Salam kawan-kawan semua.
Sejak 2 hari lepas tetiba aku rasa macam artis plak selepas menerima mcm2 message from my blog readers...sama ada message yg datang drp bahagian comment blog, email, sms dan FB. Ramai yang sudah mula memperkenalkan diri setelah sekian lama duk menyorokkan identiti masing-masing hehehe. Appreciate it!!! I tau ramai jugak stalker kat sini. Ada yg mengenali me personally (kawan, sedara, opismate, jiran) but diam2 kucing duk jadi pembaca blog ni. Hello korang....stalk me senyap2 eh!!!! Anyway, hasrat untuk private this blog tu...let me think first. Kalau i private pun korang still can read my blog...cumanya i kena tapis dulu. Itu ajer syaratnya. Kepada yg tidak berkenaan....you're not allowed to enter this blog. Tengoklah nanti camana.
Ada jugak yang nak tahu perkembangan telenovela aku dgn mr habibi. Ok skrg ni....dia sedang sibuk menguruskan jemaah Malaysia yg menunaikan umrah di Mekah. Almost every nite kami video call live from Mekah. Dapatlah tengok Masjidil Haram bila dia tunjukkan lintas langsung from his laptop. Terasa rindu sangat dengan tanah harom. Now my good friend sedang mengerjakan umrah di sana and mr habibi ada kirimkan ole-ole for me. Katanya mcm2 dia belikan untuk aku...dah sampai 4 kg beratnya. Ayohhhh...siannya my friend tu nak bawak balik...heheheh. Mr habibi siap tanya...nak apa lagi bgtaulah dia. Ehhh...cukuplah tu sian kat teman ku itieww nak bawak balik ke Mesia. Aku ada main2 bgtau mr habibi aku nak air zam zam lagi .....dia kata nanti dia postkan...ehhhhh betul ke ni? Anyway...shukran habibi.
Ok stop kita citer pasal trip aku ni plak. Seminggu lepas balik dari umrah hari tu aku berjalan-jalan pulak ke utara tanahair sebab menghadiri wedding my opismate. Ikutkan malas nak pergi sebab masih lagi kepenatan. Tapi Kak Rosecun my opismate kata...jomlah sebab dah ada accomodation free kat sana. Hmmm.....penat lagi actually. Oklah...demi kawan2...aku pergi jugak. Yang penting aku malas nak drive....tumpang kereta kawan ajer.
Kami bergerak malam after office hour. Sampai rumah lepas balik kerja masa tu lah aku baru nak packing baju. Main capai ajer mana2 baju yg aku sempat capai. Sampai di Sg Petani jam 2 pagi. Tidur jap...then bangun utk solat Subuh. After that tidur balik heheheh. Bangun and bersiap ke wedding tu. Kami stay di Cinta Sayang Golf Resort di Sg Petani. Wedding tu pun berlangsung di sana.
pintu masuk ke Cinta Sayang Golf Resort....boleh nampak signboard ini
dapur kelass...tp sayangnya kami x guna pun sbb busy di luar
bilik kami dah huru hara tak sempat nak snap gambar...so aku snap bilik yg ni ajer...
wedding opismate di Cinta Sayang Sg Petani....meja santapan pengantin
pelamin pengantin cantik....tapi tak sempat nak ambil gambar pengantin sebab sibuk bersantap hehehe
bersama teman-teman tersayang sementara tunggu pengantin sampai. Lapor sgt masa ni sebab kami tak breakfast pun huhuhu. From left : Mai, me and Rosecun
From left : Azie, Rosecun and Mai...
lepas habis wedding tu kami balik semula ke bilik hotel untuk menukar baju pulak....apa kelas jalan2 pakai baju kurung kan ahaksss!!! Ke mana arah tujuan kami?? Kami menuju ke Alor Setar pulak. Perghhhh dah bertahun2 aku tak jejak Alor Setar. Rindu plak kat tempat ni. Byk kenangan aku di sini...salah satunya di sini lah aku kenal dgn seseorg. Masa tu aku bertugas luar di sini...jumpa mamat ni di office dia. Perghhh hensem gilos mamat ni dan anak org kaya plak tu. Sempatlah bercinta sekejap beberapa bulan...pastu kami terpisah jua akhirnya atas beberapa faktor yg agak peribadi. Kenangan mengusik jiwa.
kami pi Alor Setar sebab nak membeli jajan di sini. Ibuku suka dodol di sini...sedap katanya.
wahhh....macam2 ada jual di sini. Dulu tidaklah sebanyak mcm ni makanan2 yg dijual.
jom kita membeli belah. Aku beli skit utk family di rumah.
serunding pun ada....yg aku beli ni kureng skit rasanya
jeruk pun ada uolsss...dulu rasanya takda. Tapi aku tak beli pun...jeruk yg ada kat rumah pun tak habis lagi huhuhu.
ok aku beli ikan pekasam ni. Dah lama tak merasa sebab dulu arwah papa memang rajin beli pekasam ni.
next...kami tetiba rasa lapar plak. Apa lagi..jom kita cari laksa paling sedap di Alor Setar. Member kata laksa teluk kechai sedap kat sini. Kalau nak gi sini...kena ikut jalan menghala ke Kuala Kedah. Kat tepi jalan tu leh nampak gerai laksa ni...byk kereta parking tepi jalan.
laksa ni terkenal di AS. Aku tengok org datang berduyun-duyun ke sini. Sedap ke? jom tengok gambar di bawah
inilah rupa laksa teluk kechai. Masa sampai aku tengok....kenapa mcm cair ajer kuahnya. Ooooo rupanya kena kacau dulu dgn yg warna kuning kat atas tu. Then...barulah nampak kepekatan laksa ni. barulah aku tau.
Secara jujur aku cakap laksa ni so-so ajer. Lagi sedap laksa yg mak aku masak uolsssss. Mama punya laksa tetap yg terbaik!!!!!
kedai laksa ni dibuat depan rumah ajer......
Selepas kami makan laksa.....kami tak tau nak pi mana kat Alor Setar ni. Terkejut jugak aku tengok kepesatan pembangunan di sini. Traffic jem wallaaaaa. Dulu tak mcm ni. Skrg ni fuhhhhhhh....jem uolsss. Itu maknanya lama sungguh aku tak mai sini. Yelah nak mai sini pun takda apa2 tujuan kan.....sebab tu jarang dtg.
Seterusnya nak tau ke mana kami pergi??? Kami terus shoot ke Penang. Hahahaha.....kelakar tak? Boleh plak dari Alor Setar turun balik ke Penang. Malam minggu kat Penang happening skit kan. Kami terus ke pulau nak mencari Restoran Kapitan Keling di Jalan Chulia. Sib baik GPS membantu kami ahakssss. Kami lapaq lagi uolsss....kali ni nak makan roti nan dan ayam tandoori plak.
aku rekemen member2 makan ayam tandoori ni....semua kata sedap huhuh.
masa kat sini terjumpa kawan yg menyertai Cabaran Sihat last year.....juara tu. Wahhhh terkejut tgk dia dah kurus uolsss. Hadi ke Penang sbb nak joint larian malakoff esoknya di sini.
Lepas kekenyangan....kami berjerak ke Padang Kota Lama pulak untk menikmati angin laut di sini. Ramai betul yg melepak di sini. Memang plan tak nak makan apa2 di siini. Tetiba ternampak blogger terkenal Azim duk check-in di sini jugak. Wahhh kebetulan pulak. Dia baru nak dinner bersama2 teman2 lariannya di sini. So, aku singgah jap kat gerai di sini. Sempat berborak kejap dengan Azim dan kami ada order sotong kangkung dan air. Masa ni gerai pun dah nak tutup...patutlah dah pukul 12 malam rupanya. Huhuhu.
Then, kami bergerak semula ke Sg Petani. Lebih kurang jam 2.30 pagi jugak sampai di sana. Apalagi pas tu kebabommmmmmmmmm. Tunggu apa plan kami keesokan harinya kay.
p/s - tetiba terfikir nak wat percutian bersama pembaca-pembaca blog ini. Nak joint tak??