Quantcast
Channel: My Journey...My Life...My Family...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Mum's Birthday @ Hj Sharin Low Grand Chinese Restaurant

$
0
0





Salam semua.
Cerita telenovela masa umrah dah habis yeaa.....jangan pulak korang tertunggu-tunggu entry ni nak tau kisah telenovela itiewwww hahahaha. Cukup-cukuplah tu. Nanti ada yg kata aku nak show off dapat pakwe baru. Takda maknanya. Aku cerita semua tu sebab ia berlaku di tanah suci. Kalau ia berlaku di sini...oooo idok ler yea teman nak citer sedetail itu. Kisah cinta dulu pun aku tak pernah cerita kat sini. Suka duka kisah lama biarlah ia menjadi memori daun pisang dalam hidup aku.

Ada pembaca blog yg mempertikaikan status Ustaz tu betul ke dia bujang. Yea betul dia memang bujang....aku dah jumpa sedara mara dia masa di Mekah. Dia seorang ustaz, kadi, mutawwif dan penceramah agama..... takkan dia nak menipu aku kot....pulak tu di depan kaabah tanah harom. Umur dia pun muda 3 tahun daripada aku. Tapi kalau bandingkan muka kami.....aku tetap nampak lebih muda daripada dia ahaksss. Kadang-kadang pembaca blog ni ada yg okay dan ada yg tak senang dengan kita. Hmmm...tak semua orang punyai hati yg sama kan. Aku tak kisah.....nak jadi blogger kena tahan telinga. Tak semua orang suka kita dan ada yg benci kita tapi tetap juga nak baca blog ni setiap hari. Terfikir gak...mungkin aku nak private blog ini kepada orang tertentu sahaja.....soon Insya Allah.

Ok stop kisah tu. Sekarang nak citer tentang aktiviti makan-makan aku and family bagi meraikan sambutan birthday my mum yg ke 61 tahun. Kami buat makan-makan di Chinese Restaurant Hj Sharin Low di Jalan Ampang. Kalau nak tau alamat...leh rujuk pada gambar paling atas sekali. Semua adik-beradik aku ada masa ni ....cuma my sis in law Azam takda sebab masih berpantang di rumah. Azam and baby girl tak dapat datang. Yang tak berkenaan...sorry kau tak layak masuk dalam family member aku ( you know who you are).

Makanan di sini biasa-biasa ajer. Taklah sedap sangat-sangat. First time try this food. Aku lagi suka makan di Pak Ya Restaurant.



with my beloved mum...

anak buah aku yg comel dan ensem. Mereka yg menceriakan hidup aku.

seorang lagi anak buah yg lasak...dengan mummy nya

tiga orang hero my mum.....

yg belah kiri dan tengah tu....maid kami.

ayam masak halia....okay sedap

tauhu telur masin..........sedap first time mencuba

udang goreng butter.....udang kecik dan biasa2 ajer rasanya

butter milk prawn.....ok sedap gak

ketam telur masin...tak sedap sgt dan tidak setanding ketam telur masin Pak Ya yg sangat sedap tu slurrrpppp

tauhu jepun claypot.......sederhana ajer rasanya

sup cina.......biasa ajer rasanya.....not recommended

ketam masak cili......rasanya manis....tak berapa sedap.

overall biasa2 ajer makanan di sini. Rasanya cukup sekali kami makan di sini. Total food kami ialah RM400 untuk 7 adults dan 4 children. Murah atau mahal? Sendiri korang nilai lah.

Sempena hari lahir ibuku ini kami anak-anak mendoakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan  & cepat sembuh daripada sakit, dapat beribadah dengan sempurna dan gembira dikelilingi anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu tersayang. We love you mum!!!


p/s - Alhamdulillah dia sangat sabar dan tenang dengan kerenah aku yg banyak songeh ini hehehe. Bersyukur dipertemukan dengan habibiku.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 381