah.

Percutian ke Bali ini merupakan kali yg ke-4 bagi diriku. Ok takpa aku repeat lagi jalan2 tempat yg sama...tapi kali ini bersama suami tercinta. So, jom kita pergi Pasar Ubud dulu. Pagi2 lagi di hari yg pertama kami dah shopping. Rasa mcm kekok jer tetiba terus shopping. Tapi di Bali ni bagus kalau shopping awal pagi...pelaris katanya. Minta tawar harga habis-habisan. Aku memang dah tau harga barang2 kat sini....mati akal peniaga bila tengok aku tawar harga. Senang citer...kalau dorang tak bagi aku angkat kaki jer. Kalau sekiranya dorang tak panggil balik....aku cuba pulak kat kedai lain. Sekiranya pun tak bagi jugak....maka aku up skit. Itulah cara aku bargain harga di Bali ini. En Bos pun terkebil-kebil tengok isterinya menawar harga...hehehe.

My last trip to Bali was 5 years ago...aku dapati banyak perubahan di Pasar Ubud banding dulu. Dah makin luas pasarnya hingga jalan ke belakang. Tapi barangan nya tetap benda yang sama. Takda pun benda baru yg aku rasa boleh shopping. Dulu aku sakan bershopping barangan Bali...lepas tu bila dah boring aku jual balik di Car Boot Sales. Now...takkan aku nak beli balik. En Bos dah pesan tak payah beli barang2 perhiasan lagi sebab nanti aku tak guna pun. So, di sana kami beli souvenir untuk family ajer. Untuk diri sendiri aku hanya beli baju tidur batik 3 helai. 


Ozz Hotel di Kuta...hotel 3 star yg kami stay. Air dalam pool tu sangat bersih....i like this hotel

makanan di sini juga sangat sedap. Simple breakfast but still mengenyangkan.

4 hari kami di sini...nampak kami berdua ajer org Malaysia. The rest are Orang Bule. 

kami naiki mpv Suzuki kepunyaan Pak Isme tapi yg drive ialah Pak Yadi.

Dah sampai di Pasar Ubud. Pak Yadi kata dia bagi 45 minutes ajer.....hehehe more than enough.

hiasan ceramic daripada fosil dan kayu manis ini memang dari dulu lagi dah ada....cuci mata ajerlah. 

Kami hanya singgah di Pasar Ubud...tak singgah Pasar Sukawati pun. 

awal pagi mbak ini sudah meniaga bunga untuk sembahyang penganut Hindu di Bali.


Pagi-pagi dah start shopping memanglah mood ke laut. Aku kalau dapat peniaga yang buat muka ketat time meniaga...memang aku tak layan. Banyak lagi kedai lain yang aku boleh beli. What i can see kebanyakan peniaga di Ubud ni agak kekwat berbanding peniaga di Tampaksiring yang sangat mesra...siap tarik tangan korang suruh membeli di kedai mereka. Dapat murah pulak tu. 

Di Ubud ni boleh dikatakan ramai jugak pelancong sebab ada banyak hotel juga di sini. Sebab itu mereka akan meletakkan harga yang agak tinggi ketika anda bertanyakan harga. Dulu aku memang suka membeli di sini tapi bila aku banding kan sekarang terus mind aku dah berubah. Not the best place for me anymore.


kat dalam tu ada banyak lagi peniaga. Tapi half way kami dah patah balik

Peniaga ni baik...rajin melayan aku. So banyak juga aku beli kaftan untuk bonda ku di sini.

En Bos bersungguh-sungguh memilih beg souvenir ini. Kami beli 4 unit di sini....ingatkan harga yang kami tawarkan tu dah murah. Rupanya di Tampaksiring dapat lebih murah. Hehehe....pengalaman katanya.

sukanya dia.....katanya nak belikan untuk rakan sekerja. Habis membeli di sini...tetiba En Bos nampak sesuatu......aku perhatikan ajer mana dia nak pergi. Rupanya dia dah tertarik dengan satu benda ni...apakah ia?????


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>




Adakah ini??? Opssssss.......bukan ini  dahhhhhh.

tutup mata jangan tengok.

Sebenarnya dia dah jatuh cinta dengan benda ini......sila scroll bawah lagi

<<
<<
<<
<<
<<
<<
<<
<<
<<
<<



Tadaaaaaaaaaa..........................

gitar comel ini yang menarik perhatian dia. Dulu aku tak jumpa benda ini. Ini benda baru di Bali. Siap peniaga tu try alunkan gitar ini...memang bunyinya sedap. 
Terus aku tanya En Bos.......pandai ke main? Takut nanti jadi besi buruk jer kat rumah. Dia kata....tak pandai main. Cik abe ....kita lupakan ajer. Baik kita beli baju HRC Bali. Terus aku tarik tangan dia berlalu dari situ...hahaha.


cuaca ketika ini agak panas walaupun masih di awal pagi. Menurut Pak Yadi dah lama tak hujan di Bali. Ooooo patutlah....


Next kami meneruskan perjalanan ke Tegalalang Rice Terrace. This place is famous for its beautiful scene of rice paddies. The high roadside location is cool and breezy and it is well-known spot for tourist to stop and take photos. A beautiful place for painters and nature lovers.

Kejap ajer kami berada di sini. Puas bergambar sana sini...sempat juga bergambar dengan makcik pesawah siap beraksi dengan topi gitiew. Memang rezeki kami datang bulan Nov sebab padi subur tumbuh menghijau.....very nice scenery.




monopod memang banyak membanti kami ketika tiada siapa nak tolong kami ambilkan gambar. Pak Yadi sempat merakamkan candid photos kami berdua ketika sibuk bermonopod.

 candid photo again

hasil monopod kami

tadaaaa....over plak laki bini ni ahakssss

Ok selesai untuk entry kali ini. Next entry aku sambung lagi perjalanan kami seterusnya. Memang bestlah jalan-jalan berdua di Bali ni....betul2 namanya honeymoon. Bila En Bos terlelap ajer....aku kacau dia suruh bangun tengok permandangan. Rugi kalau pi travel tapi tidur dalam kereta. Tapi kadang-kadang tu aku pun terlelap jugak hehehe. Takpa...ahkak dah gi 4 kali....tertidur tak kisah...sama ajer permandangannya. Nanti next entry aku ceritakan kenapa rumah orang Bali kecil2 ajer.

Next entry........kami stop di satu tempat ini. Tetiba aku ternampak sesuatu...terus termuntah. Di mana yea? Kenapa yea? Tungguuuuuu.......

p/s - no more percutian di bulan Dis...hehehe




Day 2 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Luwak Coffee & Kintamani

$
0
0

Salam semua.
Kembali semula di alam maya. Jom sambung lagi kisah percutian kami di Bali.

Masih lagi di hari kedua. On the way kami ke Kintamani, Pak Yadi tanya kami nak singgah tak ke Luwak Coffee iaitu demo cara pembuatan kopi musang. Katanya kopi ni bermutu tinggi dibandingkan kopi-kopi lain. Orang Bali panggil musang ialah luwak....oooo patutlah di beri nama kopi luwak. I'm not a coffee lover....begitu juga En Bos. So, memandangkan kami masih kekenyangan nak lunch di Kintamani nanti. Oklah pak....kita singgah dulu di kopi luwak. 

Sepanjang jalan menuju ke Kintamani akan nampak banyak tempat persinggahan kopi luwak ini. Di sini juga bukan sahaja ada kopi luwak...juga ada herbal tea dan Bali spice. Segala jenis herba rempah ratus juga ditanam di kawasan ini. Ok good....aku nak gak tengok pokok2 herba ni. 


 sebelum kita masuk jom kita bergambar di sini terlebih dahulu. Masa ni aku dah rasa ada bau lain macam. Aku diam ajer.....sambil menahan nafas nak termuntah. Tetiba En Bos bersuara.....cuba tengok kat seberang sana tu. Lalu aku pandanglah ke arah sebuah lori yang baik punya berhenti di tepi jalan seberang sana.
Uwekkkkkkkkkkkk........terus aku tutup mulut lalu berlari dari situ. Nak tau tak aku nampak apa? 

>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>
>>>


Punya banyak cadbury dalam lori tu uolsssss. Weeekkkk terus aku muntah. Ya Allah baunya membuatkan anda semua sesak nafas tau. Memang sangat dekat dengan kami. Patutlah masa turun van tu aku dah bau lain macam. Maaflah...kalau statement aku ni agak berbau sensitif. Seriusss....aku tak tahan baunya yg busukkkkk. Camana lah depa makan binatang ni yea.

binatang inilah yg membuatkan aku termuntah.

aku terus berlari ke arah rimbunan kehijauan ini....saujana mata memandang. Hilang dah bau tu.

Gadis Bali ini membawa kami masuk ke dalam kawasan ini sambil beliau menunjukkan camana luwak makan biji kopi. Cara nak bagi makan seperti dalam gambar di atas. Biji kopi yg telah masak berwarna merah akan diberi kepada luwak. Semasa luwak tersebut mengeluarkan najis....ia akan mengeluarkan sekali biji kopi tersebut. Sebijik2 tau...bukan hancur. Luwak ini akan tidur sepanjang waktu siang dan akan aktif ketika malam.

kalau nak tau camana bentuk pokok vanilla. Lihat gambar di atas.

ini pula ialah kopi arabica. Masa ni baru berbunga...belum musim berbuah. Kalau buah dah masak berwarna merah....then boleh dipetik.

Sapa tau ini pokok apa? Ini ialah pokok kayu manis. Kulit kayu yg telah dikopek seperti belah atas. Lalu kulit tersebut di jemur. Memang bau kayu manis pun......

Sambung kisah kopi luwak. Biji kopi yang dikeluarkan bersama najis luwak tersebut akan dikutip dan dijemur seperti dalam gambar di atas. Jemur di tengah panas selama 2 minggu menurut kata gadis ini. Kalau misalnya cuaca hujan.....kena tembah lagi hari menggantikan hari hujan tersebut.

Biji kopi yang sedang dijemur. Setelah dijemur, kemudian kopek biji tersebut dan keluarkan biji kopi di dalamnya. Lalu dijemur sekali lagi.

Then, barulah digoreng seperti dalam gambar di atas. Ini ialah cara tradisional camana membuat kopi luwak.

Setelah digoreng...barulah ditumbuk menggunakan lesung gergasi di atas. Cewah En Bos menunjukkan demo cara menumbuk biji kopi.

Kemudian barulah ditapis menggunakan penapis. Jika masih ada biji kopi yang belum lumat...maka akan ditumbuk semula dan ditapis lagi.

Kemudian gadis tersebut tanya kami....sama ada kami nak cuba kopi luwak ini tak. So, aku pun tanya dia....percuma atau dibayar? Dia kata Rp50,000 secawan ..... whatt????? Mahalnya. Satu cawan kecil jer pun harganya hampir RM15. Hmmm....cik abe kata tak payahlah sebab kita pun bukan penggemar kopi. Untuk pengetahuan semua....kopi luwak memang harganya mahal pun berbanding kopi biasa yang lain.

Then, kami dibawa ke satu tempat ini untuk menikmati kopi dan tea yang punya pelbagai perisa. Tapi yang ini percuma aja. Kalau nak beli.....ada dijual serbuknya di kedai depan.

suka lepak kat sini. Permandangan pokok2 kehijauan. Cuaca pun mendung dan segar ajer. Ada rasa sejuk sikit tempat ini.

semua jenis tea dan kopi di atas aku rasa.....ada yg sedap dan ada yg tak sedap. Hehehe. Aku pernah terbaca dulu pasal kopi luwak ini. Kenapa kopinya mahal? Sebab biji-biji kopi yang dimakan oleh luwak ini ialah terdiri daripada biji-biji kopi yang bermutu. Tak semua biji kopi di dalam satu dahan mengeluarkan biji kopi yg bermutu. So, luwak ini akan memilih biji2 kopi yg bermutu lalu ditelan. Sebab itu kopi luwak ini mahal. Gitulah ceritanya. Entah tak pasti yg mana betul. Gadis Bali ini plak tak pun pilih biji kopi yg bermutu utk dimakan oleh luwak. Dia kata proses penghadaman ini yang akan mengeluarkan biji kopi yg bermutu. Aku tengok luwak ini main telan ajer setiap kali di bagi makan hehehehe.

Jalan keluar ada kedai untuk membeli kopi dan teh. Fuhhhh mahal giler harganya. Aku beli satu ajer buat syarat...serbuk teh serai. 


Then kami menyambung lagi perjalanan. Selepas 15 minit kami sampai di Kintamani. Masa ni sebenarnya aku masih kekenyangan makan breakfast tadi. En Bos kata kita pergi ajerlah lunch di sini....dia nak gak mencuba. I've tried the food here during my first trip to Bali. Hmmm....the food here is not my taste. 

Pak Yadi bagitahu di Kintamani ini ada 2 restoran halal tapi restoran yang sedap permandangannya tak cantik manakala restoran yang tak sedap permandangannya pulak cantik. Permandangan mengadap Gunung Batur....memang cantik. Disebabkan aku ni masih kenyang...aku kata oklah kita pergi ke restoran yang view menarik. Tapi tak boleh pergi ajer....mesti makan juga di sini tau. Harga lunch di sini ialah Rp100,000 (RM30) seorang. 

permandangan memang sangat cantik dan cuaca dingin.

kakak dan abang berdua ini sakan bergambar sana sini.....then barulah kami cari port utk makan.

plan nak makan sini....alamak dah penuh lah. Sejuk plak tu open air mcm ni

Lunch buffet di sini menyediakan makanan Bali. Ada pelbagai jenis makanan disediakan tetapi aku tak boleh masuk ke tekak.....selepas 2 suap aku terus stop makan. Not my taste at all. Then aku ambil pisang goreng dan fruits. Air tidak termasuk okay. Harga Rp100,000 hanya makanan sahaja. Aku tengok En Bos makan sangat berselera... hehehe.

kami makan di tingkat bawah.....juga view menarik cuma dalam bangunan tertutup. Ada rasa angin masuk...fuhhhhh sejuk giler kami.

Kat sini pun boleh makan...open air jugak. Tapi dah penuh semua. Bagi aku cukuplah tak nak datang lagi makan di sini. View cantik tapi makanan hampeh. Aku nampak ada beberapa couples from Malaysia honeymoon di sini...berdasarkan pada jejari yg penuh dengan inai. Kami ni pengantin dah basi uolsss. Dulu masa honeymoon kt UK ada stewardess MAS tegur aku.....baru kahwin ke ni....honeymoon yea??? Heheheh......tersengeh aku masa tu. *sajer throwback kisah lalu*.

Di sini juga ada disediakan tempat untuk mushola.


Ok cukup dulu entry untuk kali ini. Next entry aku sambung lagi. Gambar banyak sangat...sebab itu aku pecah-pecahkan sikit.  Apa kisah next entry? Aku mengucap panjang dan tersentak seketika apabila melihat situasi itu..........biar betul. Hishhhh......
Tungguuuuuuuuuuu........................


p/s - Sibuk buat itinerary utk next trip bulan Jan nanti

Day 2 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Tampak Siring & Uluwatu

$
0
0

Salam semua pembaca.
Berjumpa lagi kita di alam maya. Atas permintaan rakan kepada En Bos aku terpaksa pasang speed gear 5 utk menyiapkan entry honeymoon ini. Ramai yang sungguh teruja dengan percutian kami di Bali ini. Sehinggakan ada yg terus membeli flight ticket ke sana hehehe. Selepas kami balik aku tengok ramai sungguh yang pergi bercuti ke Bali. Bukak FB fuhhh berderet kawan2 nak ke Bali. Mungkin mereka dah beli awal dari kami. Aku rajin jugak skodeng IG artis-artis kita. Pun ramai artis-artis ini bercuti ke Bali juga. Kenapa yea orang suka pergi Bali bulan November. Heheheh...eh tetiba plak tanya soalan tu. 

Ok sambung 
Selepas kami kekenyangan di Kintamani....Pak Yadi nak bawa kami ke Tampak Siring pulak. Dekat ajer perjalanannya. Nak masuk ke sini kena bayar yea....aku lupalah berapa harganya. Selain tu para pelancong juga diwajibkan memakai kain yang diikat dipinggang berwarna kuning. Kalau yg memakai seluar pendek pula wajib memakai kain sarung huhuhu. Dah itu kepercayaan mereka apabila berada di tempat suci...so kita ikut ajerlah. 

Di dalam ini juga ada Pura Tirtha Empul iaitu tempat suci penganut Hindu di Bali. Apa tujuan mereka ke sini agaknya? Katanya untuk menyuci dosa iaitu dengan cara menyucikan diri atau mandi di kawasan takungan air yg datang dari kolam air sumber bumi. Bukan takat orang tempatan yang datang ke sini untuk mandi malahan para pelancong juga ramai.

 bergambar di pintu gerbang yg berukiran ini

 keterangan tentang pura ini.

 dari saluran air yg pertama sehinggalah yg terakhir mereka akan bergerak dan menyucikan diri. Ontahlah.....itu kepercayaan mereka.

 cuba tengok minah salleh ni beratur untuk menyucikan diri saluran pertama....then mereka akan bergerak ke saluran sebelah kanan hinggalah yg paling hujung.

 tempat ini memang dingin dan redup. Tengok air tu nampak macam sejuk jer. Hati2 bila berjalan di sini...silap2 tergelincir ke bawah hehehe. Tetiba aku nampak seorang wanita warga Indon memakai tudung di dalam kolam ini. Hishhhh.....apa dia buat di sini? Agak musykil jugak bila aku memerhatikan perbuatan dia ini. Di setiap saluran air itu dia akan mengambil wuduk. Astagfirullah.....kenapa dia amik wuduk di sini? Aku bagitau En Bos cuba tengok apa wanita tu buat. Yelah En Bos kata seperti mengambil wuduk. Pakai tudung pulak tu. Takkan dia tak tau...perbuatan mandi di sini adalah kepercayaan Hindu Bali...kenapa orang Muslim pun nak mandi di sini. Hishhhh......sedih dan terkilan rasanya. Jangan sehingga jatuh aqidah kita. Cuba uolsss tengok gambar di bawah.

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

 wanita yg memakai tudung pink belakang hujung kanan itu....sedang asyik mengambil wuduk


 makin ramai pulak pelancong mat salleh yg datang



 aku sajer ambil gambar berdekatan dengan wanita ini.....dia sempat berborak dalam bahasa Indon dengan suaminya yg berada di atas...tidak join dia mandi sekali. Ehhhh... En Bos tangan tu nak tunjuk apa....takkan nak tunjuk "Ya....inilah wanita yg dimaksudkan" heheheh......poyo.

 seronok plak mat salleh dan minah salleh ni memakai sarung .....berkemban plak tu.


 lepas melihat aksi tadi...kami bergerak pula ke atas.....lalu ternampak batu yg berbalut kain kuning dan putih ini. Agak korang apa benda ni yea????
Katanya....ini tempat berdoa dan berniat untuk mendapatkan zuriat. Batu tu menunjukkan alat sulit lelaki bercantum dengan alat sulit wanita....maka akan dapatlah zuriat. Oooooooooooo...gitu kah. Sebagai orang Islam....jangan merosakkan aqidah anda dengan kepercayaan sebegini. Kita datang sini...tengok ajerlah. 

ramai org tempatan datang sini untuk sembahyang dengan memakai pakaian tradisional seperti di atas....sambil tu mereka akan menjunjung bakul yg berisi bunga.

 yang baju putih itu ialah pakaian tradisional lelaki pulak.

 air ini lah yang dikatakan punca air iaitu sumber asli dari tanah. Walaupun hujan lebat ait di sini tetap pada paras ini...ia takkan penuh melimpah. Air inilah yg mengalir ke saluran air yg mereka mandi tadi. 


 kami nak balik kena melalui kedai jualan ini. Dari jauh mereka dah panggil kami masuk ke kedai. Aku plak yg takut bila tengok situasi begini. Bukan takat panggil,.....malah mereka menarik tangan aku uolsss....seram mek!!!! Sib baik depa tak tarik tangan En Bos hehehehe. 


 Pada mulanya aku plan taknak beli apa2 bila tengok dorang main paksa2 kita membeli. Tapi why not kita cuba tanya harga...mana tau murah kot. Pandai dorang....siap jerit..." Buk masuk bukkk,......murah RM5 ajer" Ewahhhhh RM5 dia kata.....padahal aku tak tanya pun nak beli yg mana satu. Pandai betul strategi dorang ni.


tengok tu...siap berdiri depan kedai nak menarik pelanggan. Tapikan......serius memang murah giler berbelanja di sini. Aku ada beli kaftan untuk bondaku di Ubud.....ternyata dapat murah beza Rp10,000 jika beli di sini. Fuhhhhh...menyesal beli kat Ubud. Ikutkan tak ramai pelancong yg lalu di sini berbanding peniaga yg ramai. So bila kita minta murah....memang takda masalah.





Udah lah tu cik abe...jom kita balik. Sebaik kami masuk ke dalam van, Pak yadi tanya sekarang kita ke Jimbaran pulak. Tetiba aku terfikir....tidakkah masih awal untuk makan malam di waktu ini. Apa kata kita pergi Jimbaran esok ajer Pak Yadi. Kalau kami nak ke Uluwatu sempat tak agaknya. Pak Yadi kata sempat. Ohhh...jom kita ke sana pulak.

Terkezut aku bila tengok Pak Yadi memandu agak laju berbanding pagi tadi. Dia kata kalau boleh nak sampai sana sebelum malam....so boleh tengok sunset. Ohhhh gitu ke. Aku bukan nak sangat tengok sunset tu....tapi yg pasti aku memang tak nak sampai sana malam. Kat sana juga ada persembahan Tarian Kecak. Hmmm...tak minat lah tengok tarian ni....seakan memuja hantu di waktu senja. Kita gi sana untuk tengok permandangan laut di lereng bukit ajer. En Bos kata dia memang nak sangat gi Uluwatu. 



 ok dah sampai sini...just nice before senja. 2 jam lebih juga perjalanan nak sampai ke Uluwatu ni. Yelah...dari Utara turun ke Selatam....tak ke jauh tu

 memang cantik sangat permandangan pukulan ombak di lereng bukit ini.


 permandangan inilah yang En Bos nak sangat tengok. OOoooo ok....ini kali kedua aku tengok tempat ini.


 di celahan pokok En Bos sempat merakamkan penonton yg menyaksikan tarian kecak...sebelah tu ajer. Kena bayar yea kalau nak tengok tarian ini. Seram tengok dorang pakai topeng hantu dan main api...hehehe






 sakan En Bos mengambil gambar di sini di setiap sudut. Siapa plak model nya? Apalagi bininyalah yg kena paksa jadi model sana sini. Pasrah ajer lah......


 minta tolong orang ambilkan gambar kami.....i like it

 untuk pengetahuan sesiapa yg nak ke Uluwatu ni make sure jangan pakai spec hitam, topi atau bawa apa2 makanan. Nanti kena rampas uolssss. Sapa yg rampas?? Tuuuuuuu....monyet gomok tu lah. Dia suka tengok En Bos tau...hehehe...mcm ada chemistry jerkkk....ahaksss.


 pandangan dari arah depan....tu lah tempat main tarian kecak...nampak tak lampu2 tu.

 subhanallah......


 monopod yg byk membantu kami


 yeahaaaaa...kami nak balik dah.

Selepas aktiviti di Uluwatu kami nak balik Kuta. Masa ni terasa perut dah lapar jugak. So before kita gi dinner di Kuta kami singgah shopping souvenir di Krishna. Krishna ni ialah gudang besar menjual segala mcm barangan ole-ole Bali secara borong. Kalau nak beli kekacang yg sedap banyak dijual di sini juga untuk bawa balik sebagai ole-ole. Aku rekemen beli kacang disco....memang sedap. Halal yea.





 kat bahagian tengah tu ada jual tshirt yang agak kualiti sikit banding di luar....harganya pun mahal sikit.


 jangan tak tahu ahkak sempat beli barang2 cream dan sabun utk spa uolssss...murah ajer di sini.


 Next untuk aktiviti terakhir kami...dinner di Wong Solo. My feveret place bila datang ke Bali. Walaupun di KL pun ada restoran ini tapi beza sgt rasanya...yg ini lagi sedap hingga menjilat jari. Sambalnya pedas berapi.


caiyokkk.....mengancam tak?  Ni yg buat tetiba lapar. Anyway....i enjoy  having dinner here.



Perut kenyang suka hati...jom kita balik. Penat sangat badan ni seharian dari pagi hingga malam baru balik. Esok pagi kami nak keluar lagi...tapi lambat sikitlah daripada hari ni. Esok kami ke Bedegul.....tetiba husband beli lesung tumbuk sambal.....untuk siapakah dia belikan. Ni yg buat aku jeles ni....uhukkkkkkkkkk.

p/s - Cepatlah habis bulan Dec....


Sembang Travel

$
0
0




Salam semua.
Lama juga rasanya tak borak-borak pasal travel. Entry pasal London tak habis lagi...pastu nak citer pasal negara lain plak hehehe. Sorry uols.....tergendala sebentar journal perjalanan kami ke London. Sebabnya....aku dah lupa mana letak memory kad yang simpan gambar2 kami di London. Bukan hilang....tapi lupa letak di mana. Adohaiiiii........tu pasal lah citer London tak disambung-sambung huhuhu. Sabaq na. Nak sambung citer tu memerlukan persediaan mental yang tinggi....perlu ingat balik banyak benda. Tu yang malas sebenarnya. Tunggu dalam masa terdekat ni.

Now jom kita borak-borak pasal travel. Ramai dah hint aku...bila lagi nak terbang? Lama benar rasanya aku tak terbang ke oversea sejak percutian ke London yang lepas iaitu bulan Mac yg lalu. Lama tuuuuuu!!! Tapi dalam masa 6 bulan tu ada jugak aku gi cuti-cuti Mesia honeymoon bersama en suami. Planning kami nak bercuti manja2 bulan November atau Disember ni....tapi tak tau lagi nak pergi ke mana. Mungkin pergi negara yang dekat2 ajer kot. Sekarang ni agak susah jugak nak bercuti selalu sebab en suami terikat dengan kerja di tempat baru dan susah nak apply cuti lama selagi dia belum confirm. Insya Allah trip untuk tahun depan dah ada...hehehe. Lagipun masa tu en suami dah boleh cuti lama. Dah ada 2 trip untuk bulan Januari (oversea) dan Mac(dalam Mesia)....semoga dipermudahkan percutian kami nanti. Kalau aku masih bujang......rasanya dah melambak flight ticket aku beli hahaha......tapi sekarang kena fikir juga pasangan kita....bukan macam dulu lagi selagi ada ruang...selagi tu nak terbang...hahaha.

Sejak peristiwa MH370 dan MH17 yang lalu....memang agak fobia jugak nak naik flight. Seram ada...takut ada.....macam2 terbayang. Tapi tak boleh lah macam tu....think positive. Ajal dan maut tu semua di tangan Allah walau di mana kita berada....cuma cara kita diambil nyawa berbeza setiap manusia. Yang kita harap ialah agar kita selamat pergi dan kembali ke tanahair di samping yang tersayang.

Banyak juga negara yang aku belum jejak dan nak sangat sampai ke sana. Ke mana kah????

1. India - ramai yg terkejut bila aku kata nak pergi India. Tak panas ke? Tak kotor ke? Kalau korang nak tau...kat negara inilah macam-macam benda aku boleh citer dalam blog. Nak tau apa benda nya.....tungggu aku sampai sana dulu....hehe.
2. Maldives - aku nak honeymoon dengan en suami di tempat yang sangat privacy dan hanya kami berdua ajer di sekeliling. Kami nak swimming dan snorkeling sama2 tanpa gangguan  Aku rasa di sinilah tempatnya yang sesuai.
3. Italy - memang sejak dulu lagi aku nak ke sini dan sepatutnya tahun lepas bulan Nov memang aku ke sini...tapi apakan daya jodoh tetiba datang tanpa diduga. Terus aku cancel. Insya Allah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah aku nak jejak negara ni. Salah satu sebabnya? Nak shopping beg berjenama idaman aku di sini....harga lebih murah dan pastinya original. Yang penting....en suami tolong bayarkan yea hehehe. Sebenarnya...banyak tempat2 menarik di sini yang aku nak sangat pergi.
4. Mesir - aku nak tengok depan mata sendiri keajaiban dunia The Great Pyramids of Giza yang menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara Mesir. InsyaAllah one fine day.
6. Greece - aku nak sangat jejak di Pulau Santorini yang mempunyai laut berwarna biru permata dipadankan dengan susunan bangunan warna putih di persisiran pulau. Ia terletak pada gunung berapi yang masih aktif. Sila google kalau nak tau lebih lanjut.


Ok cukuplah takat ni ajer. Ikut kan panjang berjela wish list aku ni. Nanti angan jer lebih tapi tak sampai2 pun huhuhu.



 thanks pakcik google

thanks pakcik google


p/s -  angan2 tinggi nak jadi busineswoman tapi mcm tak confident jer....


Day 3 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Bedugul

$
0
0

Salam semua.
Lebih kurang seminggu lebih jer lagi kita akan berganjak ke tahun 2015. Sekejap ajer masa berlalu. Pejam celik pejam celik umur kita bertambah lagi setakuk. Apakah azam baru anda semua? Adakah azam yg lama telah tertunai? Ok nanti kita citer lebih lanjut pasal azam selepas habis citer trip ini yea. Ontah biler lah nak habis ni.

Sambung pada hari ke 3.
Pagi ini kami bgtau pada Pak Yadi yang kami nak gerak lambat sikit berbanding semalam. Plan pagi tu kami nak bersantai2 dalam bilik sambil berswimming di pool. Lepas subuh...kami terus ke cafe amik light breakfast jer...just makan buah and minum fresh drinks. Nak swimming mana boleh perut kenyang uolss....boleh termuntah nanti. Best giler kami pagi tu sebab takda seorang manusia pun yang ada di pool kecuali kami berdua. Kat cafe pun takda orang. Pool ini umpama ana yang punya. Aku perasan pelancong mat salleh di hotel ini suka berendam dlm pool waktu malam sambil minum beer. Kalau awal pagi macam ni....mereka masih di alam mimpi hehehe. Apalagi segala kuak lentang dan aksi renang kami pulun pagi tu hehehe. 


 tadaaaa....takda seorang manusia pun di sini...awal 6.30 pagi dah terang benderang di sini.

air dalam pool ni memang bersih sangat dan kami sangat enjoy

 yang belah kanan tu ialah cafe...kami breakfast setiap pagi di sini. This hotel sangat mendamaikan dan tidak crowded with tourist seperti hotel-hotel lain. Location wise juga sangat strategic. Sangat dekat dengan Kuta Square, Kuta Beach dan Kuta Traditional Market. Highly recommended.

 Inilah brekfast kami sebelum swimming. Lepas dah bersiap dan mandi manda barulah kami ambil proper breakfast di dalam cafe. 

 tiap kali kami stay mana-mana hotel, swimming adalah aktiviti wajib kami laki bini. Yang penting hotel mesti ada swimming pool hehehe. 

 dah macam aqua acrobatics hehehe....


Selepas kami bersiap semua dan ambil brekfast di cafe....kelihatan Pak yadi dah siap menunggu kami di parking. Sepatutnya Pak Isme yang akan entertain kami hari ini tetapi atas sebab kesibukan beliau di kantor...maka Pak Yadi yang akan bawa mobil untuk kami jalan-jalan. Destinasi pertama kami pada hari ketiga ini ialah akan ke Bedugul. Tau tak...dah empat kali gi Bali dan empat kali juga aku gi Bedugul. Entahlah aku memang suka gi sana. Tak pernah jemu. Salah satu sebabnya ialah tempat tu terletak di kawasan tanah tinggi dan cuacanya dingin. Disini juga terdapat ramai penduduk Muslim. Yang meniaga di sini juga ramai orang Muslim. Why not kita bantu mereka dengan membeli barangan di sini. Harga-harga yg ditawarkan pun murah juga. 

Selain daripada tu, di sini banyak jual buah-buahan segar dari kebun. Tanah di sini sangat subur sama seperti Tanah Tinggi Cameron Highland. Cuaca sejuk dan nyaman. Yang aku perasan...setiap kali gi sini mesti hujan turun. Agaknya tempat ini memang kawasan lembap. Aku bgtau Pak Yadi yang aku nak gi kawasan penanaman buah strawberry di Bedegul ni. Sebelum ni memang aku tak pernah gi pun. Takat beli strawbery di pasar ajer.



 sebaik kami sampai di tempat strawbery ini.....

 rupa-rupanya hari kami pergi tu ditutup dan tidak open kepada tourist.Agaknya buah strawberry tidak menjadi dan tidak musim yang sesuai. So, kami sempat merakan gambar ini diluar pintu masuk kebun ajer. Uwakkkkkkkkkk...frust giler aku.

 hanya mampu bergambar di luar kawasan penanaman bunga ini...

 cantik sangat tempat ini.....bersih dan sangat terjaga. Banyak penanaman pokok2 bunga dan tanaman hijau.

 tak kisahkan....asalkan dapat dating berduaan di sini. Rasa nak stay lama jer...sebab cantik permandangannya

 Then, Pak Yadi bawa kami ke Tasik Beratan di mana terdapat Pura Ulun Danu.

 kawasan ini juga tempat suci masyarakat Bali...so memang ramai penduduknya datang dengan berpakaian traditional mereka. Apalagi....aku pun selamba nak bergambar dengan mereka...huhuh.



 Dah sampai di Puru Ulun Danu yang terletak di Tasik Beratan. Masa kami sampai di sini memang cuaca sangat cantik...terang-benderang. Tak panas sangat....dingin jer.



monopod yang membantu kami...

 terjumpa orang Malaysia yang berasal dari Sarawak...so minta dia ambilkan gambar kami.

Perut masih kenyang dan tak nak makan lunch dulu. So, aku bgtau Pak Yadi suruh hantar kami ke Pasar Buah Bedugul. Tujuannya aku nak beli rempah ratus di sini. 

 Tadaaaaa.....ini yang aku cari. Leka memilih rempah di sini sehinggakan aku tak perasan di manakah gerangan En Bos ni. Tetiba dia hilang....entah ke mana menghilang. Takpalah....baik aku layan rempah ni dulu.

Rupa-rupanya dia tak kemana.....terselit di celah-celah kedai ini. Aku perhatikan dari jauh...apa lah yang dia beli tu. Kat tempat mangkuk2 dan senduk2 yang diperbuat dari kayu-kayan dia berada. Aikkkkk.....En Bos cari apa kat sana. Pandai pulak tu pilih-memilih. Aku perhatikan ajer. Tetiba......


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>


Dia sedang memegang sesuatu. Aku masa tu terpikir dan dalam keadaan pelik pun yea. Dia nak buat apa dengan benda tu? Oooooo....nak bagi isterinya tumbuk sambal guna benda tu kot. Tapikan kat rumah kan dah ada lesung batu.....tapi nak buat apa plak dengan lesung kayu tu?? Makin pelik....ahhhhh.....malas nak pikir dah. 

Dengan lenggang-lengguk dia datang ke arah aku sambil pegang lesung kayu tu. Dia tetiba tanya aku.
"Biey....ok tak lesung kayu ini kalau i nak guna untuk tumbuk pil ubat patient"
"What?????" Aku blur jap.
"Nak tumbuk pil ubat pakai lesung ni???? Hahahahaha"Aku gelak sakan masa ni.
"Laaaa...ingatkan beli lesung nak bagi i untuk tumbuk sambal...hahahahaha"
Dalam hati aku berkata " Memang kreatif kepala otak laki aku ni..kekekeke"

Nak tau tak berapa harga lesung kayu tu? Murah giler....hanya Rp15,000 (RM4) sahaja. Bukan itu ajer, aku juga memborong senduk kayu untuk memasak. Sempat belikan untuk ibu mertua jugak. Aku memang suka menumis menggunakan senduk kayu....ringan dan mudah.

Untuk pengetahuan...En Bos memerlukan lesung kayu itu untuk keperluan di tempat kerja. Kalau sesapa bekerja di hospital mesti faham...hehehe.


 En Bos beli lesung kayu tu di kedai ni. Baik peniaga ni...senang dan mudah berurusniaga tawar menawar dengan dia....tak banyak songeh. Minta kurang....terus dia bagi.

 Then, kami sempat membeli buah strwaberry di sini. Buahnya agak kecil tapi manis uolsss.



 Masa ni dah waktu tengahari dan tiba masanya untuk lunch. Aku minta Pak Yadi bawa kami makan di sini. Pernah makan dulu di sini dan memang sedap sangat. 

Masa kami sampai memang ramai orang dan penuh meja dengan pelancong. 

 Kami order makan nasi dengan ayam bakar taliwang iaitu makanan tradisional orang Lombok. Ayam nya kecil ajer....kalau ambil seekor boleh dimakan untuk seorang sahaja. Sambal belacannya pedas berapi uolssss. Sangat sedap.....


Tadaaaaaaaaaa.......licin selicinnya hehehe.


Masa kami tengah makan ni hujan turun selebat-lebatnya. Tunggu hujan reda barulah kami beredar dari sini. Next destinasi ialah kami nak ke Tanah Lot. Sebaik sampai di sana....aku macam pelik dan agak blur. Betul ke Pak Yadi bawa kami ke Tanah Lot ni???? Kenapa lain.....salah tempat ke????? Nak tahu jawapannya....tunggu next entry.

p/s -  banyak kenangan manis di tahun 2014







Day 3 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Tanah Lot & HRC Bali

$
0
0

Salam semua.
Makin penghujung cerita makin malas aku nak update blog. Entahlah tak tau kenapa. Padahal tak pergi mana-mana pun. Cuma mood malas melanda diri. Nak upload pic pun malas. Semuanya malas. Sorry kalau entry kali ni agak ringkas jer.

Sambung lagi.
Masih lagi di hari ke 3.
Kali ni kami nak pergi Tanah Lot pulak. Orang kata kalau pergi Bali tapi tak singgah ke Tanah Lot maka tak lengkaplah perjalanan anda ke Bali. Termasuk ni dah 4 kali jugak aku ke sini hehehe....mesti jugak nak singgah. Entah apa yg menarik aku pun tak tau. Sebab aku suka laut kot...tu pasal aku ke Tanah Lot lagi.

Sebaik kami sampai di Tanah Lot, Pak Yadi bgtau dah sampai. Ehhh....aku pandang kiri dan kanan. 
"Pak....betul ke ini Tanah Lot?"aku bertanya.
"Ya betul....jalan sedikit sudah nampak lautnya. Ibu ngak perlu jalan jauh seperti dulu. Ini jalan pintas ke laut" Pak Yadi menjawab.
Oooooooo....gitukah.
Memang betul.....keluar jer kereta dah boleh nampak laut. Tapi ni kat belah mana yea??? Aku masih blur lagi masa ni. En Bos biasalah....ikut ajer. Aku maju ke depan lagi dan terus ke depan sehingga lah aku ternampak pura Tanah Lot itu di sebelah kiri selepas kami melintasi pintu gerbang kecil di jalan pintas ini. Ok dah sampai. Betullah Pak Yadi cakap...jalan ni lebih dekat dan tidak perlu melalui jalan yg jauh. Tapi kan aku masih tidak puas hati. Aku lebih suka melalui jalan lama. Meriah dan happening. Kalau jalan pintas ni....terus nampak laut.....tak adventure langsung. 




 ini dia pura di Tanah Lot...tempat suci katanya

 ada bench kat sini.

 outfit of the day...colourful uolss.

kenangan kami berdua di Tanah Lot

 aku sebenarnya nak pergi ke gerai-gerai jualan yg banyak tu. So kena ikut jalan lama. Kalau uols ikut jalan pintas ni memang tak jumpa gerai jualan. So terpaksalah kami bergerak ke bawah lagi.  Sebenarnya aku nak singgah ke satu kedai ni. Ada sales katanya.

 Sebaik kami sampai ke sini.....walaupun ada sales tapi masih mahal. Then kat sebelah nya ada satu lagi kedai Polo Raplh Lauren baru bukak....tapi takda aircond kedai tu. En Bos pada mulanya dia dah berkenan dgn satu baju ni...mmg murah dan cantik designnya. Tetiba dia boleh plak kata....kita suvey tempat lain plak. Kita tengok esok dia beli ke tak.

 masa ni dah nak senja. Jomlah kita balik. Ohh lupa...masa kami kat kedai Polo tu tetiba hujan turun dengan lebatnya.

 Kami bagitau kat Pak Yadi...nak singgah ke Discovery Mall. Kat dalam tu ada Sogo tau. Kami window shopping jer. Tetiba ternampak kedai ni...77 Es Teller. Jom kita pekena es teller. En Bos kata dia nak rasa sebab dulu kat Medan masa gi dengan kawan2 tak sempat nak merasa.

 Beli satu tapi kongsi berdua. Hmmmm sungguh heaven rasa es teller ni. Ikutkan hati kami nak tambah lagi satu....tapi cukuplah tu. Sebab jap lagi kami nak gi dinner plak.


Masa ni dah jam 8.00 malam. Ayoh kita balik ke hotel lah. Sampai hotel mandi manda dan solat semua....sempat lagi tu tengok tv hehehe. Lebih kurang jam 10.00 baru kami keluar balik...perut pun dah berkeroncong. Dah bincang dengan En Bos kami nak makan pizza ajer malam ni. Setiap kali datang Bali memang wajib aku makan Pizza Hut di sini. Sebabnya......byk choice dan sangat sedap banding Malaysia punya. Entah...ini tekak aku yg cakap.

Alahai malasnya nak jalan kaki gi sana. Apa kata kita sewa motor okay tak. Kalau dari Hotel Ozz ni kami ikut short cut jalan belakang dan lalui depan Hotel Oasis dan terus tembus jalan Bakungsari. Kat tepi jalan tu banyak boleh sewa motor atau speda. Kalau sehari ratenya Rp70,000. Tapi kami nak sewa setengah hari ajer....boleh dapat Rp40,000. Esok tengahari kami boleh pulangkan motor. 


 Tadaaaaa.......laki bini merempit di bandar Kuta. Seram gak jalan kat sini sebab banyak sgt kereta dan motor. So, kena hati2 kay. 

 kami stop di Kuta Square jap sebab nak gi Matahari. Jalan-jalan cari barang.

 Next pit stop ialah ke Pizza Hut yg terletak di depan Kuta Beach. My feveret place kalau dtg Bali. Tengoklah apa yg aku order.....Es pokat in the house.

 Makanan kami berdua malam tu....lazat tak terkata. Kenyang sungguh. Tak habis bawak balik. Masa ni pulak hujan turun selebat-lebatnya. Alamak topi kledar ada gantung kat motor. Nasib lah mesti basah kuyup.

 Lepas malam kami lalu depan Hard Rock Hotel Bali. Mampu ambil gambar ajer di depan tu. Ada rezeki kami...nak stay di sini one day nanti.

 Tadaaaaaa.....tujuan utama nak singgah di sini. Nak mencari koleksi dan menambahkan koleksi HRC

 Cari punya cari....design ini yang aku pilih. Dah ada satu dulu...tapi dah terlalu lama dan baju tu pun dah buruk. Kena gantikan baju baru plak. 

Akhirnya....beli tshirt seorang satu. Meriah betul staff HRC Bali ni...Then lepas tu plan nak lepak jap kat cafe.....oooohh no aku dah tak larat sebenarnya. Ikutkan nak cari katil jer ni. Penat dan mengantuk.


Balik ke hotel kami terpaksa ikut jalan lain sebab jalanraya di Kuta ni kebanyakkannya one way. Akhirnya tersesat jugak....walaupun tangan memegang map Kuta. Lepas dah tanya orang......alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel. Seram gak jalan2 waktu malam di sini...sebab banyak kedai dah tutup. 

Ok dah habis cerita di hari ke tiga. Esok ada lagi sehari kami di Bali. Tunggu next entry plak yea.

p/s - sedih dengan nasib mangsa banjir. Pray for them.

Day 4 : Bali Honeymoon Trip 2014 - Kuta Beach & Back to KL

$
0
0
Salam semua.
Sambung lagi kita di hari terakhir percutian kami di Bali. Flight kami balik KL jam 7.30 malam. So, kami ada masa lagi untuk jalan-jalan di sekitar Kuta. Niat di hati nak pergi ke pantai belah Tanjung Benua sana tapi risau pulak kalau traffic jem masa nak balik tu. Tak pasal-pasal kena tinggal flight nanti. Untuk kali ni memang takda satu pun aktiviti di pantai. Bukan tak nak pergi tapi memang takda masa. InsyaAllah kalau ada rezeki kami ke Bali lagi nanti nak try stay hotel tepi pantai dan nak habiskan masa dengan aktiviti air seperti white water rafting dan macam2 lagi.

Ok sambung lagi.
Pagi tu kami keluar bilik lambat skit. Pukul 10 pagi baru nak breakfast huhuhu. Lepas breakfast niat di hati nak jalan-jalan naik motor ronda Kuta sebab kami nak cari tempat massage. Entah camana owner motor tempat kami sewa motor tu kata kat kedai dia pun boleh buat massage. Ooooo kat belah belakang tak nampak pulak. Kami sempat massage kaki ajer. Nak massage badan takut tak sempat plak sebab jam 12 tengahari kami dah nak check-out. Setengah jam jugak kami massage kaki. 

Then balik hotel mengemas apa yg patut. Masa ni Pak Yadi dah menunggu kami di lobi. Next kami nak melepak di pantai Kuta pulak. Dah nak balik baru ada kesempatan ke sini.


kami massage kaki di sini

check out time......jom posing dulu sebelum balik.

lobi hotel 

bye Hotel Ozz......


Destinasi seterusnya ialah ke Pantai Kuta. Pak Yadi turunkan kami di tepi pantai dan kami jalan-jalan sendiri di sini. Aduhhh...cuacanya panas giler. Tak boleh tahan dengan cuaca macam ni. Panas pantai ni berbeza dengan panas lembap. Posing kejap di tepi pantai......kami cari tempat teduh untuk membasahkan tekak pulak. Baru aku perasan banyak jugak gerai makanan muslim di tepi pantai ni berbanding dulu. Kalau dulu...jangan haraplah. 

En Bos belikan air kelapa muda. Sambil minum kami memerhatikan telatah pelancong di sini. Ada yg sedang makan....ada yg sedang menjemurkan badan....ada yg sedang ulit di massage oleh warga Bali....ada yg sedang menikmati permandangan pantai yg berwarna kebiru-biruan ini dan ada juga yg sedang bermandi-manda di pantai. Tidak lupa juga ada yg sedang surfing di sini.


ramai sungguh pelancong di Pantai Kuta

habislah cair make-up ahkak.

En Bos sedang perhatikan sapa tu yea.......

gigih mengambil gambar walaupun di bawah matahari yg sangat terik.

terima kasih suamiku....belikan air kelapa. Sedang leka minum tetiba aku ternampak sesuatu.......alamakkkk!!!

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Cadburry Guling lah uolsssss......loya tekak hoi!!! Sebelah tu kedai satay muslim plak tu. 



Pelancong mat salleh sedang di urut oleh orang Bali ni.....

nak sewa papan surfing pun boleh. Jomlah kita balik. Tak tahan panas sangat kat sini.

singgah di gerai Nasi Pecel Bu Tinuk untuk beli kuah pecal nak bawak balik KL. Tapi dah habis lah uolsss. Rupanya kena order sehari awal terlebih dahulu. Gerai ni lokasinya di kawasan Kuta jugak. Pak Yadi hantarkan kami di sini.

Mengancam tengok makanan di sini...tapi ketika ini kami masih kenyang lagi. Ambik bau ajer hehehe

Banyak masa lagi. Pak Yadi bawa kami ke Lippo Mall yang dah setahun di buka. Okay jom kita ronda2 kat tempat sejuk. 

Sebenarnya niat dihati nak cari kedai ini. Jom kita tengok apa yg menarik. Ada discount 70% tapi tinggal size besar dan kecil sahaja. Size M memang sold out. After discount dapat harga RM90 sahaja uolsss. Harga sebenar ialah RM300. My bro kirim dan plastik pada tangan En Bos tu dia punya. Kempunan En Bos nak memiliki tshirt Polo Ralph Lauren. Takpa.....ada rezeki kita beli kat Jakarta plak yea.

Perut kami dah berbunyi meminta makanan. Pak Yadi rekemen kami makan di sini. Apa istimewanya makanan di sini yea??? Jom kita tengok

Tu tengok menu di atas. Abaikan model tudung putih tu yea.

Kami order ayam presto bakar dan ayam presto goreng sambal. Istimewanya makanan di sini ialah tulang ayam boleh dikunyah hingga lumat dan terus ditelan. Mula2 aku tak percaya. Tapi bila aku try kunyah....betullah. Macam makan keropok plak hehehe. Tapi isi ayam dah hilang aroma dan juicenya. Sebabnya....ayam tu dimasukkan ke dalam pressure cooker. 

Tengok tu......licin selicinnya.

Singgah nak beli Murtabak Terang Bulan...tapi sedih belum dibuka. Ingatkan nak bawak balik KL.

Ada masa lagi. Jom kita singgah Krishna lagi. Aku nak borong kacang disco lagi. Tak menyesal beli...sebab kacang ni sangat sedap uolssss.

dah pun sampai di airport. 

Kami ambil bagasi 25 kg dan alhamdulillah ngam2 ajer berat beg kami. Rupa-rupanya tak ada butik Polo dalam airport baru ni. Kalau airport lama dulu memang ada. Memang takda rezeki En Bos membeli baju Polo di sini. Uwakkkkkkk.

I'm having fun at Bali. Percutian yang best dan kenangan manis kami suami isteri. Alhamdulillah rezeki kami berdua sampai ke sini. Tak sabar nak terbang lagi ke destinasi lain pulak. InsyaAllah pertengahan Jan 2015 ini.

Sekian sahaja journal percutian kami di Bali. Rasa tak puas bercuti di sini. Ada rezeki kami nak datang lagi. Tak kisah lah walaupun yg ke 100 kali pun kami nak datang lagi. Bali is the best.

p/s - menghitung hari.....

Throwback 2014 and Welcome 2015

$
0
0

Selamat Menyambut Tahun 2015



Entry kali ini aku nak buat imbasan balik apa yang telah berlaku dalam tahun 2014. Alhamdulillah aku bersyukur kerana banyak sangat kenangan manis dalam hidupku sepanjang tahun 2014. Ada juga yang pahit tapi biarlah ia tersimpan dalam memori hidupku. Semoga pada tahun 2015 ini menjadikan aku lebih matang dalam menempuh kehidupan, dimurahkan rezeki kami suami isteri utk mendapat zuriat dan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur kepada Allah yang satu. Insya Allah.

Dari segi travel plak, ada beberapa destinasi pelancongan luar negara yang kami dah bercadang nak pergi. Yang pasti aktiviti melancong ini pasti menjadi agenda tetap kami setiap tahun. Ke manakah dan bilakah. Segalanya belum pasti. Kita tunggu dan lihat. Semoga kami dimurahkan rezeki untuk pergi melancong lagi.

Serba ringkas imbasan 2014.

1. Peribadi
Tahun yang sangat membahagiakan aku sebab pada tahun 2014 adalah tahun di mana aku telah diijabkabulkan bersama suami tersayang. Salah satu azam tahun 2104 telah tercapai...syukur alhamdulillah. Dua majlis yang sangat meriah telah diadakan di KL dan Besut. Saudara mara dan sahabat handai satu Malaysia turut sama-sama meraikan hari bahagia kami. Majlis perkahwinan kami juga masuk dalam rancangan Majalah 3 di TV3. Kejutan yang memang mengejutkan kami. Bukan itu sahaja kami juga mendapat kejutan kek Eifel Tower yang dibuatkan khas untuk majlis kami berdua. Terharu dan happy sangat.

kami bersama kek Eiffel Tower

kami di Majalah 3, TV3

bersama familyku di hari persandingan

majlis kesyukuran di Besut....lokasi di Pantai Bukit Keluang, Besut



2. Travel 
Untuk tahun 2014 ini aku sempat menjejakkan kaki ke Singapore mengunjungi sanak saudara di sana. Then seterusnya aku menjejakkan sekali lagi di bumi England di mana buat pertama kalinya kami berdua berjalan bersama. Ini merupakan destinasi honeymoon kami.
Honeymoon kedua kami di luar negara pula ialah ke Bali.
Destinasi percutian di dalam negara pula kami sempat bercuti ke Terengganu, Genting Highland, Port Dickson, Cherating dan Penang. Tahun ini banyak percutian di dalam negara berbanding di luar negara.

aku bersama sanak-saudara di Singapore...Januari 2014

honeymoon di London ....March 2014

honeymoon di Manchester.... March 2014

homeymoon di Cherating.... April 2014


 bercuti di Genting Highland .... April 2014

bercuti di Port Dickson ..... June 2014

 bercuti di Penang ......August 2014

 bercuti di Terengganu..... October 2014

honeymoon di Bali .... November 2014

bercuti with family di Kuantan, Pahang .....December 2014


Tutup buku tahun 2104. Alhamdulillah dengan rezeki ini. Year 2015 please be nice to me...Insya Allah.


p/s - Perancangan percutian bulan 11 dah ada dalam kepala......semoga misi berjaya.







Day 1 : Family Day Kuantan Trip - Hyatt Regency Hotel & Ana Ikan Bakar Petai & Karaoke

$
0
0

Salam semua.
Sebenarnya ini ialah cerita tahun lepas 2014 bulan December. Lambat aku nak masukkan dalam blog ini sebab take turn sehingga entry Bali habis. 2 minggu selepas balik dari Bali kami berdua sibuk berjalan ke Kuantan pulak untuk Family Day my brother's company. Before that memang kami sibuk sangat. Sebabnya aku dan En Bos telah dilantik untuk menjadi urusetia bagi outdoor games family day tersebut. Kami sibuk menyediakan aktiviti dan membeli barang-barang untuk aktiviti tersebut. Bukan itu ajer.... di samping tu aku juga sibuk buat itinerary untuk trip kami berdua akan datang pada pertengahan bulan Januari ni....nak booking itu...booking ini. Memang kalut ahkak masa tu. 

My whole family memang join this family day. Memang sangat best and we really had a great holiday dan asik ketawa tak hingat.

perjalanan menuju ke Kuantan. Kami berdua bertolak  ke sana jam 10 pagi

My bro Izam kat belakang kami beza half and hour. Dia ajak kami lunch di bandar Kuantan sebelum check-in hotel. So, En Bos kata jom kita makan nasi kukus ayam berempah tersedap di Kuantan. Lokasinya berdekatan dengan UIA tempat dia belajar dulu. Nama tempat tu Jungle Food Court. Nak tau kedai yang mana? Lihat gambar di atas Nasi Kukus Juna. Punyalah ramai orang beratur nak membeli nasi kukus ni. Nasib baik kami sampai awal....tak kena beratur. Sebalik lepas kami beli....berderet-deret orang ramai datang.

nasi kukus ini konsep bungkus dan bukan hidangan. Ayamnya besar dan gulainya pun sedap. Makan panas-panas dan ketika perut lapar memang menyelerakan. Highly recommended. 

telatah my nephews dengan En Bos....

Lepas kekenyangan lunch tadi kami terus proceed ke Hyatt Regency Hotel di Teluk Cempedak. Kami stay di deluxe room...memang cantik interior design bilik ni. Tapi kalau stay kat standard room...dapat bilik bangunan lama...agak buruk sikit.

interior bathroom....

kalau nak jimat masa...masuk sekali 2 orang sebab bathroomnya besar...oppsss.

Yang tak best deluxe room ni ialah semuanya garden view. 

sebaik check-in kami berdua lepak dalam bilik jap...petang barulah kami turun mandi pool. Meriah giler. Hotel ini ada 2 swimming pool...pilihlah yg mana2 berkenan.

pengganti Jeffry Ong...hehehe

biasalah aku ni...aktiviti wajib tiap kali stay hotel. Melalui swimming...it help me release my tension.




senja di Teluk Cempedak

Lepas maghrib aktiviti seterusnya ialah dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Dah siap booking awal food untuk 30 orang. Macam2 jenis makanan yg telah diorder...pengsan nak habiskan. Kebetulan pulak ada diantara staff yg tak dapat datang awal. Ada yg datang malam tu dan ada juga yang datang esok paginya. 

Kami order Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Kerapu Bakar, Sotong Goreng Tepung, Lala Masak Pedas, Ketam Goreng Tepung, Tomyam Campur, Sayur Kailan Belacan dan Sambal Belacan. Banyak giler lauk...fuhhhh penat mengunyah.

Maaf gambar tidak berapa jelas......

Lepas dinner kami semua bergerak ke Komples Teruntum pula untuk aktiviti karaoke. Dah siap booking awal. Penuh kami semua satu bilik besar.

anak buah 2 orang sungguh2 menyanyi hehehe....peserta pertama pulak tu. Karaoke ni ada pemenang tau. Tempat pertama hingga ketiga. Jurinya ialah my bro hehehe. 

aku jadi emcee masa ni tapi tetap jugak nak menyanyi walaupun suara ke laut. Perit tekak sebab asik bercakap ajer start masa dinner tadi hinggalah ke aktiviti karaoke. Emcee bidan terjun tanpa bayaran huhu. Kami amik bilik yg paling besar yg mana package termasuk sekali food. Makanan takda sapa usik sebab masing2 dah kekenyangan. Akhirnya dorang tapau bawak balik bilik. 

Yang paling tak sangka En Bos dapat no.3 hahahahaha...bini terkejut beruk. Lagu feveret dia ialah dari kumpulan New Boys...itu ajerlah lagu yg dia nyanyi tiap kali gi karaoke. Ohhh suamiku....
My bro yg jadi juru dan juga menyampaikan hadiah berupa cash.

Ok tamat sudah aktiviti hari pertama family day. Balik bilik jam satu pagi jugak tu. Badan pun dah penat. Esok nak bangun pagi untuk aktiviti pantai pulak. Siapakah yg akan jadi hero volleyball pantai esok? Tungguuuuuuuu......................

p/s - lagi 2 bulan anniversary kami...kejap jer masa berlalu. 



Day 2 & 3 : Family Day Kuantan Trip - Outdoor Activities & Back to KL

$
0
0

Salam semua.
Hari kedua kami di bumi Kuantan. Cuaca memang cantik. Syukur.
Pagi lepas subuh aku dan En Bos dah get ready untuk acara pagi. Ikut jadulal kami akan adakan acara volleyball pantai. Sepatutnya semua diarahkan turun ke pantai pada jam 8.30 pagi. Tapi....seorang manusia pun takda kecuali kami berdua. Aduhai.....janji tak boleh pakai dorang ni. Padahal dah bgtau semalam semua berkumpul jam 8.30 pagi. So, aku dan En Bos pergi breakfast dulu apa yg patut. 

After breakfast barulah nampak muka sorang2. Tapikan.....yg beranak pinak dengan baby dan anak kecil yg aku nampak dulu. Mana pergi yang bujang2 ni? Ni mesti terlajak tidur susah nak bangun. Aku hantar whatapp....siap korang aku datang bilik dengan baldi isi air hahahaha. Kelam kabut dorang turun bawah. Yelah....kalau kita start lambat nanti matahari terpacak memanglah tak best main panas terik. Lebih kurang jam 9.30 pagi juga baru start perlawanan volleyball pantai. Group ikut warna rumah masing-masing. Memang kelakor....sebab yg terror main hanyalah guys. Yang girls plak alahai ayunya pukul bola. Yang pasti...siapakah yg digeruni??? 

masa aku sampai....sorang pun takda.

bila aku dah jerit pakai haller...barulah nampak sorang-sorang turun ke pantai...heheheh. Jangan main2 yea....urusetia ni memang strict...ahaksss.

nampaknya group kuning dan merah berentap sangat sengit....Siapakah hero yg digeruni itiewwww???
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Siapa lagi...En Boslah. Dorang semua takut kalau En Bos take turn serve bola hehehe....Yang baju kuning tengah hayun tangan tulah dia.

tengah main tapi ada jugak yg sempat duduk dalam gelanggang tu...hahaha. Macam2 perangai....ahkak jugak yg pening.

tepat jam 11.00 pagi matahari terik betul2 atas kepala.....dah terasa hangat semacam. Jom kita stop dulu. Petang nanti sambung lagi sukaneka pulak.

Petang jam 4 kami start acara sukaneka pulak. Ada 4 group semua mengikut warna rumah. Aku bukan peserta....aku lah emcee...akulah pengadil...akulah juri...akulah tukang susun barang. Aduhai...letih giler masa ni. Sampaikan tekak sakit asik bercakap ajer.

Rumah merah....termasuk budak2 sekali.

Rumah hijau....ada yg last minute tarik diri...terpaksa ganti org lain.

Rumah kuning.....tengoklah yg terbaring tu.....macam2 hal hehehe.

Rumah biru....hamboi sehati sejiwa. Jom kita tengok apa game yg dorang main.



First game ialah bowling padang guna buah kelapa. Tapi takda gambarlah. Tau tak...tengahari tu aku dan En Bos puas pusing pantai Kuantan nak cari kelapa kering. Mula2 kami redah Tanjung Lumpur....senyap2 aku amik kelapa depan rumah orang...tapi luar gate lah. Depan rumah dia ada banyak pokok kelapa. Ambik mcm seludup barang. En Bos marah kat aku sebab duk berlari lepas amik kelapa tu...nampak sangat mcm mencurigakan hehehehe. Pastu...cari plak kat pantai apa ntah...sebelah Teluk Cempedak. So total ada 3 buah kelapa kering.

Bukan mudah nak golekkan kelapa kering dan jatuhkan botol2 mineral uolsss. Lepas tu....ada acara-acara lain plak. Semuanya lebih kurang ada 10 acara. Tak ke penat ahkak ni. 

Amboi En Bos buat apa tu? Sakan bukan main...kekeke.

Masa ni nak start acara baling belon isi air ke belakang....memang lawak wei....sebab habis basah kuyup.



pelbagai telatah dan gaya...memang mencuit hati

Ni plak acara sehati sejiwa....lari ikat kaki dengan kain sarung suami isteri. My bro yg baju kuning tu berpasangan dengan anaknya...tapi main ngelat. Ada ke dia dukung anak dia. Aku tiup wisel terus pangkah....tak pasal2 kena terminate hehehe.

suami isteri sehati sejiwa dalam kain sarung. Bukan mudah wohhhh nak berjalan 2 orang dalam satu kain...hehehe

Ni plak acara tiup tepung...tangan siap kena ikat tu. Kalau tak buat mcm tu memang ramailah menipu uolss.

mcm2 rupa dan telatah. Ada jugak yg kata alergic dgn tepung...hmmm alasan sebenarnya.

setiap kumpulan ada 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. 

group merah menang acara ni...sebab depa tangkap belon berisi air tu dengan baju....patutlah menang.

lepas habis acara di atas pasir tadi...aku buat acara isi air laut dgn botol tapi menggunakan tangan. Ada berani? Sapa tangan besar memang boleh menanglah. Then...acara bebas. Masing2 berendam dalam laut sambil main ombak.

Malam lepas maghrib plak ada BBQ di hotel. Tapi dengan tema pakaian "Hawaian Nite". Tengok lah depa tiga orang ni...siap pakai baju yg sama. Ni dah mcm baju celoreng askar...hahaha petutlah tak menang. 

Ini ialah pemenang utk pakaian yg mengikut tema bagi kategori wanita....staff.  Dapat cash RM200

Bagi kategori lelaki plak jatuh ke tangan my nephew...cayalah danish. Juri yg memilih ialah F&B Manager hotel yg kami stay ini


hadiah utk kanak2 memang meriah. Keseluruhan utk pemenang outdoor games ialah rumah Merah. En Bos rumah kuning dapat tempat kedua.

Penampilan khas kami laki bini huhuhuh.....entah kat manalah bunga tu kami belasah..hikss


Malam tu kami kepenatan yang amat. Ingatkan nak lepak dengan yang lain layan live band kat hotel ini...tapi aku tak mampu membuka mata. So, En Bos kata dia nak tengok bola jap kat luar...sedar2 aku tengok dia dah terlelap kat atas sofa lobi. Kalau aku tak kejutkan dia....sampai pagilah dia kat situ hahahaha. Sian penat.

Esoknya kami acara bebas. Lepas subuh memang sambung tidur balik. Nak dekat pukul 10 pagi barulah kami pergi breakfast kat hotel ni. Then bersiap untuk check out. Sempat singgah di rumah kawan aku kat Kuantan ni utk solat zuhur dan terus kami balik. Singgah RnR Temerloh untuk lunch...layan ikan patin. Sampai rumah maghrib jugak. Jalan jem menuju ke KL. 

Tiga hari dua malam berkampung di Kuantan memang sangat fun. Walaupun aku dan En Bos bukan staff company ini tetapi kami tetap enjoyyyy. Tahun depan jemput lagi kay huhuhuhu.

p/s - Lagi seminggu nak terbang....yahoooo.

Viewing all 381 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>